Staycation 3 Hari 2 Malam Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Staycation 3 Hari 2 Malam Di Renaissance Johor Bahru Hotel | Assalamualaikum semua.. Setelah sekian lama tak road trip akhirnya menjadi juga plan kali ni. Destinasi pilihan adalah Johor Bahru dan trip kali ni bukan la nak pi holiday tapi ada job kat sana. Alang-alang tu kita makan angin sekali la kan.. hehe. Untuk penginapan pula kami stay di Renaissance Johor Bahru Hotel. Ha, ni yang buat sis teruja dengan staycation kali ni sebab berpeluang menginap di hotel bertaraf 5 bintang.. yippiieee..


Trip kali ni kami pergi 4 orang iaitu sis, Kak Min, Momi dan Moka. Kami bertolak pada pagi Sabtu dan akan menginap selama 3 hari 2 malam di Renaissance Johor Bahru Hotel. Perjalanan ke Johor smooth je, takde la jem sangat. Sempat la singgah makan di Restoran Jejantas Ayer Keroh, Melaka. Not bad juga makan kat sini. Alhamdulillah, kami tiba di Renaissance Johor Bahru Hotel dalam pukul 2 petang gitu. Waktu Check-In kat hotel ni pukul 3 petang dan Check-Out pula 12 tengah hari.



Bila settle je check-in terus kami menuju ke bilik masing-masing. Sis menginap di bilik jenis Guest Room Twin Single Bed. Bila masuk je dalam bilik terus teruja sebab nampak binatang atas katil. Eh no... bukan ada binatang sesat dalam bilik sis tapi ada hiasan 2 ekor gajah helok landing atas katil.. Comel kannn.. Siap ada taburan kelopak bunga lagi. Dah macam bilik honeymoon. hehe. Pastu ada juga kad ucapan dari General Manager Renaissance Johor Bahru Hotel. Siap tulisan tangan lagi. Auchhh, so special..





Bilik yang sis duduk ni memang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan bilik hotel yang lengkap seperti TV, peti sejuk mini, peralatan membuat air, iron & iron board, pengering rambut (hairdryer), toiletries dan lain-lain. Ha, sebut pasal toiletries kan sis nak habaq yang kat sini tak kedekut  langsung dengan shower gel, shampoo dan hair conditioner. Siap botol besar tau. Seronot nak mandi, bau pun wangi...








Dari segi kemudahan dalam hotel pula macam biasa la ada gymnasium, kolam renang, event rooms dan lain-lain kemudahan. Pendek kata kata stay kat sini boleh la rehatkan minda sambil mencari ketenangan. Budak-budak pun mesti happy dapat berendam dalam kolam renang kan. Macam sis pula sebagai blogger of course happy sebab wifi kat sini laju. Percuma pulak tu.. senang sis nak buat kerja. hehe





Kalau sebut bab makan pula, memang tak payah nak risau la. Kat sini ada Café BLD yang menyediakan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa untuk breakfast, lunch dan dinner. So, kalau malas nak keluar boleh la makan kat sini je. Oh ya, penginapan sis kat sini sekali dengan breakfast jadi memang turun breakfast kat Café BLD je la. Makanan kat sini sedap-sedap tau especially untuk Discover Malaysia Buffet Dinner. Boleh baca kat sini 👇


Lepas tu bila malam kami sempat mengopi-ngopi di Executive Club Lounge. View luar waktu malam memang superb dengan lampu yang berkerdipan. Sis rasa tenang sangat sambil menghirup coffee panas. Serius best lepak sini.



Untuk peminat makanan Cina boleh la menikmati hidangan istimewa di Wan Li Chinese Restaurant. Kat sini boleh makan pelbagai menu Chinese food termasuk la Dim Sum yang sedap dan premium. Sis sempat la lunch kat sini. Perghh, memang menyelerakan semua menu yang dihidangkan. Kalau nak tau apa yang sis makan kat sini boleh baca kat sini 👇


Secara keseluruhan memang sis puas hati sepanjang Staycation 3 hari 2 malam di Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Dah la dekorasi cantik, selesa, minda pun rasa tenang je dengan environment kat sini. Memang pengalaman dan banyak kenangan yang tak dapat dilupakan di sini. Kalau mai Johor Bahru boleh la menginap kat Renaissance Johor Bahru Hotel lagi... hehe.. Adioss


Untuk info lanjut mengenai Renaissance Johor Bahru Hotel boleh layari :


Post a Comment

0 Comments