30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Terima Geran Perniagaan Dalam Program Liga Usahawan OKU Malaysia Anjuran Selangor Youth Community

30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Terima Geran Perniagaan Dalam Program Liga Usahawan OKU Malaysia Anjuran Selangor Youth Community | Assalamualaikum semua.. Kagum betul sis apabila melihat ramai para usahawan dari kalangan OKU turut sama-sama bangkit dalam dunia perniagaan. Kekurangan bukan asbab untuk patah semangat malah sis tengok semangat mereka lebih membara dari mereka yang cukup sifat dan sihat tubuh badan ni. 


Baru-baru ni (11 Oktober 2022) sis menyaksikan 30 orang Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor untuk menerima geran perniagaan dalam program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO) anjuran Selangor Youth Community yang disokong oleh Yayasan Hasanah. 


Dalam majlis tersebut, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan untuk menyumbangkan geran perniagaan kepada 30 usahawan OKU untuk memulakan perniagaan mereka diiringi oleh: 
 Dato’ Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah dan Penaja Utama Program Liga Usahawan OKU Malaysia- SAY LEAD PRO 
 Yang Berusaha Zuhaimi Bin Omar, Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
 Mohd Faiz Bin Shuhaimi, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia 
 Puan Nurul Azwa Binti Mohd Rodzi, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community. 


Liga ini dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Selangor. Program Liga Usahawan OKU Malaysia - SAY LEAD PRO dijalankan dibawah inisiatif Entrepreneurship Selangor dengan membawa visi dan misi Baginda untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia. Liga ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Hasanah melalui “Hasanah Special Grant”. 


Entrepreneurship Selangor - bergerak di bawah organisasi Selangor Youth Community (SAY) yang juga dikenali sebagai Keusahawanan Selangor dan ditubuhkan berpandukan visi DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor untuk mewujudkan inisiatif yang memfokuskan bidang keusahawanan untuk belia di negeri Selangor. Inisiatif ini bertujuan untuk mengenal pasti jurang dalam ekosistem keusahawanan belia yang ada dan menyatukan semua agensi kerajaan, sektor swasta, entiti bukan kerajaan dan juga individu di bawah satu misi bersama - untuk memperkasakan belia melalui inisiatif keusahawanan dan mendorong belia untuk ke peringkat antarabangsa. Terdapat 2 inisiatif utama di bawah Entrepreneurship Selangor:

Bagus betul kan inisiatif yang disediakan terutama kepada golongan OKU ni. Dengan adanya program sebegini dapat menggalakkan mereka untuk lebih bersemangat dan juga mampu menunjukkan kebolehan mereka dalam bidang perniagaan seterusnya menjana pendapatan bagi menampung perbelanjaan mereka. Berikut adalah kriteria pemilihan usahawan OKU :
Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
 Berumur dari 18 tahun hingga 45 tahun.
 Berupaya untuk hadir ke kelas secara fizikal dan secara dalam talian 
 Berminat untuk mempelajari aktiviti perniagaan.

SAY LEAD (Leadership, Entrepreneurship, Acceleration and Development) - SAY LEAD adalah sebuah liga usahawan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang pertama di Malaysia untuk membantu usahawan OKU memperolehi pendapatan yang stabil melalui perniagaan dan kursus bimbingan perniagaan yang berstruktur. Tiga pemenang utama akan layak ke peringkat seterusnya iaitu program SAY LEAD +, program bimbingan selama satu tahun untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.


Program SAY LEAD telah berjalan selama 18 bulan sejak Januari 2022. 60 peserta dipilih untuk menjalani kursus perniagaan selama 18 bulan yang merangkumi empat fasa:
 Fasa pertama: Unearth The Talent (4 Bulan)
 Fasa Kedua: Commercialisation (4 Bulan)
 Fasa Ketiga: Sustainability (4 Bulan)
 Fasa Terakhir: Giving Back to Societies (4 Bulan) 

Setiap minggu selama kursus bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan dalam untuk dilaksanakan dalam perniagaan mereka sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa pertama, peserta perlu hadir ke kelas secara fizikal untuk mempelajari amali bagaimana untuk menghasilkan produk/perkhidmatan seterusnya mendapatkan pembekal dan mengekalkan kualiti produk. 

Memasuki fasa kedua Commercialisation, daripada 60 peserta hanya 30 peserta sahaja yang akan dipilih untuk memasuki fasa kedua. Pada fasa ini, peserta akan diberikan ilmu bagaimana hendak untuk mengkomersialkan produk yang dihasilkan sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa kedua ini, Selangor Youth Community (SAY) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan bootcamp selama tiga hari dua malam di International Youth Centre (IYC), Cheras. Hasil daripada bootcamp tersebut, setiap peserta dibimbing dan ditetapkan mentor berdasarkan produk yang dihasilkan kepada tiga kumpulan iaitu F&B, Jahitan dan perniagaan atas talian. 


Hasil bimbingan tersebut, setiap peserta berjaya memiliki produk sendiri berdasarkan bimbingan daripada mentor. Dalam pada itu, fasa ini juga turut dipantau rapat oleh pihak Selangor Youth Community (SAY) dan mentor dengan mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali pada bulan September untuk merekodkan jualan, kaedah pemasaran dan lain-lain lagi. 


Ya, mungkin agak sukar kerana para usahawan ni semuanya adalah golongan OKU dan mempunyai kekurangan namun dengan adanya program Program SAY LEAD dan juga bimbingan daripada mentor pasti dapat membantu mereka untuk berjaya. Sis juga mendoakan agar para usahawan OKU ni terus success dan berjaya satu hari nanti. InshaAllah





Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulilah, semoga sumbangan yang diberikan memberi manfaat kepada warga OKU untuk menampung kehidupan mereka kelak..

    ReplyDelete