Jom Sarang-K Dengan Menu K-Crunch Marrybrown

Jom Sarang-K Dengan Menu K-Crunch Marrybrown | Assalamualaikum semua...  Anyong haseyo, wahhh kemain sis berspeaking Korea kan. Almaklum la sis baru menikmati keenakan menu baru di Marrybrown. Kali ni Marrybrown selaku Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar dan paling popular di Malaysia memulakan pengembaraan Around the World sambil berSarang-K bersama Marrybrown. 


So, buat pencinta makanan Korea korang kena datang dan cuba sendiri menu K-Crunch Marrybrown, hidangan berinspirasikan citarasa Korea yang akan menggamit selera dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis. Serius sis cakap hidangan kali ni memang mengujakan. Betul la seperti misi Marrybrown yang sentiasa menawarkan makanan berkualiti kepada peminat Memang Best mereka. Sentiasa "Ada Kelainannya" dan lazat gichuuu..


Lagipun pengaruh Korea memang kuat kan kat Malaysia ni. Dah jadi fenomena dah. Jangan cakap orang lain la, anak sedara sis sendiri peminat tegar K-pop. Sampaikan ke makan pun nak menu masakan Korea. Tapi tu la, mujur Marrybrown bawa hidangan Korea ke Malaysia. Tak payah susah-susah nak ke Korea.. hehe...

“Budaya moden Korea semakin mendapat tempat di Malaysia. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat menemui cara tersendiri untuk merakam detik-detik manis K-pop. Sama seperti rakyat negara yang mengintegrasikan budaya Korea, kami di Marrybrown turut dipengaruhi gelombang Hallyu dalam penyediaan makanan dengan sentuhan tempatan untuk menjadikannya lebih menarik," 
kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Ha, nak tahu tak apa hidangan menu K-Crunch Marrybrown?? Ok, meh sis kongsikan supaya senang korang nak order nanti :

K-Crunch Chicken Combo (harga bermula dari RM20.90)
Dihidangkan dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan


K-Crunch Chicken Burger Combo (harga bermula dari RM16.90)
Dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan


Kimchi Rice Bowl Combo (harga bermula dari RM13.10)
Dihidangkan bersama minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan


K-Crunch Box Meal (harga bermula dari RM26.50)
Sesuai bagi yang mahu menikmati kesemua menu lengkap dengan K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz. 


Jika nak add on K-Crunch Chicken Dumpling dan Cheesy Sausage pun boleh. Harga bermula dari RM7.90 untuk hidangan yang lebih memuaskan.


Serius sedap tau menu K-Crunch Marrybrown. Hidangan yang dilimpahi dengan Sos K-Crunch yang pedas dan manis. Walaupun pedas tetapi sedap dan mengujakan, tetap rasa nak lagi dan lagi. Jujur sis cakap ni adalah menu favourite sis di Marrybrown setakat ni. Confirm sis akan repeat lagi lepas ni. So, korang pun make sure jangan termiss promosi ni tau. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:

Post a Comment

1 Comments

  1. Menikmati betul Sis tengoknyaa korang makan, nak try juga laaa

    ReplyDelete