Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ)

Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) | Assalamualaikum semua... Zakat merupakan kewajiban yang dikeluarkan pada harta orang yang memiliki kelebihan. Ada beberapa jenis zakat yaitu zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadan, ada juga zakat mal yaitu zakat yang dikeluarkan berdasarkan hasil niaga atau penghasilan. Nak tanya semua dah bayar ke zakat?? Ha, terlupa?? Eh, jangan risau. Masih sempat lagi nak menunaikan Rukun Islam ke-4 ni. 


Apa kata ramai-ramai datang ke Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) yang berlangsung di AEON AU2 Setiawangsa yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ("PPZ-MAIWP"). Kelmarin pada 26 November 2022 telah diadakan Majlis Perasmian Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman.


Mengangkat tema "Memberi Tanda Syukur" PPZ-MA/P ingin mengajak seluruh masyarakat Islam untuk menzahirkan rasa syukur dengan menunaikan zakat untuk kelangsungan hidup asnaf lebih-lebih lagi dalam situasi sukar ekonomi kini. Kempen YEZ 2022 ini bermula 26 November 2022 hingga 31 Disember 2022 bertujuan menggalakkan orang ramai untuk menunaikan kewajipan berzakat sebelum 31 Disember 2022.


Pada majlis yang sama, turut diadakan penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM532,350.11 daripada :
Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd - RM375,220.38
 Kop. Jaya Murni Wanita Bhd - RM157, 129.73


Sumbangan berbentuk Bakul Rezeki yang terdiri daripada barangan makanan kering seperti beras, minyak, maggi dan sebagainya yang bernilai RM100 dengan nilai keseluruhan sumbangan sebanyak RM10,000 turut diberikan kepada 100 asnar di Kawasan PPR sekitar Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PP2-MAIP, Tuan Hail Abdul Hakim Amir Osman, Program serahan zakat perniagaan dan sumbangan zakat kepada asnaf dalam majlis ini menunjukkan kepada masyarakat dengan jelas tentang kitaran daripada pengeluar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak di mana zakat yang ditunaikan menyumbang kepada pembangunan asnaf dan ekonomi masyarakat Islam.


Sis juga berkesempatan untuk hadir ke sini bersama kawan-kawan. Memang meriah tau. Siap ada penampilan khas DJ Radio Suria FM iaitu Cik Piah dan juga Tyzo. Paling ditunggu-tunggu adalah persembahan dari penyanyi Lah Ahmad. Ya ampun.. sedapnya suara dia. Semua penonton terhibur dengan persembahan beliau. Selain tu ada banyak lagi aktiviti lain. Lucky Draw pun ada tau.


Sempena Kempen YEZ ini juga, PPZ-MAIWP turut mengadakan beberapa program dan pengisian menarik untuk para pembayar zakat antaranya program turn padang, Zaka Talk, CEO Talk, Istimewa 12.12 dan banyak lagi. Berikut pula adalah perkhidmatan dan kemudahan bayaran zakat yang disediakan :

1. 10 KAUNTER PPZ-MAIWP
Bayaran zakat boleh dilakukan di 10 kaunter PPZ-MAIWP sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sepanjang Disember ini, kaunter akan dibuka 7 hari seminggu bermula jam 8. 15 pagi hingga 4.45 petang.

Friday +
Istimewa pada tahun ini, PPZ-MA/P akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada setiap hari Jumaat sehingga jam 9 malam. 30 pembayar terawal di setiap kaunter pada hari Jumaat akan mendapat baucar KFC bernilai RM10.

2. PORTAL PPZ-MAIWP & APLIKASI MYZAKAT 
Pembayaran zakat secara dalam talian melalui www.zakat.com.my atau aplikasi MyZakat yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple Store. Pembayar juga boleh Kira, Bayar dan Semak rekod bayaran.

3. EJEN-EJEN KUTIPAN ZAKAT 
Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui ejen-ejen rasmi yang telah dilantik olen PPZ-MA/P iaitu melalui perbankan internet, portal online, e-wallet, kaunter-kaunter bank dan pos.

4. ZAKAT+ @MYTEMUJANJI 
Zakat+ @MyTemujanji berperanan sebagai 'one stop centre" bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat untuk menetapkan temujanji bagi perkhidmatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door To Door & RideZU. Untuk tempahan bole layari link di portal https://mytemuiani.zakat.com.my/

5. TALIAN ZAKAT 
Nilai tambah baharu yang mana pembayar zakat bukan sahaia boleh membuat pertanyaan dan taksiran zakat, malah dengan hanya satu panggilan ke 1 300 88 5757 pembayar juga boleh menunaikan zakat.


Pembayar yang menunaikan zakat sepanjang kempen berlangsung berpeluang untuk memenangi lebih 500 hadiah menarik. Pemenang akan dipilih melalui cabutan secara rawak tertakluk terma dan syarat. Psstt, nak tau tak apa hadiah utama??? Ha, Pakej Umrah ye..  Wah.. best kan. 


So, apa tunggu lagi. Jom bayar zakat sekarang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, sila layari, www.zakat.com.my/yez2022



Post a Comment

0 Comments