Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Suria FM Di Atas Kapal Persiaran Genting Dream

Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Suria FM Di Atas Kapal Persiaran Genting Dream | Assalamualaikum semua.. Apabila menerima jemputan untuk ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Suria FM dah buat sis happy tapi kegembiraan sis berganda apabila mengetahui lokasi majlis diadakan. Mana taknya, bila baca je jemputan, tertera gambar kapal persiaran mewah Genting Dream. Perghhh, memang dah lama sis mengimpikan untuk naik kapal ni. Tak sangka mimpi jadi kenyataan.


Sebenarnya Ulang Tahun Ke-15 Suria FM adalah pada 24 November dan bagi meraikan ulang tahun kali ini Suria FM membuat kelainan dengan meraikan sambutan ulang tahun Suria FM di atas kapal persiaran mewah, 'Genting Dream'. Kami dibawa ke Zodiac Theatre di mana sessi pemotongan kek akan diadakan dan turut dihadiri keluarga Suria FM yang terdiri dari staff dan juga penyampai radio serta para media (termasuk sis la.. hehe). Ucapan kata aluan disampaikan oleh Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Berhad iaitu Dato' Dr Mohd Aminuddin Bin Mohd Rouse serta kata aluan dari Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abd Majid atau DJ Lin. Tidak ketinggalan ada juga ucapan dari Resort World Cruises.




Setelah selesai ucapan, kami dihiburkan dengan persembahan istimewa dari Genting Dream. Persembahan memukau mereka memang menghiburkan. Siap ada aksi stunt lagi.. kami sebagai penonton ni ghisauuu je takut ada yang tergolek. Tapi mereka ni penari professional dan cukup terlatih. Memang awesome laa. Setelah selesai, upacara memotong kek diadakan. Wah, Tahniah Suria FM, Selamat Ulang Tahun ke-15.





Selain dari sambutan ulang tahun, ada satu berita gembira yang turut disampaikan iaitu Suria FM kini berjaya mencatat pertambahan jumlah pendengar lebih 3.5 juta pendengar seminggu dan sekaligus meletakkan Suria FM di ranking Top 3 stesen radio paling popular di Malaysia. Sempena kejayaan kali ini, Suria FM dengan kerjasama Resorts World Cruises akan berlayar selama 4 hari 3 malam di atas kapal persiaran Genting Dream pada 9 Januari 2023 dengan membawa misi menjadi Radio Pertama bersiaran di atas kapal pelayaran. 


Pada acara tersebut, Suria FM dan Resorts World Cruises akan membawa 5 pendengar bertuah merasai pengalaman berlayar di atas kapal persiaran Genting Dream dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan antaranya sukaneka, rock climbing, mini golf, aktiviti air, karaoke, persembahan istimewa dari barisan artis popular seperti Siti Nordiana, Andi Bernadee, Amir Masdi dan ramai lagi!.


Bagi pihak Resorts World Cruises, sambutan dan kerjasama ini sangat bertepatan, memandangkan laluan pelayaran kapal persiaran mewah Genting Dream kini telah berlepas dari Pelabuhan Klang ke Pulau Pinang, Singapura dan Phuket. Pihak Resorts World Cruises juga teruja untuk berlayar bersama krew SURIA FM dan rakan media pada Januari 2023 dengan misi untuk mencapai 'The Malaysia Book of Records' bagi kategori Radio Pertama bersiaran dari atas kapal.


Oh ya, mesti korang tertanya-tanya macam mana nak jadi 5 pendengar bertuah tu kan. Ha, cepat join contest yang dianjurkan oleh Suria FM. Caranya mudah je dan koranag boleh rujuk di Instagram mereka. Mana tau ada rezeki korang untuk menaiki kapal persiaran Genting Dream ni bersama-sama dengan penyampai Suria FM. Mesti happening nanti.


Untuk info lanjut boleh layari di laman web Suria FM dan laman sosial Suria Malaysia: 
Website : Suria.my
Instagram: suriamalaysia 
Facebook: @SuriaMalaysia 
TikTok: @suriamalaysia 
Youtube: SuriaTV 

Post a Comment

0 Comments