Resipi Parmesan U.S. Potato Cakes Menu Sihat Dan Berkhasiat

Resipi Parmesan U.S. Potato Cakes Menu Sihat Dan Berkhasiat | Assalamualaikum semua.. Yuhuuu, tinggal lagi beberapa hari je nak masuk tahun 2023. Dah pasang azam baru ke? Ke carry forward je azam lama?? kalau ye, sama la kita. Azam tahun ni nampaknya kena carry forward je la. Apalagi, azam nak kurus laa... hehe.. Tapi kali ni azam sis ada upgrade sikit iaitu nak banyakkan makan menu-menu berkhasiat. Maklum la usia pun meningkat jadi kena la ubah gaya pemakanan kan.


Bila sebut pasal menu makanan sihat mesti ramai yang mengeluh kan. Nak tau sebab apa?? Sebab kalau beli makanan sihat ni harga dia lebih mahal dari makanan biasa. So, better buat sendiri je di rumah. Lagipun sekarang di internet dah ada banyak resipi untuk menghasilkan menu-menu sihat. Antara website yang sis selalu refer adalah www.uspotatogoodness.com.my. Dalam website ni ada banyak resipi berasaskan kentang A.S. Pilih je nak yang mana sama ada nak merebus, membakar, mengukus dan menggoreng. 


Baru-baru ni sis ada mencuba salah satu menu dari website ni. Nak tau menu yang mana? Ha, sis memilih menu Parmesan U.S. Potato Cakes. Untuk resipi penuh boleh klik link ni 👇


By the way, sis sekarang tengah join contest di mana memerlukan ramai untuk klik link resipi di atas. Jadi sis ingin memohon kerjasama semua pembaca sis untuk klik dan alang-alang dah klik tu boleh la mencuba sekali resipi tersebut.


Amacam, menarik kan menu ni. Dah la mudah untuk menghasilkannya, tak perlukan bahan yang complicated dan yang paling penting haruslah menggunakan kentang A.S yang kaya dengan pelbagai vitamin seperti Vitamin C, Vitamin B6, sumber kalium yang baik lebih daripada sebiji pisang. Ha, tahu tak yang Kentang A.S ini mengandungi hanya 110 kalori untuk satu biji kentang saiz sederhana. Ia juga bebas daripada lemak, natrium dan kolestrol untuk pilihan makanan yang sihat.


Korang kalau dah try resipi ni jangan lupa kongsikan dengan sis hasilnya nanti dengan menggunakan hashtag #uspotatoes #uspotatogoodness #uspotatorecipes #goodnutrition. So, untuk tahun 2023 nanti jom la kita beralih kepada pemakanan yang lebih sihat dan jadikan kentang A.S sebagai bahan asas dalam makanan kita 💚


Post a Comment

0 Comments