Sidang Media Bersama Skin Dessert Terhadap Isu Tular Menerusi Sosial Media

Sidang Media Bersama Skin Dessert Terhadap Isu Tular Menerusi Sosial Media | Assalamualaikum semua.. Bila sebut pasal Skin Dessert terus teringat lagu dia di corong-corong radio kan. Tapi pada sekitar bulan Oktober jenama Skin Dessert ni tular (viral) di sosial media terutama di tiktok. Rasanya ramai kan yang tahu isu Skin Dessert dengan SIRIM tu. 


Setelah 2 bulan berdiam diri akhirnya Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin Dessert En Mond Aliff Abd Kadir bersama dengan peguam mereka tampil dalam satu sidang media untuk memberi penjelasan mengenai isu yang tular di sosial media. Sis juga turut berkesempatan untuk hadir di sidang media ini untuk mendengar sendiri apa yang berlaku. So buat pembaca blog sis, di bawah ni sis akan kongsikan penjelasan dari pihak Skin Dessert. 


Skin Dessert Mula Tindakan Undang-Undang Terhadap SIRIM Isu Tular Menerusi Sosial Media


Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert, telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar Surat Tuntutan pada 7 Disember 2022 terhadap Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini.


Isu ini bermula pada 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin Dessert En Mond Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM.

Skin Dessert menerusi agen yang dilantik iaitu Abam Peah Holdings Sdn Bhd telah membuat dua (2) kali bayaraan kepada SIRIM untuk menjalankan dua jenis ujian iaitu Ujian Kerengsaan Kulit (Skin Irritation Test) dan Ujian Keberkesanan Produk terhadap produk keluaran iaitu 'Skin Dessert Repairing
Moisturizer'.

Berikutan muat naik gambar di depan SIRIM itu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen di gambar yang dimuat naik Puan Zirra seperti berikut: "SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my.


Komen yang dibuat SIRIM menyebabkan isu produk Skin Dessert semakin tular mengakibatkan Puan Zirra dan En Aliff menerima pelbagai kecaman daripada netizen selama dua bulan sehingga merosakkan reputasi perniagaan dan mereka mengalami tekanan emosi memandangkan Puan Zirra dan En Aliff tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan.

Malah komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.


Pengujian Produk Oleh SIRIM


SIRIM kemudian menerusi surat bertarikh 26 Oktober 2022 memaklumkan terpaksa membatalkan permohonan pengujian ke atas produk sampel produk yang telah dihantar oleh Skin Dessert. Bayaran yang telah dibuat untuk kedua-dua ujian tersebut akan dipulangkan kepada syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd selaku pengantara Skin Dessert dan SIRIM.


Susulan komen dan surat pembatalan yang dibuat SIRIM syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd memohon untuk mengadakan satu perjumpaan dengan SIRIM bagi membincangkan isu yang timbul.

Pertemuan telah berlangsung pada 2 November 2022 dan antara perkara yang dibincangkan adalah permintaan Skin Dessert supaya SIRIM memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi di mana Skin Dessert telah mengemukakan permohonan serta membayar kepada SIRIM bagi menjalankan dua (2) ujian iaitu ujian kerengsaan kulit dan ujian keberkesanan produk 'Skin Dessert Repair Moisturizer'.

SIRIM bersetuju untuk meneruskan ujian untuk 'Skin Dessert Repair Moisturizer' seperti yang dirancang. Pada 16 November 2022 laporan ujian untuk produk tersebut telah dikeluarkan SIRIM.

Hasil laporan ujian daripada SIRIM menyatakan bahawa 'Skin Dessert Repairing Moisturizer sebagai: "Under the condition of this test, Skin Dessert Repairing Moisturizer is consider as NON-IRRITANT (NI) to in vitro skin LabCyte EPI-Model 24.


Skin Dessert ketika ini masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan memandangkan pihak peguam yang mewakili SIRIM masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022

Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Puan Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum

Kenyataan dibuat SIRIM telah menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum. Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin Dessert.

Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama Skin Dessert tidak boleh dipercayai.


Produk Telah Lama Dihentikan Pengeluaran


Untuk makluman juga, produk 'Skin Dessert Moisturizer Treatment' yang dibatalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Oktober 2022, sudah dihentikan pengeluaran dan produksi akhir produk itu adalah pada Disember 2021.


Skin Dessert sudah menarik balik produk 'Skin Dessert Moisturizer Treatment' daripada pasaran dan dihentikan pengeluaran pada Disember 2021 melalui satu MEMO yang disiarkan menerusi platform sosial media rasmi Skin Dessert.

Produk 'Skin Dessert Repairing Moisturizer' adalah produk baharu yang menggantikan 'Skin Dessert Moisturizer Treatment' iaitu produk yang dihantar kepada SIRIM untuk membuat ujian keselamatan.


Pelan Penstrukturan Semula


Menerusi Pelan Penstrukturan Semula Jangka Masa Panjang Skin Dessert, kesemua produk akan dihantar untuk ujian makmal secara berperingkat bermula dengan 'Skin Dessert Repairing Moisturizer'.
Skin Dessert juga turut menghantar ENAM PRODUK untuk ujian makmal di Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia.


Menerusi hasil ujian ini, kesemua produk yang dihantar diklasifikasikan sebagai Not Detected atau diuji bebas daripada kandungan logam berat. Ujian produk telah dijalankan di Makmal Toksikologi Pusat Racun.

Disebabkan Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia memberikan terma dan syarat yang perlu dipatuhi pihak Skin Dessert, hasil ujian tidak dapat dikongsikan kepada umum.

Orang ramai bagaimanapun boleh menyemak hasil ujian ini dengan menghubungi Makmal Toksikologi PRN dengan menggunakan nombor rujukan PRN2022/581-587 untuk pengesahan ujian.


So, guys.. dah habis baca?? Sis tak nak ulas lanjut mengenai isu ini tapi apa yang sis harapkan semua masalah dapat diselesaikan dengan cara baik. Kesian juga bila dengar para stokis terjejas selepas isu ini berlaku. Apa pun, semoga team Skin Dessert terus sukses pada masa akan datang.



Post a Comment

0 Comments