Tisu Jenama Carina Menjadi Pilihan Untuk Kegunaan Harian

Tisu Jenama Carina Menjadi Pilihan Untuk Kegunaan Harian | Assalamualaikum semua.. Sis dan tisu ibarat sahabat baik ye. Tak kisah sama ada di rumah mahupun ketika keluar dari rumah sis akan pastikan tisu sentiasa ada bersama sis. Tisu ni bukan sekadar nak lap hidung time bersin je tapi ada banyak kegunaan dia tau. Malah di pasaran terdpat pelbagai jenis tisu mengikut kegunaannya. Namun yang pasti tisu jenama Carina menjadi pilihan sis untuk kegunaan harian.


Mengapa tisu Carina?? Ha, mesti korang tertanya-tanya kan kenapa sis memilih tisu Carina. Padahal belambak je jenama lain. Kalau korang nak tau, Carina ni dicipta untuk orang-orang Asia Tenggara tau. Eh, tisu pun kena ikut lokasi ke?? Ye, harus la wakkk sebab macam sis cakap tisu ni ada banyak jenis. Jadi untuk kita yang berada di kawasan iklim subtropika yang lembap ni kena la menggunakan tisu yang berkualiti tinggi. Penting ye pemilihan tisu ni sebab kita memerlukan tisu yang lebih bersih, mudah dan mesra keluarga, serta sesuai mengikut penggunaannya. Lagipun tisu Carina ni mesra alam kerana ia larut dalam air jadi ia bukan sahaja berguna untuk kita malah juga turut melindungi alam sekitar.


Latar Belakang Carina


Mungkin masih ramai yang belum mengetahui kewujudan jenama Carina ni kan. Actually Carina dah lama di pasaran dan ditubuhkan pada tahun 2009 lagi dan merupakan pengeluar tisu pertama Malaysia tau. Apa yang menariknya penghasilan tisu Carina yang menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli membolehkan Carina memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk. Ia adalah pilihan terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana produk yang dihasilkan oleh Carina tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, justeru menjadikannya lembut pada kulit dan tahan lasak.




Jenis-jenis Tisu Carina


Carina mempunyai 4 siri utama iaitu:
1. Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) – Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.
2. Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) – Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.
3. Peralatan Dapur (Kitchenware) - Siri Tisu Dapur kami menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.
4. Penjagaan Kesihatan (Health Care) – Siri Tisu Basah kami mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.


Ha, nampak tak kenapa sis suka tisu Carina ni?? Ye, sebab kualitinya dan juga lengkap mengikut kegunaannya. Memang best la bila guna especially tisu Carina jenis Tisu Kering (Dry Tissue). Untuk tisu kering ni Carina mengeluarkan 3 jenis pembungkusan iaitu Carina Box Tissue, Carina Handkerchief Tissue dan Carina Wallet Tissue. Untuk Carina box tissue macam biasa la sis akan letak di rumah dan juga kereta. Senang kalau nak guna kan. Manakala untuk Carina Handkerchief Tissue dan Carina Wallet Tissue pula sis sentiasa pastikan ada di dalam handbag sis sebab saiznya yang lebih kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.


Selain itu, Carina juga boleh ada dalam bentuk tisu basah (Wet Tissue). Ha, yang ni pun sis suka juga especially zaman sekarang ni ada macam-macam penyakit muncul. Kuman pun bersepah-sepah kan. Dah la tak boleh dilihat dengan mata kasar, mujur la ada Carina Antibac Wipes. Boleh la lap mana-mana permukaan  untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair. Nak guna untuk lap tangan pun boleh sebab tekstur Carina Wipes yang lembut malah nak lap kat baby pun boleh tau sebab tisu basah Carina mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.


Ha, untuk orang perempuan pulak Carina juga ada rangkaian Carina Cotton yang diperbuat daripada kapas asli, lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk kegunaan peribadi. Ha, sis suka guna Carina Facial Cotton untuk sessi makeup samaada nak pakai toner ataupun makeup removal. Kalau yang Carina Cotton Bud pulak bukan sahaja boleh gunaa untuk telinga malah nak bersihkan maskara or nak guna untuk cuci di celahan barangan yang tak boleh capai jari pun boleh tau. Pendek kata rangkaian produk yang luas daripada Carina ini dapat memenuhi keperluan harian anda untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat.


Yang ni pulak Carina Kitchen Towel. Ha, yang ni memang wajib ada kat rumah sebab sis selalu guna kat dapur especially time nak lap lepas masak. Bukan tak boleh pakai kain lap tapi seksa weii nak cuci lepas lap tu. Tambah plak dengan kesan minyak ataupun tumisan cili. Perghhh, melekat beb. Kalau pakai  Carina Kitchen Towel ni senang. Lepas lap terus buang.. hehe. Selain tu sis juga guna untuk buat lapik pinggan bila angkat gorengan, jadi minyak akan serap dekat tisu tu.



Lokasi Untuk Mendapatkan Produk Carina


Eh, ya ampunnnn... duk ralit bercerita pasal Carina, lupa pulak nak share kat mana nak dapatkan produk Carina ni. Bertempat di Lembah Klang, Malaysia, produk Carina dihasilkan dan diedarkan di seluruh Malaysia terus kepada pengguna. Majoriti produk Carina boleh diperolehi di pasaraya (Offline) mahupun secara atas talian (Online). Pada masa yang sama, korang juga boleh mendapatkan Carina menerusi platform e-dagang rasmi mereka dan produk akan dihantar terus di depan pintu rumah tau! ha, sangat mudah untuk membuat pembelian melalui Shopee dan Lazada. Ok, kat bawah sis listkan senarai tempat untuk dapatkan Carina


Dimana boleh dapatkan CARINA?

OFFLINE
  • Aeon Big
  • Aeon Wellness
  • Econsave
  • Mydin
  • NSK
  • Ascen+ Pharmacy
  • MiX Store
  • PotBoy Groceries
  • C-Mart Penang, Kedah, Perlis
  • Ceria 99 Penang, Kedah, Perak
  • Family Stores Seremban
  • Family Stores Melaka
  • Oppa Mart Melaka & Seremban
  • Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan
  • Target Supermarket Johor
  • Song Mart Malaysia Johor
  • Pasaraya Hwa Thai Johor


ONLINE    

"We Care, We Love" Carina 2023


Fuh pejam celik dah nak masuk tahun 2023 kan. Korang dah pasang azam ke atau just carry forward je azam lepas?? Kalau just carry forward, sama la kita.. ehhh... tapi bagi Carina tidak ye, untuk tahun 2023 Carina berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik. Konsep baharu telah dihasilkan dengan tema "We Care, We Love"

Justeru itu Carina menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran :
✔ Carina menjaga kulit anda dengan menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit
✔ Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi
✔ Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara
✔ 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran

"We Care, We Love", menyatakan kepercayaan mereka bahawa menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang yang lebih baik untuk keluarga. Misi #CarinaCares terhadap anda dan keluarga anda... gichuuu. Nah sis belanja video sis bersama Carina


By the way Cantik tak Carina Limited Edition We Love We Care Bag ni?? Cantik kaann kannn.. ha, beg ni boleh didapati dengan pembelian RM 40 dan ke atas



Carina Gift Box

Guys, sekarang ada promosi untuk Carina Gift Box tau. Selain untuk kegunaan sendiri, apa kata kita sebarkan kebaikan tisu Carina kepada ahli keluarga ataupun kawan-kawan. Jadi Carina Gift Box adalah hadiah yang ideal sempena hujung tahun ni. Maklum la time ni mesti ramai yang tengah buat gift exchage kan. So boleh la bagi Carina Gift Box. Dalam Carina Gift Box ni ada : 


Selain produk, di dalam Carina Gift Box, terdapat juga :
  • Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher
  • Review & Win campaign flyer 
  • Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG
Ha, menarikkan Carina Gift Box ni. Tapi just nak bagitau dalam Carina Gift Box Set TIDAK termasuk Carina Kitchen Roll (boleh dibeli di kedai fizikal atau online) dan juga Carina Limited Edition We Love We Care Bag (GWP dengan pembelian RM 40 dan ke atas). Yang ni kalau korang nak kena dapatkan secara berasingan ye. Ok, ni sis kongsikan pula kat mana nak dapatkan Carina Gift Box :

Dimana boleh dapatkan Carina Gift Box?
  • Aeon Big (Cawangan terpilih)
  • Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)
  • Hot Market @ Berjaya Times Square
  • Tong Hup Trading, Melaka


CARINA Review & *WIN (*T&C apply)

Choppp, alang-alang dah cerita dengan uols pasal Carina ni kan, ada lagi satu benda sis nak share. Orang kata benda baik ni kena kongsi kannnn. Ok, sekarang ni Carina juga sedang mengadakan CARINA Review & *WIN (*T&C apply). Seramai 100 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi Bekalan Rumah setiap bulan. Setiap pemenang akan mendapat jumlah bernilai RM150. Contest ini berlangsung selama 3 Bulan. Jadi nilai keseluruhan adalah RM45,000.


Cara MENYERTAI:
1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok
2. Beritahu kami sebab anda akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok
3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda adalah umum).

*Terma & Syarat:
  1. Tempoh kempen: SEKARANG- 30 April 2023
  2. #300 #Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Kami akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook kami bermula dari Feb 2023. Sila nantikan!
  3. Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Kami berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.
  4. Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah.
  5. Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama & resit Pembelian yang sama tidak dibenarkan.
  6. Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja.
  7. Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan.
  8. Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

Ha, menarik kan hadiah dia. So pakat join ramai-ramai tau. Untuk maklumat lanjut, hubungi Carina melalui wangzhengcarina@gmail.com. Ikuti Carina Malaysia di platform berikut untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman menarik yang lain.


#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature







Post a Comment

1 Comments

  1. memang kita perlu pelbagai jenis tisu... wajib tiap bulan beli stok

    ReplyDelete