Majlis Tayangan Perdana Dan Sidang Media Serta Review Filem COAST GUARD MALAYSIA : OPS HELANG

Majlis Tayangan Perdana Dan Sidang Media Serta Review Filem COAST GUARD MALAYSIA : OPS HELANG | Assalamualaikum semua.. Hiyak Hiyakkk... fuhh, rasa macam nak ambil kelas martial art je lepas tengok filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang ni. Sebagai pembuka tirai tahun baru, filem melayu pertama untuk tahun 2023 ini akan berada di pawagam pada 2 Februari 2023. Tapi sis bertuah kerana dapat menghadiri Majlis Tayangan Perdana Dan Sidang Media sekaligus menjadi antara orang yang terawal untuk menonton Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang yang bertempat di DADI Cinema Pavillion KL. Ha, nak tau ke apa review sis pasal filem ni?? Sila baca sampai habis ye.


Suasana di Majlis Tayangan Perdana Dan Sidang Media ni meriah betul dengan kehadiran para tetamu VIP, barisan pelakon serta media dan juga peminat yang bertuah. Majlis ini juga turut dihadiri Datuk Seri Dr Shamsul Bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Filem yang penuh dengan aksi Coast Guard Malaysia : Ops Helang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia dalam perjuangan mempertahankan sempadan lautan tanah air. Filem yang mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) ini telah berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara. Wahh, terbaik laaaa...


Untuk pengetahuan semua, Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang ini diterbitkan oleh FLYING DEALS SDN. BHD dan ARIE ZAHARI PRODUCTION serta penerbit bersekutu dan edaran METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG). Filem aksi hebat ini juga merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu ALLAHYARHAM PITT HANIF yang turut terlibat dalam penghasilan filem Lelaki Harapan Dunia dan One Two Jaga sebagai pembantu pengarah. Anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi ini juga telah merangkul Anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi filem One Two Jaga di Festival Filem Malaysia yang ke-30. 


Info Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 


Tajuk Filem : Coast Guard Malaysia : Ops Helang
Durasi : 85 minit
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama, Aksi
Klasifikasi : P13
Pengarah : Allahyarham Pitt Hanif
Pelakon : Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Iliyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah, Joe Aziz dan ramai lagi.
Penerbit : Flying Deals Sdn.Bhd & Arie Zaharie Production
Edaran : Metrowealth International Group (MIG)



Trailer Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 




Sinopsis Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 


Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan. Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.


Lagu OST Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 

Audio Production
Producer : COF Music
Song : Yes Sir [Ost Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang]
Artist : Zamani | Ariff Peter
Composer : Ariff Peter | Pown Hasril |Otromen | Nass
Lyricist : Ariff Peter | Otromen | Azumi
Arranger & Producer : Ariff Peter | Jack Jafni | Pown Hasril
Mixing : Jack Jafni 
Mastering : Jack Jafni


Klik sini untuk Lirik Lagu YES SIR!


Ulasan Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 

Masa mula-mula nak pergi tengok tu sis takde la letak expectation yang tinggi sebab filem melayu kan. Lagipun sebelum ni sis dah tengok filem yang melibatkan pertahanan darat dan udara. So, kali ni nak tengok pula macam mana liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malaysia dalam menggalas tanggungjawab, amanah serta perjuangan yang berisiko hingga menggadai nyawa demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.


To be honest, memang sis tak tengok trailer terlebih dahulu sebelum menonton filem ni. Sis taknak ada sebarang spoiler yang akan mengganggu jalan cerita. Biar surprise gitu.. hehe. Surprisingly memang sis tak sangka filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang ni memang penuh dengan aksi ye. Dari awal hingga akhir memang penonton dihidangkan dengan aksi yang mendebarkan. Jalan cerita pun straight forward je, tak melewah-lewah, siap ada plot twist ye. Part mana? korang kena tengok sendiri la.. hehehe.

By the way, sis salute dengan barisan pelakon yang berjaya membawa karektor masing-masing. Paling sis tak sangka adalah setiap babak berlawan antara Melati dan Trisha dilakukan sendiri tanpa menggunakan stuntwomen sebagai replacement. Ini yang membuatkan sis rasa nak masuk kelas martial art ni... ehh.. 


Secara keseluruhan memang puas hati tengok filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang ni. Cuma ending tu macam tergantung je.. So, adakah akan ada sambungannya nanti?? jeng jeng jeng..  Ha, apa pun tahniah buat semua team dan krew yang menjayakan filem ini. Paling mencabar apabila kerja-kerja editing perlu dilakukan tanpa bimbingan pengarah namun itu bukan halangan. Bagi yang ingin menonton filem Coast Guard Malaysia : Ops Helangboleh la ke pawagam berhampiran bermula 2 Februari 2023... adios

Rating :
🌟🌟🌟🌟
4 / 5
BINTANG





Post a Comment

0 Comments