Santan Mawar Segar, Berkualiti Dan Bagus Untuk Kesihatan

Santan Mawar Segar, Berkualiti Dan Bagus Untuk Kesihatan | Assalamualaikum semua.. Masakan bersantan memang tak lari dari selera rakyat Malaysia kan. Boleh dikatakan hampir setiap hari mesti kita akan menggunakan santan dalam masakan. Betul tak? Kalau dulu ingat lagi bila memerlukan santan, arwah abah akan mengait buah kelapa, mengopek, membelah dan mengukur sendiri buah kelapa untuk dijadikan santan. Tapi zaman sekarang dah tak perlu dah sebab di pasaran dah ada menjual santan segar.


Tadaaa... memperkenalkan Santan Mawar yang diperbuat dari 100% santan asli tanpa campuran air. Apa yang bestnya mengenai Santan Mawar ini adalah kualitinya yang tinggi dan segar kerana santannya diperolehi daripada kelapa tempatan yang dipetik setiap hari, dipilih kualitinya dan terus diproses di kilang sebelum dihantar kepada pelanggan. Jadi santan yang dihasilkan memang segar dari ladang ye..


Selalunya bila diet kita akan elak makanan yang menggunakan santan kan tapi dengan Santan Mawar ni tak perlu risau sebab ia tidak mengandungi lemak trans dan sifar kolestrol. Malah Santan Mawar mempunyai sumber kalium yang tinggi dan sangat bagus untuk kesihatan tau. Percaya tak kalau sis cakap yang Santan mawar ni boleh terus diminum begitu sahaja dan sangat bermanfaat utk kesihatan. Doktor sendiri encourage pesakit jantung, yang pernah kena stroke supaya minum terus je santan segar ni sebab lemak santan baik untuk kesihatan jantung.


Bila santan yang kita guna segar, makanan juga automatik akan menjadi lebih sedap. Betul tak?? Yes, dengan Santan Mawar dah tak perlu risau. Tak kisah la nak masak kari ke, rendang ke, masak lemak ke, kuih muih ke ataupun pencuci mulut, semua boleh dengan Santan Mawar. Sis sendiri dah masak menu kegemaran sis iaitu Wadai Kipeng menggunakan Santan Mawar. Memang betul rasanya lebih sedap dan tekstur kuahnya pun jadi cantik disebabkan kualiti Santan Mawar yang bagus. 


Nah sis belanja juga resipi dan cara masak Wadai Kipeng. Kalau korang nak tau, ini lah menu pencuci mulut bagi masyarakat Banjar. Favourite menu sis ni tauuuuu

Serius sis cakap dengan adanya Santan Mawar ni kerja-kerja nak memasak menjadi lebih mudah. Dijual dalam bentuk pek, boleh pilih nak saiz 250ml, 500ml dan juga 1000ml. Jangan risau, pek Santan Mawar adalah selamat kerana menggunakan three sided seal. Tak perlu risau leaking ataupun tumpah. Setiap pek Santan Mawar ni boleh bertahan selama 7 hari jika disimpan di dalam peti sejuk. Boleh la beli beberapa pek untuk disimpan. Bila nak masak amik je dalam peti. 


So, kalau korang nak order Santan Mawar boleh call/whatsapp +60172097173

Harga *SANTAN MAWAR (segar)*
RM16 untuk 1kg santan
RM8 untuk 500gram
RM4 untuk 250gram

Untuk info lanjut tentang Santan Mawar, boleh layari :





Post a Comment

0 Comments