Jelajah Suria Anggun Cotton Collection Tarik Lebih 20,000 Pengunjung, Lokasi Terakhir Dijangka Lebih Hebat

Jelajah Suria Anggun Cotton Collection Tarik Lebih 20,000 Pengunjung, Lokasi Terakhir Dijangka Lebih Hebat | Assalamualaikum semua.. Rasa macam baru je lagi pergi Pelancaran Jelajah Suria Anggun Cotton Collection. Sekarang dah sampai ke lokasi akhir dah. Cepatnya masa berlalu kan. Tapi serius tau, best giler sehingga berjaya menarik lebih daripada 20,000 pengunjung. Wow, meriahnya...


Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection anjuran stesen radio Suria FM bermula pada awal bulan Feb yang lalu dan telah menjelajah ke 3 lokasi iaitu di Johor Bahru, Sungai Petani dan Kuantan dengan sokongan padu yang diterima amat memberangsangkan. Menurut Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid berkata, pihaknya bersyukur dengan sambutan yang diterima meskipun berdepan dengan cabaran tertentu.

"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuk pendengar Suria FM, artis yang terlibat, media dan keluarga Suria FM yang sentiasa menyokong dan memberikan yang terbaik. Kami juga lega dengan sambutan baik di Kedah meskipun konsert diadakan pada hari bekerja dengan menarik lebih 8,000 pengunjung,"
~ Roslinda Abd Majid, Pengurus Besar Suria FM ~


Lebih mesra disapa DJ Lin, penyampai Suria Cinta ini berkata, kelainan termasuk persembahan tarian tradisonal pada pembukaan setiap siri jelajah turut mendapat respon yang baik. Katanya, gerai jualan penaja utama iaitu Anggun Cotton Collection juga sentiasa diserbu peminat dan mencatakan jualan sangat baik.  Beliau melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan sambutan yang diberikan dan berharap peminat semua akan terus menyokong Suria FM.


Bercakap mengenai lokasi terakhir pada Sabtu ini, DJ Lin berkata antara tarikannya ialah kehadiran Seniwati Fauziah Ahmad Daud yang sudah lama tidak beraksi di pentas nyanyian. Katanya, antara artis yang turut akan memeriahkan Pentas Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan berakhir di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 4 Mac ini , Misha Omar, Akim & The Majistret, Muss, Alif Satar & The Locos, Dolla, Hasif Upin, Venus, Airliftz dan Meer Nash. 


Juga para pengunjung berpeluang untuk menangi tawaran utama sebuah motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM 4,000 dengan hanya membeli barangan eksklusif Suria minima pembelian sebanyak RM100 yang dijual di booth kedai Suria sepanjang konsert berlangsung. 


So guys, jika berkelapangan Sabtu ni jangan lupa datang beramai-ramai di lokasi terakhir Jelajah Suria Anggun Cotton Collection. Ada banyak aktiviti menarik serta kejutan isitimewa dari persembahan artis buat semua peminat. Tak lupa juga ada hadiah menarik tau. Jumpa di sanaaaa...

Lokasi Terakhir Jelajah Suria Anggun Cotton Collection
4hb Mac 2023
Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya


Post a Comment

0 Comments