Buffet Ramadan 2023 Di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2023 Di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Dah tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa kan. Masing-masing dah mula buat persediaan untuk menyambut bulan Ramadan. Tak kurang juga ada yang dah mula mencari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga, kawan-kawan mahupun bersama rakan sekerja. Ok, kali ni sis nak kongsikan satu lagi lokasi untuk berbuka puasa iaitu di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur.



Selera Juadah Kampung


Tahun ini dengan bertemakan 'Selera Juadah Kampung', buffet Ramadan 2023 di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur akan diadakan di restoran Thyme. Apa yang menariknya tatkala melihat je menu-menu yang ada terus membuatkan kita teringat kampung. Ditambah pula dengan alunan muzik ghazal, membuatkan peraasan rindu kampung halaman terubat tau. Ok, jom tengok menu-menu apa yang ada kat sini.


Antara menu masakan tempatan yang ada di sini seperti Rendang Ayam, Ayam Masak Merah, Udang Galah Masak Lemak, Ikan Mayong Asam Pedas, Gulai Daging, Daging Dendeng, Daging Salai Masak Lemak, Telur Itik Masak Lemak, Siput Sedut Masak Lemak, Chicken Briyani, Prawn Malabari, Massala Fried Fish, Chicken Tikka, Steam Whole Tiger Garoupa, Mushroom With Pak Choy dan macam-macam lagi.










Jom puaskan selera dengan hidangan tradisional seperti Kambing Golek, Nasi Kandar, Aneka Bubur, Rojak Lambung Mamak, Gulai Kawah, Pasembur dan stesen aksi langsung di teres luar untuk dilawati! Untuk menceriakan selera dengan lebih jauh, terdapat sashimi dan makanan laut yang baru dihiris seperti tiram, kerang dan kerang yang berair. Stesen langsung char kuey teow gaya penjaja, murtabak dan makanan laut yang baru dimasak mengikut tempahan mengikut gaya dan pilihan kita. 









Tak lengkap rasanya kalau tak akhiri malam dengan pelbagai pilihan kuih-muih tradisional dan pencuci mulut yang menyelerakan di sudut dessert dan buah-buahan. Kat sini ada macam-macam jenis kuih, kek, puding, tart malah crepe panas pun ada tau. Letak pula dengan aiskrim yang bukan biashe biashe sebaliknya Häagen-Dazs tau, fuhhh.. thorbaekkk..







Harga Buffet Ramadan 2023 Selera Juadah Kampung

Lokasi : Restoran Thyme

Harga : 
RM228 nett untuk dewasa
RM114 nett untuk kanak-kanak (6 hingga 11 tahun)

*Diskaun dikenakan untuk kad kredit dan debit terpilih
*Early Bird dari 1 hingga 15 Mac : 4 orang, percuma 1 orang (4+1) 
(terpakai untuk menjamu selera pada 24 hingga 28 Mac 2023). 
*Bayaran penuh diperlukan semasa membuat tempahan.



Nostalgia Bazaaria Negeri


Bila bulan Ramadan ni mesti kita akan pergi ke Bazar Ramadan kan. Ha, di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur pun ada Bazar tau. Terletak di Aras 2, pihak hotel telah mengubah kawasan konvensyen kepada pengalaman makanan jalanan kasual - Nostalgia Bazaaria Negeri, yang menampilkan hidangan tempatan dari 13 negeri Malaysia yang berbeza.


Bayangkan makanan favourite dari pelbagai negeri berada di bawah satu bumbung, teruja kan. Antaranya Johor's Briyani Gam Lamb Shank, Melaka's Ikan Bakar Portuguese and Nyonya Asam Pedas, to the best of Penang's Nasi Kandar and Terengganu's Nasi Dagang with Gulai Ikan Aya. Tidak lupa juga makanan istimewa Malaysia Timur – seperti Ambuyat, salad anggur laut segar dari Sabah dan Ayam Pansuh dan Umai Ikan dari Sarawak

Harga Buffet Ramadan 2023 Nostalgia Bazaaria Negeri 

Lokasi : Aras 2

Harga :
RM128 nett seorang
kanak-kanak di bawah 6 tahun Percuma

*Early Bird dari 1 hingga 23 Mac : 9 orang, percuma 1 orang (9+1) 
(terpakai untuk makan pada 24 Mac hingga 21 April 2023)
*Bayaran penuh diperlukan semasa membuat tempahan

Untuk tempahan, sila hubungi kami di untuk membuat tempahan, 
hubungi kami di +603-2782 8493 / 8411 / 8391 / 8465 / 8491 / 8413

Alamat :
PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur
Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 
50250 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur






Post a Comment

0 Comments