Koleksi Baju Raya Moden Dan Klasik Di Butik Shara Othman

Koleksi Baju Raya Moden Dan Klasik Di Butik Shara Othman | Assalamualaikum semua.. Yuhuuu, weiii.. dah seminggu kita berpuasa kan. Cepatnya masa berlalu. Nampak gayanya lagi 3 minggu je nak raya. So, korang dah beli ke baju raya?? Sis masih mencari-cari lagi ni. Tapi bulan puasa ni tak larat la nak shopping kat Bazar Raya. panaihhhhh.. So, sis pilih untuk shopping kat mall je la. Kali ni sis usha baju raya di Butik Shara Othman yang terletak di dalam Central i-City Shah Alam, Selangor.


Terletak di level 2, butik Shara Othman ni ada menawarkan pelbagai pakaian yang menarik untuk digayakan di pagi raya. Yang bestnya, koleksi pakaian kat sini bukan sahaja ada design moden malah design klasik pun ada. Lawa-lawa weii design baju kat sini. Rambang mata sis dibuatnya..




Sis paling berkenan dengan salah satu koleksi klasik iaitu Saoma. Bunyi pun dah nak dekat-dekat dengan Saloma kan. Baju Saoma ni diperbuat dari Cotton bercorak belang dengan potongan kebaya labuh klasik. Uishhh, susah tau nak cari baju macam ni. So, peminat-peminat baju kurung klasik boleh datang cari baju raya kat sini.



Bagi kaum ibu yang dah ada anak escpecially anak perempuan mesti nak sedondon kan. Aha, kat Butik Shara Othman ni pun ada juga koleksi baju sedondon untuk ibu dan anak tau. Antara koleksinya adalah :

1. Kartini
Koleksi Kartini ni merupakan baju kurung potongan Riau dan menggunakan kain jenis Tafetta Silk + Cotton. Sis suka design baju ni sebab si ibu dan anak pasti kelihatan anggun dan bergaya bila memakainya..

2. Tijah
Koleksi Tijah ni merupakan baju kurung potongan moden dengan belahan di hadapan dan menggunakan kain jenis Cotton Eyelet. Kalau pakai koleksi Tijah ni automatik rasa macam kembali ke zaman silam. Cantik tau..

3. Camelia
Koleksi Camelia ni pula merupakan dress labuh dan bertingkat-tingkat yang diperbuat dari kain lace + Satin Pleated Crush. Ha, bagi yang minat design moden boleh la pilih yang ni. Lagipun sis pasti anak perempuan pasti suka sebab dress kan, ala-ala princess gituuuu...




Ahaaa.. cukup ke sepasang je baju untuk raya nanti? Macam sis sendiri jujur sis cakap biasanya sis akan cari juga baju seperti jubah, dress ataupun kaftan untuk dipakai selain dari raya pertama. Maklum la raya kan sebulan. So, kat Butik Shara Othman ni pun ada juga koleksi baju-baju macam ni. Paling penting ada yang jenis ironless. Yeahhh, sis dah beli kaftan Ruby sebab sis suka yang tak payah iron ni. jimat masa nak bersiap.. hehe


Dah shopping banyak-banyak ni takkan takde promosi kan.. heyyy harus la ada, nak raya kottt.. Masa sis pergi ni dah start dah promosi untuk hari raya di mana dengan pembelian RM150 ke atas pula akan dapat sampul raya Percuma. Manakala untuk diskaun pula korang boleh rujuk kat bawah ni. Promosi ni bermula 31 Mac 2023 hingga malam raya tau.



Oh yaaa, kalau rajin sikit boleh la turun kat bawah Level G sebab Shara Othman ada buka booth juga. Kat booth ni siap ada promosi "Buy 1 Free 1" tau. Macam sis tak tau pulak pasal promosi ni, kalau tak sis dah borong dah especially yang kaftan tu. Selesa bila pakai.




So, kalau korang ada datang ke Central i-City Shah Alam, meh la datang ke Butik Shara Othman ni. Bagi yang duduk jauh, tak perlu risau. Boleh juga shopping dari jarak jauh melalui shopee. Ni link kedai mereka Shara Othman Official 


Alamat : 
Butik Shara Othman
L2-10, Central i-City, i-City,
Persiaran Multimedia, Seksyen 7,
40000 Shah Alam.

Butik Shara Othman
L1-28, East Coast Mall, 
25200 Kuantan.

Butik Zalina,
Taman Bentong Prima, 
28700 Bentong, Pahang.

Social media :





Post a Comment

0 Comments