Produk GKB Membantu Proses Penghadaman Dan Meningkatkan Taraf Kesihatan

Produk GKB Membantu Proses Penghadaman Dan Meningkatkan Taraf Kesihatan | Assalamualaikum semua.. Siapa yang tak suka makan kan. Macam sis ni dah la kuat makan, selalu buat review pulak tu. So, memang kerja sis makan..makan..makan... Tapi kan, sejak umur dah semakin meningkat ni sis dapat rasakan sistem pencernaan sis ada masalah. Nasib baik la sis berkenalan dengan produk yang dapat membantu proses penghadaman dan meningkatkan taraf kesihatan. Nak tahu produk apa? Sila baca sampai habis ye..



Masalah Yang Sis Alami Berkaitan Usus dan Penghadaman


Sebelum sis cerita lebih lanjut mengenai produk yang sis nyatakan kat atas, meh sis cerita serba sedikit masalah yang sering sis hadapi sejak akhir-akhir ni. Seperti yang korang sedia maklum, sis memang aktif dalam membuat content creator. Salah satu task yang sis perlu lakukan adalah 'Food Review'. Sebagai memenuhi undangan, sis lebih banyak makan di luar berbanding masak di rumah. So, bila dah makan macam-macam, perut pun apa lagi... macam-macam juga la perangai dia. Kadang sis kena sembelit, kadang tu ada juga kena cirit-birit tau. Itu satu bab, ada lagi masalah lain yang sis hadapi iaitu masalah berat badan. Pantang makan banyak sikit, uishhhh berkilo-kilo berat naik. Aishhh... susah hati beb dibuatnya.



Satu hari ada kawan rekemen kat sis mengenai produk yang dapat membantu masalah pencernaan dan juga membantu kesihatan usus iaitu produk GKB. Masa kawan sis cakap tu, sis rasa macam pernah dengar je GKB ni. Rupanya lepas google, salah satu produk GKB pernah viral di Tiktok. Ooo.. patut la macam kenal. Alang-alang dah google tu, sis dapat la serba sedikit info mengenai GKB ni.

Untuk pengetahuan korang, GKB (GK BIO International Sdn. Bhd.) telah ditubuhkan pada tahun 2018, dan merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Objektif utamanya adalah bertujuan untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi di Malaysia pada harga yang berpatutan untuk membantu mengawal fungi tubuh badan. Sejak penubuhannya, syarikat itu telah membantu lebih daripada satu juta rakyat Malaysia untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Walaupun bekerjasama dengan syarikat dari Taiwan tetapi GKB memastikan setiap produk kesihatannya diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/EC TAF 17025 tau untuk memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi. Kultur probiotik dan cendawan yang digunakan oleh GKB dikembangkan oleh 145 orang penyelidik dan teknikal untuk menumbuhkan bakteria yang than asid, aktif, sihat dan bermanfaat dengan inovasi bioteknologi.



Wahhh... bagus kan produk GKB ni. Dari segi pensijilan semuanya proper tau. So baru la confident kita nak consume kan. Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman. Ha, kat bawah sis kongsikan 5 produk GKB yang dah sis consume iaitu :

1) Untuk Mengurangkan Sembelit

GKB G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup, yang boleh meningkatkan flora usus.


Kebaikan GKB G-Pro Gold

- direka khusus untuk memperbaiki usus 
- membantu masalah iritasi usus
- membantu masalah cirit birit yang teruk
- membantu masalah sembelit
- meningkatkan pH dan rembesan usus
- membantu mengurangkan kemandirian bakteria patogen
- mengurangkan kejadian keradangan usus

Cara makan : Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan


Gaya hidup yang tidak teratur atau tekanan kerja yang tinggi, mudah menyebabkan sembelit ataupun cirit-birit. Macam sis sendiri kerap kena sembelit. Pernah sekali tu sampai seminggu tak membuang air besar. Ha, alamatnya melengung dalam toilet selama 2 jam. Tapi sejak amalkan GKB G-Pro Gold sis dah kurang kena sembelit tau.

2) Membantu Pencernaan Dan Memberi Perlindungan kepada Usus

GKB Probio+ mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang berfungsi aktif serta 4 jenis prebiotik, yang boleh membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit dan cirit-birit. 


 Kebaikan GKB Probio+ 
- Memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus
- Membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan
- Mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti. 
- Mengurangkan sembelit dan cirit-birit

Cara makan : Ambil 1 sachet, 2 kali sehari selepas makan. Boleh makan terus atau bancuh dengan air


Ha, bukan juta-juta tau tapi berbilion ye dan sesuai untuk penjagaan harian usus dan kesihatan perut sekeluarga. Alhamdulillah, demi menjaga kesihatan usus, sis amalkan GKB Probio+ setiap hari selepas makan. Apa yang sis perasan perut sis dah jarang meragam macam dulu. Orang yang mengalami gejala sembelit ringan dan senak perut yang ringan juga disarankan untuk mengambilnya.


3) Untuk Mengurangkan Gastritis

GKB Probizymes diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak


Kebaikan GKB Probizymes 
- menangani masalah kembung perut berpanjangan
- sakit perut akibat gastrik
- mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan

Cara makan : Ambil 1 sachet, sekali sehari selepas makan. Bancuh dengan air


Actually sis tak tau pun sis ada gastrik tapi sis perasan terutama bila bulan ramadan memang perut selalu meragam dan keluar angin. Kadang-kadang tu sampai terpaksa berbuka puasa sebab tak tahan. Sejak mengamalkan GKB Probizymes gastrik sis berkurangan dan Alhamdulillah sis dapat berpuasa dengan tenang.


4) Untuk Mengawal Minyak dan Mengkurangkan Kalori

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 adalah satu-satunya bakteria yang bole menyerap minyak. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mengandungi Lactobacillus plantarum iaitu ketegangan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan. Ketegangan probiotk in telah memenangi lebih daripada 20 anugerah dan paten dari pelbagai negara, termasuk Amerika syarikat, Jepun, China, Singapura dan Taiwan.


Kelebihan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3
- menyerap lemak dalam badan
- membantu mengurangkan penyerapan kalori
- membantu mengurangkan berat badan
- meningkatkan tenaga
- membantu sistem penghadaman
- menjadikan badan lebih langsing
- meningkatkan kelembapan kulit
- mengurangkan kesan kerosakan kulit disebabkan olen cahaya ultraviolet

Cara makan : Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan


Wah, banyak kan kelebihan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ni. Ha, yang ni la produk GKB yang sis cakap viral tu. No wonder la dia memenangi pelbagai anugerah kan. Thank you so much GKB kerana menghasilkan produk yang bagus macam ni. Sekarang sis dah tak perlu makan dengan rasa bersalah tau sebab produk ini sesuai untuk orang yang ingin menurunkan berat badan, tetapi masih boleh menikmati makanan yang sedap. 

5) Untuk Memperbaiki Kulit

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus mengandungi ketegangan probiotik Lactobacillus rhamnosus 


Kebaikan GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus
- mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor atau dysbiosis
- mengurangkan masalah kulit kering
- mengurangkan sensitiviti kulit 
- mempromosikan kesihatan kulit
- membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita
- meningkatkan imuniti 
- melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan microb

Cara makan : Ambil 1 sachet, 2 kali sehari selepas makan. Boleh makan terus atau bancuh dengan air


Eh, rupanya produk GKB ni bukannya tertumpu pada masalah perut dan usus tetapi boleh juga untuk masalah kulit dan juga dalaman wanita. Sis dah amalkan GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ni tau. Setakat ni belum nampak perubahan besar cuma perasan kulit sis dah tak kering. Bila pakai make up, dah tak bercapuk gitu.


Testimoni sis terhadap produk GKB


Secara keseluruhannya, sejak amalkan produk GKB ni perubahan paling besar yang sis perasan adalah bab sembelit la. Ye itu adalah punca utama sis bertemu dengan produk GKB ni dan alhamdulillah sekarang sistem pembuangan sis semakin lancar. Hampir setiap hari akan membuang ye. Lancar je.. Thank you GKB kerana memudahkan urusan sis setiap pagi di toilet... hehe. Ok, kat bawah ni sis share video sis bersama GKB.


Jika korang pun ada masalah seperti sis, meh guna produk GKB juga. Boleh dapatkan di semua cawangan Farmasi besar di Malaysia, termasuk Alpro Pharmacy :

GKB Official Selling Platform:
All major pharmacies in Malaysia, including

Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 

Laman web: www.mygkb.com
Platform Media Sosial GB:
RED /D: 1318211221 (GKB 集康宝)
Hashtag: #gkbinternational #gkbsoftlaunch20223 ttgkoprobiotios #gkbspacesuit




Post a Comment

0 Comments