F&N Teh Tarik Dan Pelancaran Kempen 'Biar Ori, Baru Sempoi'

F&N Teh Tarik Dan Pelancaran Kempen 'Biar Ori, Baru Sempoi' | Assalamualaikum semua.. Biar Ori Baru Sempoi 🎵🎵... Biar Ori Baru Sempoi 🎵🎵... Cewahhh... dah melekat dah weii lagu ni kat kepala. Ahaa, kalau korang nak tau, lagu ni dinyanyikan oleh penyanyi pujaan ramai iaitu MK K-Clique semasa majlis Pelancaran F&N Teh Tarik bagi kempen "Biar Ori, Baru Sempoi".


Seperti yang kita maklum, teh tarik merupakan minuman teh berbuih halus telah menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia dari dulu lagi dan sis merupakan salah seorang penggemar teh tarik juga. Tapi tu la, nak minum teh tarik yang sedap ni kena bancuh dan dulu dan duduk untuk menikmatinya. Nak lagi sedap biasanya kena lepak mamak la. Tapi kadang-kadang bila busy, tak sempat la pulak nak menikmatinya. Alahaiiii....


Jadi bagi memenuhi kehendak penggemar teh tarik, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, salah satu pengeluar dan pengedar minuman terbesar telah melancarkan F&N Teh Tarik dalam bekas yang mudah untuk dibawa ke mana-mana pada April 2020. Kini, bagi  menarik perhatian generasi muda Malaysia dengan cara yang ceria lagi bertenaga dan mengujakan, Kempen F&N Teh Tarik dengan tema “Biar Ori, Baru Sempoi” dilancarkan dengan menampilkan video dan lagu baharu yang disampaikan secara eksklusif oleh penyanyi dan rapper terkenal tempatan, MK K-Clique.


F&N Teh Tarik yang baharu ni dibru menggunakan krimer pekat manis F&N dan teh asli memberikan Teh Tarik sejuk dengan rasa mantap dan asli. Produk ini kini boleh didapati dalam 2 variasi iaitu ORI dan Kurang Manis dan didatangkan dalam 2 bekas iaitu botol dan juga tin. Jadi mudah la nak menikmati F&N Teh Tarik pada bila-bila masa tidak kira dimana, ia sesuai selepas sehari bekerja ataupun semasa bersama dengan kawan-kawan. 

“F&N Teh Tarik yang dikeluarkan pada awalnya semasa kemuncak pandemik pada 2020, dicipta untuk mereka yang merindukan ‘rasa teh tarik mamak’ sebenar. Bagi meneruskan momentum dengan generasi muda Malaysia, kami melancarkan kempen baru ini yang melambangkan rasa asli adalah yang terbaik dan memastikan F&N Teh Tarik tersedia dan mudah didapati dan dinikmati oleh semua orang pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja,” 
~ Tiffany Tan, Ketua Bahagian Pemasaran Jenama Tenusu, 
F&N Dairies, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd ~

Ahaa.. Korang kena try tau rasa F&N Teh Tarik ORI dan Kurang Manis ni. Sis dah try, bagi sis dua-dua sedap tapi sis lebih suka yang Kurang Manis sebab sis kan dah manis orangnya.. eh tiberr. Oh ya.. sempena berlangsungnya kempen ini, pihak F&N Beverages Marketing Sdn Bhd akan akan menempatkan mesin layan diri interaktif yang unik di kawasan transit utama di Malaysia bagi membolehkan orang ramai mendapatkan Teh Tarik mereka secara PERCUMA untuk sebulan. Berikut sis listkan senarai lokasi untuk rujukan korang kalau nak pergi ye :

📍Stesen LRT KLCC (5-9 Mei)
📍Penang Sentral (11-15 Mei)
📍Stesen LRT KL Sentral (18-22 Mei)
📍JB City Square (25-29 Mei)


Untuk orang-orang di kawasan Pantai Timur, jangan risau, F&N Teh Tarik ORI dan Kurang Manis juga akan dilancarkan di Malaysia Timur bermula bulan Mei, sebagai usaha untuk meluaskan lagi penawarannya kepada semua rakyat Malaysia.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai F&N Teh Tarik, sila layari www.fn.com.my atau laman media sosial rasmi 

Instagram : @fnndairies 
Facebook : @FnNDairies



Post a Comment

0 Comments