Review Dan Sinopsis Filem Polis Evo 3

Review Dan Sinopsis Filem Polis Evo 3 | Assalamualaikum semua.. Bila dengar je Filem Polis Evo 3 akan ditayangkan, terus rasa tak sabar dan excited nak pergi tonton kat pawagam sebab sis dah follow siri Filem Polis Evo sebelum ni. Nak dijadikan cerita, rezeki datang bergolek bila ada kawan sis offer tiket tontonan awal filem ini sempena Mega Fans Screening. Apalagi, bagai 'Pucuk dicita ulam mendatang', sis terus setuju untuk join. yippiee...


Untuk pengetahuan korang, Polis EVO 3 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2023 di bawah arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions. Filem ini adalah kesinambungan daripada Polis EVO 2 (2018) dan filem ketiga dalam trilogi Polis EVO. Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Eyka Farhana, Kamaliah Mat Dom, Fadilah Mansor, Fezrul Khan dan Michael Ang. Manakala Ben Amir, Iman Corinne Adrienne, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fouziah Gous, Ezzaty Abdullah, Danial Zaini, Radin Amir Affendy dan Isha Norsham membuat penampilan khas yang tidak dikreditkan. Oh ya, Afdlin Shauki pun ada membuat penampilan kameo. 


Info Filem Polis Evo 3


Tajuk Filem : Polis EVO 3
Durasi : 113 minit
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre :  Aksi, Komedi
Klasifikasi : P13
Pengarah : Syafiq Yusof
Pelakon : Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Eyka Farhana, Kamaliah Mat Dom, Fadilah Mansor, Fezrul Khan, Michael Ang dan ramai lagi
Penerbit : Astro Shaw, Skop Productions, Blackflag, TGV Cinemas
Edaran : Astro Shaw



Sinopsis Filem Polis Evo 3


Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai

Filem bergenrekan aksidan komedi ini telah dihasilkan oleh Astro Shaw, Skop Productions, Blackflag, TGV Cinemas dan diedarkan oleh Astro Shaw. Filem ini dijadualkan akan ditayangkan bermula pada 25 Mei 2023. 

Trailer Filem Polis Evo 3




Lagu OST Filem Polis Evo 3


Ayuh (Polis Evo 3 OST) Malique, Kmy Kmo, Aman RA and Ernie Zakri

Producer : Astro Shaw Sdn. Bhd.
Director : Faizal Fauzi
Editor : Zoul Zaaba

Music arrangement : Sharbil Samsul.
Additional arrangement : Haidi Hykal & Tripdisz. 
Composed : Malique & Tripdisz. 
Lyrics : Kmy Kmo, Aman RA & Malique. Keyboards by Haidi Hykal. 
Recorded : Siqma and Tripdisz at Qarma Studios. 
Additional backup vocals : Lady Dee. 
Co-produced : Tripdisz. 
Produced : Malique for Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.
Mixed : Illegal.
Mastered : CL Toh
(Publishing MLQ Entertainment / Rocketfuel Entertainment / Luncai Emas / Keramat Publishing / Tripdisz Productions)



Ulasan Filem Polis Evo 3

Memandangkan sis dah tengok filem ni, meh sis nak kongsikan sikit ulasan sis pasal filem ni. Kalau terkeluar spoiler tu maaf la ye. Tapi jujur sis cakap Filem Polis Evo 3 ni memang best. Start dari awal pun dah gempak dah dengan aksi yang membuatkan kita tak boring. Part kelakar jangan cakap la, keserasian kedua-dua hero iaitu Shaheizy Sam, Zizan Razak, dari awal sampai akhir ada je lawak yang unexpected tau. Dari segi jalan cerita pun kemas sebab motif yang ditampilkan kuat disebabkan dendam hingga menguji persahabatan antara Inpektor Khai dan Inspektor Sani. Pendek kata memang berbaloi la pergi wayang dan tengok Filem Polis Evo 3


Rating :
🌟🌟🌟🌟🌟
5 / 5
BINTANG




Post a Comment

0 Comments