Rosecun Bangunkan Semula Produk Amerose Super Cereal Iaitu Makanan Sihat Berasaskan Oat Cereal

Rosecun Bangunkan Semula Produk Amerose Super Cereal Iaitu Makanan sihat berasaskan Oat Cereal | Assalamualaikum semua.. "Pantang Berundur Sebelum Berjuang", inilah pepatah melayu bagi seseorang yang tidak putus asa sebelum berjaya. Walaupun pernah diuji hingga jatuh terduduk tapi berbekalkan azam dan juga semangat dari orang sekeliling, beliau bangkit semula untuk berjaya. Sis respect betul la dengan insan yang penuh dengan semangat juang macam ni. Orang yang sis maksudkan adalah Kak Rosecun.


Siapa kak Rosecun ni? Ahaa, mungkin ada di antara pembaca sis yang tidak mengenali beliau kan. Ok, meh sis kongsikan. Kak Rosecun atau nama sebenar beliau adalah Rosnah Abdul Aziz merupakan bekas seorang wartawan. Sekitar 6 tahun yang lalu beliau telah melaburkan semua wang simpanannya untuk menghasilkan produk makanan kesihatan yang diberi nama Amerose Super Cereal by Rosecun. Ketika itu beliau mensasarkan untuk membawa produknya ke negara Timur Tengah tetapi beliau ditimpa ujian di mana produk yang sepatutnya dieksport hanya tersadai dalam kontena. Sesungguhnya kita hanya merancang Allah penentu yang terbaik namun siapalah kita untuk menidakkannya.


Kini dengan rezeki Allah, beliau berhasrat untuk kembali dengan produk yang sama iaitu makanan sihat berasaskan Oat dengan bungkusan baharu lebih jimat. Menurut beliau, dia yakin bangkit semula demi mencari rezeki sebagai seorang ibu tunggal dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. Beliau juga bertuah kerana ada pihak yang sudi menyokong bersama-sama membangunkan semula produk yang memang mendapat sambutan sebelum ini.


Mengenai produk pula, Amerose Super Cereal merupakan sajian terbaik untuk seisi keluarga. Bukan saja lazat, menyihatkan, mengenyangkan bahkan memberi tenaga sepanjang hari. Produk ini mengandungi bahan seperti Kurma, Madu, Delima, Aprikot, Ubi Bit, Chia Seed, Vitamin C & Kolagen. Sebagaimana yang kita tahu Kurma, Madu dan Delima adalah makanan sunnah jadi memang bagus jika diamalkan dan ianya kaya dengan nutrisi. Berikut antara Khasiat Amerose Super Cereal :

✅ Mengenyangkan perut
✅ Sebagai energy booster
✅ Mengurangkan masalah sembelit
✅ Seimbangkan tahap kolestrol
✅ Seimbangkan nutrisi dalam badan


Untuk edisi terbaru Amerose Super Cereal, ia didatangkan dalam 1 kotak dengan 10 paket sedia diminum. 1 paket tu bersamaan dengan 20 gram dan cara makan pun mudah sahaja dengan hanya bancuh menggunakan air panas. Kacau sehingga sekata dan dah boleh diminum. Sesuai diminum oleh untuk anak-anak kecil hingga orang dewasa. Jadikan sajian bijirin yg sihat untuk sarapan setiap hari malah mereka yg punyai diabetis pun boleh minum kerana tiada kandungan gula.


Harga Sekotak RM39.00
Sebarang pembelian boleh hubungi nombor tertera
Whatsapp: 0122575917 (Rosecun)


Post a Comment

0 Comments