Pelancaran Callebaut Ruby RB2 Dan NXT Coklat Tanpa Tenusu di Malaysia

Pelancaran Callebaut Ruby RB2 Dan NXT Coklat Tanpa Tenusu di Malaysia | Assalamualaikum semua.. Sebut je coklat mesti semua orang suka kan termasuk la sis. Baru-baru ni sis berkesempatan untuk merasa pelbagai jenis hidangan berasaskan coklat tau. Apa yang menariknya, semua hidangan ni menggunakan coklat jenama Callebaut. Sedappp weiii.. Tapi untuk entri kali ni sis bukan nak cerita pasal keenakan hidangan coklat sebaliknya mengenai majlis pelancaran produk terbaru dari Callebaut iaitu Ruby RB2 Dan NXT Coklat Tanpa Tenusu di Malaysia.


Untuk pengetahuan korang, Callebaut, pembuat coklat yang menjadi pilihan chef dan artisan coklat (pakar coklat buatan tangan) di seluruh dunia. Callebaut telah mencipta kepingan coklat pertamanya pada 1911 dan mula mengeksport coklat Belgium terbaiknya pada 1950. Terkenal kerana komitmennya kepada kualiti, kelestarian dan inovasi, Callebaut telah menjadi pilihan utama ramai chef, pakar pembuat konfeksi coklat dan artisan coklat di seluruh dunia. 


Rangkaian menyeluruh produk coklat Callebaut telah menetapkan piawaian industri dalam aspek cita rasa, seni pembuatan dan potensi kreatifnya. Sehingga ke hari ini, Callebaut diperbuat daripada biji koko yang boleh dijejak asal-usulnya dan 100% lestari. Bukan itu sahaja, dengan sukacitanya Callebaut melancarkan coklat gourmet yang inovatif dan serba baharu, iaitu – ruby RB2, NXT Dark dan NXT M_lk – di Malaysia.



Callebaut Ruby RB2


Ruby ialah coklat ke-4 selepas coklat gelap, susu dan putih. Coklat ini mempunyai rasa buah yang tersendiri lagi ketara dan rasa masam yang menyegarkan, serta warna batu delima (ruby) yang luar biasa. Disediakan khas untuk gubahan artisan, ruby merupakan pemberian daripada alam. Callebaut ruby RB2 menghasilkan ledakan rasa yang nyata dan membawa nikmat coklat ke kemuncak baharu. Warna dan rasa unik ruby RB2 berasal daripada buah koko ruby, tanpa pewarna tiruan atau perisa seperti beri. Ruby RB2 ibarat khazanah alam dalam bentuk yang pasti menambat selera.


Pelancaran sedunia Callebaut ruby RB2 di Malaysia sesungguhnya memperlihatkan keyakinan Callebaut bahawa pasaran coklat di negara ini juga berlandaskan trend terkini. Dalam  usaha berterusan pengguna mencari sentuhan rasa yang lebih menyerlah, ruby RB2 memuaskan keinginan mereka untuk menikmati sensasi coklat baharu. Kajian mendapati bahawa ruby memang diminati oleh generasi baharu pengguna – terutamanya golongan milenial (18–35 tahun) yang mengimbangi gaya hidup aktif dengan keseronokan hidup yang ketara. RB2 juga pasti menarik perhatian hotel, restoran dan kafe terkemuka dan juga kedai bakeri dan pastri di Malaysia. 


Callebaut NXT


Dalam pada itu, Callebaut NXT pula direka cipta untuk penggemar coklat generasi akan datang yang mahu berbuat baik, hidup sihat dan memuaskan selera dengan cara yang lestari. Dirumuskan 100% daripada tumbuh-tumbuhan, tanpa sumber tenusu dan berbentuk vegan, NXT mengekalkan cita rasa asli dan kualiti yang setanding coklat tradisional.



Pada hari ini, kami melancarkan coklat gelap NXT dark chocolate dan coklat susu NXT M_lk chocolate di Malaysia. Dengan proses pembuatan yang rapi, NXT diilhamkan oleh dan dicipta untuk semua chef, penggemar coklat dan komuniti pengamal vegan dan peminat makanan berasaskan tumbuhan untuk merangsang deria rasa mereka dengan ramuan yang lebih mesra bumi dan kesejahteraan kita.


NXT diperbuat 100% daripada ramuan berasaskan tumbuhan, tanpa sebarang kesan susu atau produk tenusu – tetapi tetap menawarkan segala kelazatan coklat tradisional. Bagi NXT M_lk, khususnya, cita rasa lazat berkrimnya dihasilkan daripada chufa, atau badam tanah, yang sering dirujuk sebagai ‘susu’ berasaskan tumbuhan yang mempunyai rasa manis semula jadi; ia juga merupakan ramuan lestari dengan emisi karbon yang jauh lebih rendah berbanding susu lembu. 


Dengan mematuhi piawaian makanan paling ketat dalam industri, NXT dihasilkan di dalam kemudahan khusus di mana tiada ramuan tenusu diproses, dan diperbuat daripada lesitin bunga matahari dan bebas daripada bahan tambah, perisa atau pewarna tiruan. 


Berikut sis kongsikan sedikit ucapan dari Mr. Robert Kotuszewski, Pengarah Urusan Barry Callebaut di Malaysia, Chef Amanda Lim, Pakar coklat kelahiran Malaysia dan Ketua Chef di Chocolate Academy™ Singapura dan Lawrence Cheong, Chef pemenang anugerah. Menurut Robert Kotuszewski, Pengarah Urusan Barry Callebaut di Malaysia, langkah memperkenalkan Callebaut ruby RB2 dan NXT mencerminkan kebangkitan semula para pakar pembuat konfeksi coklat, chef pastri, artisan, hotel, restoran dan pengusaha katering di Malaysia. 

Rakyat Malaysia semakin menitikberatkan pengalaman menjamu selera yang unik dan juga kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka. Tambahan lagi, lebih separuh daripada penduduk yang bekerja di Malaysia terdiri daripada Gen Z dan golongan milenial. Para pengguna muda ini mempunyai kuasa beli, tabiat menikmati snek dan cita rasa yang berbeza. Justeru, saya teruja untuk melancarkan coklat RB2 dan NXT Dark dan M_lk hari ini. Kami membawakan generasi baharu coklat yang penuh inspirasi dan inovasi kepada pelanggan kami, yang memenuhi keperluan generasi pengguna lebih muda: lazat untuk dimakan, sihat untuk badan dan baik untuk alam!
~ Robert Kotuszewski, Pengarah Urusan Barry Callebaut di Malaysia ~

Dalam dunia bakeri dan pastri, coklat ruby RB2 dan NXT Dark dan M_lk membawakan perubahan ketara yang menetapkan piawaian yang lebih tinggi dari segi inovasi dan pembuatan coklat bebas tenusu yang menambat hati dan juga selera.  Saya teruja untuk melihat hasil ciptaan inovatif daripada produk-produk Callebaut baharu ini dan tidak sabar-sabar melihat segala peluang dan kemungkinan yang ditawarkannya kepada chef dan artisan di Malaysia.
~ Chef Amanda Lim, Pakar coklat kelahiran Malaysia dan 
Ketua Chef di Chocolate Academy™ Singapura ~

“Ruby dan NXT telah membuka dunia baharu bagi menyerlahkan kreativiti dalam dunia coklat. Chef-chef boleh menyajikan gubahan yang lebih segar dan serba baharu untuk nikmat rasa yang mewah dan nyata berbeza yang diidamkan oleh pengguna hari ini. Saya sudah pun melihat potensi bagi gandingan yang manis dan menyelerakan bagi Callebaut Ruby RB2 manakala coklat Callebaut NXT Dark dan M_lk menjadi ramuan serba guna untuk mencipta resipi lazat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi diet vegan dan sajian berasaskan tumbuhan.”
~ Lawrence Cheong, Chef pemenang anugerah ~


Selepas majlis berlangsung, para tetamu boleh menikmati pelbagai jenis hidangan yang menggunakan coklat Callebaut Ruby RB2 Dan NXT. Ada coklat, pastri, ais krim, coklat fountain dan juga air minuman. Semua sedap-sedap tau. Paling teruja bila tengok pelbagai jenis rupa coklat yang menarik especially yang warna pink. Ha, ini kerana para chef menggunakan Callebaut Ruby RB2 la. 








So, kalau korang pembuat kek atau pastri lepas ni boleh la cuba gunakan Callebaut dalam adunan. Untuk maklumat lanjut mengenai Callebaut boleh la layari www.callebaut.com



Post a Comment

0 Comments