Pemenang Hadiah Utama Percutian Ke Jepun Untuk Kempen Sushi King 1 Million Happy Members

Pemenang Hadiah Utama Percutian Ke Jepun Untuk Kempen Sushi King 1 Million Happy Members | Assalamualaikum semua.. Percaya tak dengan makan makanan kegemaran boleh memberi kita kejutan istimewa? Ha, itulah momen yang dilalui oleh seorang suri rumah yang merupakan penggemar sushi menerima kejutan apabila memenangi hadiah utama iaitu Percutian ke Jepun melalui Kempen Sushi King 1 Million Happy Members.


Untuk pengetahuan korang, Kempen 1 Million Happy Members telah berlangsung sepanjang bulan Mei dan berjaya menerima lebih dari 50,000 penyertaan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM1,000,000. Ahli program kesetiaan Sushi King yang menyertai kempen ini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif termasuk gajet terkini, Smile Points dan juga pakej percutian yang menyeronokkan!


Sambutan hangat telah diterima dan tidak dinafikan bahawa kempen 1 Million Happy Members telah memberi keseronokan dan kegembiraan kepada semua ahli Sushi King yang telah memenangi hadiah-hadiah hebat seperti Peranti Oppo, jam tangan Apple, kad hadiah Uniqlo, tawaran makan dan 600,000 Smile Points. Bukan itu sahaja, ahli kesejuta iaitu Mohd Shahrin Samian, telah menerima ganjaran makan percuma di Sushi King selama setahun! Fuhhh, berbaloi-baloi tu..


Sushi King, rangkaian restoran sushi Jepun Halal terbesar di Malaysia baru-baru ini telah menganugerahkan pemenang utama kempen 1 Million Happy Members mereka dengan lawatan ke Jepun. Majlis penyampaian hadiah yang diadakan dengan gilang-gemilang di cawangan Sunway Pyramid itu adalah untuk meraikan pemenang utama iaitu Vyvian Elvy Jefry, seorang suri rumah warga Sabah yang telah memenangi hadiah utama percutian ke Jepun ketika menjamu selera di Sushi King ITCC Penampang. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara tersebut tau. Bertuahnya kannn..

"Kami amat bersyukur atas sokongan dan kesetiaan pelanggan kami yang tidak berbelah bahagi. Mereka telah mendorong kami untuk mencapai kejayaan luar biasa 1 juta Happy Members. Kami terharu dengan penghargaan mereka terhadap Sushi King dan budaya makanan Jepun. Melalui kempen ini, kami dapat mencipta pengalaman yang bermakna buat ahli-ahli kami dimana mereka akan mendapat ganjaran sambil menikmati hidangan Sushi King kegemaran mereka.”

"Kami bertekad untuk menjadikan Sushi King sebagai Your Happy Sushi Place di mana pelanggan kami dapat merasai kenikmatan dan keistimewaan budaya makanan Jepun melalui hidangan yang menyelerakan"
~ Encik Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King Sdn. Bhd. ~


Selain dari majlis penyampaian hadiah, Sushi King juga mengumumkan bakal memperkenalkan pelbagai inisiatif yang inovatif untuk menarik lebih ramai pelanggan seperti promosi dan penawaran menu baru termasuk Japonica Unagi gred premium dan Ramen Jepun yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Penambahan baru ini adalah bukti komitmen Sushi King untuk memastikan pengalaman menjamu selera yang baik kepada semua pelanggan mereka.




Sushi King mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyertai program kesetiaan mereka yang semakin berkembang dan mengambil bahagian dalam pelbagai kempen-kempen mereka yang menarik di masa akan datang. So korang, yang mana suka makan sushi ataupun selalu ke Sushi King sila lah muat turun aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menjadi ahli Sushi King hari ini.


Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi Sushi King dan banyak lagi, sila layari laman web rasmi mereka di www.sushi-king.com. Ikuti Sushi King di Facebook (@sushikingasia) dan Instagram (@sushikingmalaysia) untuk sentiasa menerima maklumat terkini tentang kempen dan promosi mereka.



Post a Comment

1 Comments

  1. Leya pun minat sushi... Wahhh...bertuahnya pemenang tu dapat lawatan ke Jepun percuma...

    ReplyDelete