Nikmati Rasa Baharu KitKat® Salted Caramel Cookies Edisi Terhad

Nikmati Rasa Baharu KitKat® Salted Caramel Cookies Edisi Terhad | Assalamualaikum semua.. Sebut je KitKat® semua orang mesti suka kan. Sis pun salah seorang penggemar KitKat® juga tau. Ok, untuk entri kali ni sis nak share dengan uols mengenai KitKat® di mana baru-baru ini Nestlé’ KitKat® telah melancarkan KitKat® Salted Caramel Cookies edisi terhad yang serba baharu. By the way, korang dah cuba ke belum?? 


Sis rasa sungguh bertuah bila dapat menjadi antara yang terawal untuk menikmati rasa KitKat® Salted Caramel Cookies ni semasa pelancaran KitKat® Salted Caramel Cookies pada 10  Ogos 2023 di IOI City Mall, Putrajaya. Dari segi rupa masih sama tapi dari segi rasa dan tekstur memang berbeza di mana kita dapat nikmati pengalaman coklat baharu yang merangsang deria. KitKat® Salted Caramel Cookies menawarkan kombinasi lazat wafer rangup tersendiri yang disaluti dengan coklat susu dan cebisan biskut karamel masin yang rangup untuk menambat selera.


Agak-agak korang la kan macam mana Nestlé’ KitKat® boleh tercetus idea nak gabungkan rasa coklat susu dan cebisan biskut karamel masin?? Ahaa, mesti la mereka dah buat survey dulu kan. Trend makanan di seluruh dunia semakin berubah seiring perubahan cita rasa pengguna untuk terus mencari cara baharu dalam menikmati keseronokan hidup dengan sepenuhnya. Pengguna telah menunjukkan minat yang khusus terhadap penggunaan biskut dan juga perisa karamel di dalam pelbagai produk konfeksi – dengan kedua-duanya disenaraikan antara 10 perisa paling digemari di Asia Pasifik. 


Di samping itu, menurut kajian yang dijalankan di Asia Pasifik, 70% daripada pengguna ingin menikmati coklat serba baharu dan menarik manakala lebih daripada 60% mengimpikan coklat dengan aneka tekstur dan perisa. Selain rasa dan kenikmatan, tekstur yang rangup merupakan pengalaman yang paling diidamkan pengguna ketika menikmati coklat kegemaran mereka. 

Inspirasi daripada cerapan pasaran dan trend terkini, terutamanya di kalangan Generasi Z menjadi asas dalam rekaan produk KitKat® yang terbaharu kami. Pastinya Generasi Z adalah golongan yang senantiasa menyatakan aspirasi mereka untuk menikmati pengalaman makanan yang unik. Dengan itu, KitKat® telah mencipta semula jejari coklat kami dengan wafer rangup yang disaluti kombinasi biskut dengan karamel masin yang tersendiri. Edisi terhad KitKat® Salted Caramel Cookies baharu ini pastinya serba sensasi!”  

Selari dengan aspirasi KitKat® iaitu  “Have a Break, Have a KitKat® (Berehat sebentar, Bersama KitKat®), kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berehat sebentar daripada kesibukan masing-masing. Cara terbaik adalah dengan menikmati KitKat® Salted Caramel Cookies serba baharu – teman paling sesuai untuk memanjakan diri anda. Keranggupan daripada cebisan biskut yang disaluti coklat susu lazat pasti menambat selera semua penggemar coklat,

 ~ Carlota Casellas, Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Nestlé ~


Semasa pelancaran KitKat® Salted Caramel Cookies dua pakar pastri dan manisan daripada JUNANDUS telah memperlihatkan kelebihan dan keserbagunaan KitKat® Salted Caramel Cookies menerusi bengkel meghias manisan. Bukan tu je, sis pun sempat menunjukkan bakat untuk pertandingan menghias manisan iaitu muffin. Fuhhh.. Bila seketul dikbee yang tak pernah mendeco muffin or kek masuk contest mendeco muffin... harus la tak menang kannnn. Walaupun tah hape2 rupa dia but no worries, sis tetap enjoy yeee. Seronok jugak join aktiviti macam ni.


Sememangnya semua orang boleh menikmati KitKat® begitu sahaja atau mencipta resipi kreatif daripadanya; dan inilah cara terbaik untuk berehat sebentar sambil bersantai menikmati sajian coklat yang sungguh lazat!

~ Jun Chong daripada JUNANDUS ~


Oh ya, sempena pelancaran KitKat® Salted Caramel Cookies, pameran pengguna selama 5 hari diadakan di IOI City Mall di Putrajaya dari 9 hingga 13 Ogos 2023. Buat korang yang ada jalan-jalan ke IOI City Mall, meh la singgah ke KitKat® Salted Caramel Cookies Roadshow dan boleh la dapatkan KitKat® Salted Caramel Cookies dalam dua jenis pek iaitu pek tunggal 4 Jejari dan 2 Jejari 5 Multipack. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari :



Post a Comment

0 Comments