Pelancaran SUPER™ Klasik Baharu: Kopi Hitam Segera Khas untuk Cita Rasa Rakyat Malaysia

Pelancaran SUPER™ Klasik Baharu: Kopi Hitam Segera Khas untuk Cita Rasa Rakyat Malaysia | Assalamualaikum semua.. Pernah try tak minum kopi jenama SUPER™?? Kalau belum serius korang kena pergi try tau sebab sis suka kopi diorang especially yang 3 in 1 tu. Memang just nice rasa dia, kena dengan tekak sis yang tak berapa nak boleh terima kopi. Ya, sis bukan penggemar kopi tapi kalau dengan SUPER™ sis approved.. hehe


Untuk pengetahuan korang, SUPER™ merupakan jenama yang berdedikasi untuk menyediakan kopi, teh, dan minuman bijirin berkualiti tinggi yang sepadan dengan cita rasa rakyat Malaysia. Kini SUPER™ memperluaskan penawarannya dengan SUPER™ Klasik, kopi hitam tulen segera yang diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menghasilkan kelazatan kopi yang sengit namun halus dan beraroma.


SUPER™ Klasik merupakan tambahan terkini kepada rangkaian SUPER™ di mana ia bertujuan untuk memenuhi permintaan dinamik yang sentiasa berubah daripada peminat tegar kopi serta peminum teh dan bijirin berkualiti.


Baru-baru ni sis berkesempatan untuk hadir ke Majlis Pelancaran SUPER™ Klasik Baharu yang diadakan di Kota Damansara. Pelancaran SUPER™ Klasik menggambarkan komitmen SUPER™ untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia dengan menyediakan minuman yang mudah dan menyegarkan. Semasa majlis tersebut, semua tetamu diberi peluang untuk menikmati SUPER™ Klasik dalam pelbagai cara hidangan iaitu kopi susu, kopi O secara panas atau sejuk. 

Di Malaysia, biasanya peminum kopi akan menambah krimer ke kopi, sama ada dalam bentuk susu pekat atau susu sejat. Oleh itu, rakyat Malaysia sentiasa mencari kopi segera yang berperisa kuat dan beraroma supaya kesengitan kopi masih dapat terasa walaupun dengan penambahan krimmer.

Kopi segera di Malaysia bukan sahaja digemari sebab fungsi kemudahannya. Dengan jadual harian yang sibuk, kita perlukan kopi yang kuat dan berperisa untuk membangkitkan semangat untuk mengharungi cabaran harian. Secawan kopi yang sempurna adalah apa yang diperlukan untuk menyemarakkan perbualan sambil mengekalkan kesegaran sepanjang hari.
~ Fiona Tan, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, pemilik jenama Kopi SUPER™ ~


Semasa majlis berlangsung juga pihak SUPER™ telah mengumumkan perlantikan Shuib sebagai duta rasmi jenama SUPER™. Dalam ramai-ramai artis, Shuib dipilih kerana beliau merupakan seorang individu yang bekerja keras dan berkongsi cabaran yang sama seperti setiap rakyat Malaysia. Shuib menguruskan tanggungjawab sebagai bapa kepada empat anak kecil sambil bekerja sebagai pengacara radio dan usahawan. Wahh, tahniah Shuib.. Makin murah rezeki lepas kahwin ni ye.
 
“Sejak hari pertama, kami tahu Shuib adalah duta yang sempurna untuk kami kerana beliau mencerminkan pengalaman seorang rakyat Malaysia biasa. Dalam masa baik dan mencabar, kita rakyat Malaysia sentiasa gigih, bekerja dengan sangat tekun, memberikan yang terbaik untuk memperbaiki kehidupan orang di sekeliling kita. Kami sangat bersemangat untuk berkolaborasi dengan Shuib kerana kami berkongsi nilai-nilai ini dan memiliki semangat bersama untuk secawan 'kopi padu' yang hebat untuk membantu kita melepasi aktiviti harian,”
~ Fiona Tan ~


Oh ya, Sempena Hari Malaysia, SUPER™ sangat teruja untuk mengumumkan peraduan ‘Semarakkan Hari Malaysia’ yang akan bermula pada 16 Ogos - 30 September 2023. Peraduan ini menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti Modenas Dominar D250, sesi makan-makan eksklusif bersama Shuib, dan baucar beli-belah bernilai RM21,000. Fuh, best kan hadiah dia. Sis paling berkenan dengan Modenas Dominar D250 tu. Rasa macam nak bawak balik terus je.. hehe


Untuk menyertai peraduan ini, korang hanya perlu membeli mana-mana satu produk SUPER™ (tertakluk pada terma dan syarat). SUPER™ Klasik yang terbaharu ini kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh Malaysia.
 

Untuk maklumat lanjut tentang Kopi SUPER™ dan barisan produk, kemas kini dan promosi terkini, sila layari Halaman Facebook: https://www.facebook.com/supermalaysia




Post a Comment

0 Comments