Nikmati Pelbagai Hidangan Enak di Royale Chulan Seremban

Nikmati Pelbagai Hidangan Enak di Royale Chulan Seremban | Assalamualaikum semua.. Ahaaa.. korang dah baca ke mengenai pengalaman sis untuk Penginapan 3 Hari 2 Malam Di Royale Chulan Seremban ?? Kalau belum, sila pergi baca dulu ye sebab ini merupakan sambungan entri tersebut tapi kali ni sis nak fokus pada bab makanan pula. (Entri ini mengandungi banyak gambar makanan 😊)


Biasanya kalau menginap di hotel ni kita akan makan time breakfast je kan tapi di sini sis berpeluang untuk merasai pelbagai hidangan enak yang ditawarkan di Royale Chulan Seremban ni daripada pagi (breakfast) hingga ke malam (dinner). Nah sis kongsikan dengan korang restoran dan juga menu yang sis makan. Boleh la korang buat rujukan jika nak stay di Royale Chulan Seremban ni.


Restoran Asiatique


Breakfast

Macam yang sis share sebelum ni bilik yang sis stay dapat sekali dengan breakfast. Jadi boleh la turun breakfast di Restoran Asiatique. Kat sini Breakfast Buffet disediakansetiap hari bermula pukul 6.30am hingga 10.30am. Ada pelbagai menu yang best seperti nasi lemak, noodle, roti canai dan ada juga menu western. Bagi yang nak datang untuk breakfast di sini pun boleh juga. Berikut harga untuk per pax :

Harga breakfast Buffet :

RM45.00 - dewasa
RM25.00 - kanak-kanak










Ala Carte Menu Lunch dan Dinner

Di Restoran Asiatique ni juga ada menawarkan pelbagai menu Ala Carte bag mereka yang ingin menjamu selera untuk waktu lunch (makan tengah hari) dan dinner (makan malam). Waktu operasi di Restoran Asiatique ni dari 12.00pm hingga 10.30pm. Kebetulan masa kami sampai hari Jumaat tu, kami malas nak keluar ke mana-mana. Jadi kami decide untuk dinner di hotel je iaitu di restoran Asiatique. Nak tengok menu pilihan kami tak??? ha, nah sis kongsikan kat bawah : 













BBQ Buffet Dinner

Untuk dinner malam kedua, makan malam kami special sikit sebab kami makan secara buffet. Setiap malam pada hari Jumaat dan Sabtu di Royale Chulan Seremban ni ada menawarkan BBQ Buffet Dinner. Wah, menu-menu BBQ ni memang kegemaran sis laaaa.. Ada ayam, daging, kambing, seafood dan macam-macam lagi. Untuk menu-menu lain pun best juga tau. Memang berbaloi la amik BBQ Buffet Dinner ni. Sedap dan puas hati. Makan sampai kekenyangan laaaa.. hehe

BBQ Buffet Dinner
Friday and Saturday
6.30p.m. to 10.00 p.m.

KIDS EAT FOR FREE!
(2 adults dine-in and 2 children for free buffet)

Harga:
Dewasa : RM85 nett per
Warga Emas : RM70 nett
Kanak-Kanak : RM45 nett



















Restoran Han Pi Yuen

Siapa sini penggemar Chinese Food?? Kalau ada, yay kita geng. Ha, kat Royale Chulan Seremban ni ada restoran yang menyediakan Halal Chinese Food tau. Restoran ini Terletak di aras Mezzanine di hotel, ia adalah restoran yang sesuai untuk sebarang majlis, sama ada untuk makan malam kasual atau elegan. Ia mempunyai 7 bilik peribadi yang boleh memuatkan dari 10 orang sehingga 100 orang untuk majlis korporat atau keluarga. Ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk majlis perkahwinan sehingga 250 tetamu. Kedai makan ini menyajikan pelbagai menu a la carte. Dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad makan tengah hari pada 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang. dan makan malam dari 6.30 petang. hingga 10.00 malam. Nah, ni antara menu yang sis makan kat sini :













Ha, amacam?? terliur tak tengok menu-menu yang sis makan sepanjang stay kat Royale Chulan Seremban ni?? Surprisingly bagi sis semua makanan di Royale Chulan Seremban ni sedap-sedap tau. Tak payah dah sis susah-susah nak keluar pergi cari makan. Maklum la, sis datang sini bukan sekadar bercuti tapi ada kerja yang perlu dibuat. Jadi tak sempat nak JJCM sekitar Seremban. So, kalau korang yang datang ke Seremban, meh la menginap di Royale Chulan Seremban ni. Bagi yang nak buat majlis keraian pula, boleh ke pilih hotel ni sebagai lokasi untuk hari bahagia korang. 

Untuk info lanjut boleh layari :




Post a Comment

0 Comments