Pembukaan Food Network Dengan Pelbagai Pilihan Tempat Makan Di Summit USJ Shopping Mall

Pembukaan Food Network Dengan Pelbagai Pilihan Tempat Makan Di Summit USJ Shopping Mall | Assalamualaikum semua.. Sebagai warga Subang Jaya, pastinya sis sangat familiar dengan The Summit USJ Shopping Mall. Sejak tinggal di USJ 6, sis selalu pergi ke sini untuk shopping, makan-makan dan cuci mata. Kini Summit USJ semakin meriah dengan pembukaan Food Network.


Majlis perasmian diadakan dengan meriah pada tanggal 24 Februari 2024 dan dirasmikan oleh Yg Berbahagia Tuan Kamarul Hisham iaitu Ahli Majlis MPP Zone 4 dan disaksikan oleh Yg Berhormat Puan Michelle Ng Mei Sze - Adun Subang Jaya,  Mr Lee Meng Tat (Secretary for The Summit Subang USJ Management Corporation), Mr Sek Fook Seong (Advisor from The Summit Subang USJ Management Corporation), Mr Saw Poh Chuan (General Manager from The Summit Subang USJ Management Corporation), Mr Richard Chan (Property Manager for The Summit Subang USJ). Persembahan Lion Dance juga turut menarik perhatian para pengunjung yang hadir.




Untuk pengetahuan korang, Food Network ni merupakan tempat makan yang mengumpulkan beberapa vendor F&B dan menawarkan pelbagai menu makanan yang menarik. Terletak di pintu masuk tingkat bawah Summit USJ, Food Network menawarkan suasana yang meriah untuk pengunjung menikmati pengembaraan gastronomi. Apa yang menariknya, design setiap outlet sangat menarik dengan warna-warna yang ceria.


Dari segi menu pula, pengunjung boleh menikmati pelbagai tawaran lazat daripada vendor terkenal seperti Lan Zhou Mee Tarik, Selera Kampung, Makan2 Tokyo, Mee Sotong, Fruitful Guo Ran Hao, Kampung Lah, dan banyak lagi. Sama ada mendambakan hidangan asli Malaysia atau meneroka perisa antarabangsa, Food Network bersedia untuk menjadi destinasi utama untuk penggemar makanan di tengah-tengah Subang Jaya. 






Wahh, menarik kan tengok semua vendor yang ada. Sis sendiri pastinya akan kembali datang ke sini dan rasa macam tak sabar nak cuba semua vendor yang ada kat sini. So, u guys kalau datang ke Subang Jaya, meh la singgah di Summit USJ dan menikmati kepelbagaian menu yang ada di Food Network. 



Post a Comment

0 Comments