Kempen #RaikanYangDirai Bersama Suria FM

Kempen #RaikanYangDirai Bersama Suria FM | Assalamualaikum semua.. Pada hari 1 April yang lepas telah berlangsung satu majlis Sidang Media Raikan Yang Dirai bersama rakan-rakan media di Chereza Lounge, Seri Pacific Hotel. Majlis ini diadakan untuk memperkenalkan program Suria FM bagi meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.



Kempen #RaikanYangDirai


Sepanjang Syawal ini, Suria FM kembali menyajikan pelbagai pengisian menarik menerusi kempen ‘Raikan Yang Dirai’. Pengisian menarik merangkumi program hiburan seperti Carta Suria Top 40 Raya, Morning Morning Suria Raya, Lagu raya Suria 2024 ‘Lebaran Menjelma’ serta muzik video OST ‘Nak Suami Raya’, disebalik tabir (BTS) dan drama raya Suria 2024, ‘Suami Raya’ boleh didengarkan di frekuensi Suria FM juga boleh ditonton menerusi platform digital Suria, laman web suria.my, saluran youtube Suria TV serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan X).


“Bulan suci Ramadan telah tiba di penghujungnya dan semoga kita diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Jadi, marilah kita raikan kedatangan Syawal ini dengan penuh kesyukuran, keriangan dan kegembiraan sambil menikmati seleksi program hiburan menarik Suria FM yang bakal disajikan buat para pendengar. Kami dari keluarga Suria FM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua dan semoga lebaran tahun ini membawa kegembiraan buat semua pendengar Suria”
~ Roslinda Abd Majid (DJ Lin), Pengurus Besar Suria FM ~


Seleksi Program Raikan Yang Dirai



Lagu Raya Suria 2024 ‘Lebaran Menjelma’

Tarikh: 25 Mac 2024 (Isnin) 

Suria dengan kerjasama Nova Music sekali lagi membawakan lagu raya Suria terbaru berjudul ‘Lebaran Menjelma’ ciptaan Aiman Zaidi, Aizad Khan dan Rudy Nastia yang pastinya bakal menceriakan lagi raya anda! Dengarkan nyanyian istimewa barisan penyampai Suria FM, Dato Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Cik Piah, Chiwan, Rara, DJ Lin serta saksikan penampilan khas Azlee Senario di muzik video ‘Lebaran Menjelma’ menerusi semua platform digital Suria Malaysia. 



Video Muzik OST ‘Nak Suami Raya’ 

Tarikh ditayangkan: 27 Mac 2024 (Rabu)           

“Nak Suami Raya” nyanyian hebat dari penyampai Gaya Suria, Cik Piah telah menjadi runut bunyi bagi drama Suria 2024 dengan menampilkan Cik Piah selaku pelakon utama bagi drama terbitan Suria FM. Lagu berentak Pop ini merupakan ciptaan khas daripada Aiman Zaidi, Aizad Khan dan Rudy Nastia.  Muzik Video ‘Nak Suami Raya’ boleh disaksikan di saluran youtube Suria TV. 



Drama Raya Suria 2024: ‘Suami Raya’

Tarikh ditayangkan: 1 April 2023 (Isnin)        
Pautan/ Link Youtube: https://youtu.be/4iIH5cdjoS4 

Suria dan penaja bersama Tsunami Pump mempersembahkan Drama Raya Suria 2024, berjudul ‘Suami Raya’ dengan menampilkan lakonan mantap Azlee Senario dan barisan penyampai Suria FM, Cik Piah sebagai watak utama, Dato Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Suraya Borhan, Rara, Chiwan dan DJ Lin. Suami Raya ini berkisar tentang Yasmin, seorang wanita berkerjaya yang tekad untuk mencari suami sebelum tibanya Hari Raya, tetapi banyak halangan yang perlu Yasmin tempuhi demi mendapatkan seorang suami. Adakah misi Yasmin mencari suami raya berjaya? Jangan lupa saksikan drama romantik komedi ‘Suami Raya’ yang pastinya akan membuatkan anda tak kering gusi! 



Disebalik tabir (BTS) ‘Suami Raya’

Tarikh ditayangkan: 2 April 2024 (Selasa)      
Jangan lupa saksikan ‘disebalik tabir’ drama raya Suria 2024, ‘Suami Raya’ yang bakal ditayangkan pada 2 April (Isnin) ini dengan menampilkan barisan penyampai Suria FM bersama pelakon hebat, Azlee Senario. Nantikan temu ramah eksklusif bersama barisan pelakon mengenai watak mereka dalam ‘Suami Raya’ serta pengalaman mereka sepanjang berada di set penggambaran selama 3 hari di sekitar Lembah Klang! 



Morning Morning Suria Raya

Tarikh disiarkan: 8 April - 12 April (Isnin - Jumaat)
Masa: 6.00 pagi - 10.00 pagi
Meriahkan pagi Raya anda bersama penyampai Morning Morning Suria, Dato Fizz, Ajak dan Kai, bermula Isnin hingga Jumaat, seawal jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi! Raya kali ini lebih berseri dengan kehadiran barisan selebriti popular tanah air seperti Search, Nabila Razali, Aisha Retno, Aziz Harun, Ustaz Don Daniyal dan ramai lagi.



Carta Suria Top 40 Raya 

Tarikh disiarkan: 13 April (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 2.00 pm 
Carta Suria Top 40 Raya memainkan lagu-lagu raya popular pilihan pendengar dan nantikan celoteh serta temu bual esklusif para penyampai mengenai sambutan raya, juga berkenaan drama ‘Suami Raya’, Lagu Raya ‘Lebaran Menjelma’, dan banyak lagi pada Sabtu (13 April 2024) jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang serta ulangannya pada Ahad (14 April 2024). 


Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

Instagram: suriamalaysia 
Facebook: @SuriaMalaysia
Youtube: SuriaTV 


Post a Comment

0 Comments