Moira World Tour 2024 : Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Moira World Tour 2024 : Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama | Assalamualaikum semua... Guysss, siapa sini peminat Moira Dela Torre?? Untuk pengetahuan korang, beliau akan mengadakan konsert sempena Moira Tour 2024 Live In Malaysia pada 20 April 2024 nanti. Sis berkesempatan untuk hadir ke Sidang Media penyanyi Filipina, Moira Dela Torre bertempat di Moxy Sky Bar yang turut dihadiri oleh rakan-rakan media anjuran Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment. Untuk butiran lanjut mengenai Moira dan siri jelajahnya ini, sila baca sampai habis entri ni tau.



Moira Dela Torre Artis Dari Filipina


Moira Dela Torre atau nama panjangnya Moira Rachelle Bustamanre Dela Torre merupakan artis terkenal Filipina. Artis wanita berdarah seni yang cantik jelita ini berasal dari Olongapo, Filipina telah memulakan perjalanan seninya sebagai seorang penyanyi lagu runut bunyi, lagu tema iklan (jingle) dan kini sedang menempa nama di peringkat antarabangsa. Kini beliau berada di Malaysia untuk siri jelajah bagi tahun 2024. Apa yang menariknya beliau memilih Malaysia sebagai lokasi yang pertama tau. 



Karier Seni Moira Dela Torre


Segalanya bermula pada tahun 2013, di mana Moira telah terpilih sebagai seorang peserta The Voice of the Phillipines, Moira telah melancarkan EP yang pertama da n kini telah memenangi pelbagai anugerah shingga kini. "Most Streamed Filipina Artist" Selama tujuh tahun berturut-turut dan ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat Moira.


Setelah menempa nama di Filipina, kini nama Moira telah meniti di bibir peminat antarabangsa menerusi lagu-lagunya yang dicita sendiri selama lebih dari 10 tahun. Berjuta perhatian dari peminat antarabangsa, kini lagu-lagu Moira telah mencecah lebih 1 Billion stream di aplikasi penstriman muzik Spotify.


Siri Jelajah Moira World Tour 2024


Untuk siri jelajah ini sebanyak 10 lokasi telah dipilih untuk Moira World Tour 2024 dan memilih Malaysia sebagai lokasi pertamanya. Bagi Moira, beliau berpendapat yang bahasa Melayu dan Tagalog tidak banyak beza dan suka dengan budaya yang ada di Malaysia.


Idola dan pujaan hati Filipina ini akan mengadakan konsert yang pertamanya bertempat di The Exchange Hall, Kuala Lumpur pada 20 April, pada jam 8 malam. Lebih kurang 20 buah lagu yang akan dinyanyikan pada konsert yang berdurasi lebih dari 90 minit itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat baik dari Filipina dan juga serata Asia.


Senarai Lokasi Moira World Tour 2024



Berikut merupakan senarai jelajah ke destinasi seterusnya bagi MOIRA WORLD TOUR 2024.

MALAYSIA 
> April 20 - Kuala Lumpur

USA
> May 18 - San Fransisco, California
> May 19 - Los Angeles, California
> May 24 - Washington State
> May 25 - Pala, California Jun 01 - Stafford, Texas

CANADA
> Jun 07 - Red Deer, Alberta
> Jun 09 - Ontario, Toronto
> Jun 15 - Saskatchewan
> Jun 22 - Montreal, Quebec


Pembelian Tiket Moira World Tour 2024


Tiket mula dijual pada awal bulan Januari 2024 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan hanya dijual dengan dua harga sahaja. RM 333 dan juga VIP RM555.



Terima kasih kepada penaja yang turut terlibat. Rakan Radio Rasmi; Hitz, Rakan Tiket Rasmi; Livepass, Rakan E-Hailing Utama; Air Asia Ride dan konsert ini dipromosikan oleh Banyak Bagus Entertainment. Lokasi sidang media telah diadakan khas di Moxy Sky Bar, Moxy Hotel Putrajaya.





Post a Comment

0 Comments