Evergreen Edupress : Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025 | Assalamualaikum semua.. Wah, tahniah diucapkan kepada Evergreen Edupress PLT yang merupakan anak syarikat milik penuh Little Caliphs® International Sdn. Bhd. kerana sekali lagi mengembangkan sayap di pasaran dunia.
Sebelum ni sis pernah berkongsi mengenai Evergreen EduPress PLT mengumumkan kejayaan dan penyertaan antarabangsa untuk watak istimewa Princess Solehah di Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi (ADIBF) 2025. Kali ini, Evergreen Edupress PLT dengan bangganya mewakili Malaysia di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025 bersempena pengiktirafan negara sebagai Country of Honour. Jemputan ini telah disampaikan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Perbadanan Kota Buku, mencerminkan pengaruh Malaysia yang semakin menyerlah dalam landskap penerbitan global.
Menurut Pengarahnya, Datin Dr. Hajah Sabariah Faridah Jamaluddin, Evergreen Edupress dikenali dengan sumbangan inovatif dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Melalui pesta buku ini, Evergreen Edupress mencuri tumpuan dengan pelancaran antarabangsa Siri Pembelajaran Sosial Emosi (SEL) terbaharu mereka. Pelancaran ini menjadi bukti komitmen jenama tersebut dalam membentuk generasi kanak-kanak secara holistik dan bersedia untuk masa hadapan melalui kandungan pendidikan berteraskan nilai-nilai murni.
Siri baharu ini ditulis oleh Nur Jannah Nur Iskandar, yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Kandungan siri ini dibangunkan dengan teliti agar selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2026. Ia menyediakan bahan pembelajaran yang menarik untuk memperkukuh Pembelajaran Sosial Emosi dan Pembinaan Sahsiah yang juga merupakan dua elemen utama dalam perkembangan awal kanak-kanak.
Bagi meraikan pelancaran tersebut, satu sesi penceritaan khas oleh Nur Jannah turut diadakan dan berjaya memikat hati para pengunjung. Sesi ini bukan sahaja menyerlahkan warisan penceritaan Malaysia, malah menonjolkan kepimpinan pemikiran negara dalam pembangunan pendidikan.
Penyertaan di pentas antarabangsa ini bukan sekadar meraikan pencapaian sastera Malaysia, malah merupakan detik bersejarah bagi Evergreen Edupress dalam menyampaikan kandungan pendidikan yang berimpak dan sejajar dengan kurikulum kepada khalayak global. Apapun, Tahniah dan semoga Evergreen Edupress terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang
0 Comments