Pelancaran AJI-YA Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia di Soup-erlicious Party | Assalamualaikum semua... Pertama sekali tahniah sis ucapkan kepada AJI-YA atas pelancaran Sup Gourmet Segera Halal Pertama di Malaysia. Jujur sis cakap, ini pertama kali sis mendengar jenama AJI-YA. Jadi bila menerima undangan ke Soup-erlicious Party, harus la sis pergi untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai produk AJI-YA ni.
Pengenalan AJI‑YA House of Gourmet
Berikut merupakan pengenalan mengenai AJI‑YA House of Gourmet. AJI‑YA merupakan jenama Malaysia di bawah Gourmet Ingredients Sdn. Bhd. dan perintis kepada sup segera gourmet halal pertama di Malaysia, dengan misi menyediakan hidangan mewah yang mudah dan pantas serta siap dalam 2 minit dengan menggunakan bahan yang halal.
Majlis Pelancaran AJI‑YA House of Gourmet
Bertempat di Christine's Bakery, Pavilion Damansara Heights, satu majlis yang dinamakan Soup erlicious Party’ dianjurkan oleh AJI-YA bagi majlis pelancaran produk terbarunya. Majlis yang penuh meriah ini menghimpunkan ramai rakan blogger, influencer, rakan kongsi perniagaan dan VIP untuk menikmati petang yang menyeronokkan serta merasai pelbagai hidangan enak termasuk sup segera gourmet AJI-YA.
Sebagai permulaan acara, para tetamu boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sementara menunggu acara kemuncak. Antaranya aktiviti mewarna, Find A Word Game untuk membawa pulang goodies bag serta menampilkan gerai foto interaktif di mana tetamu boleh bergambar dan menyertai peraduan media sosial bagi berpeluang memenangi hadiah eksklusif. Para hadirin juga dihidangkan dengan pameran produk yang menonjolkan tawaran unik AJI-YA.
Acara kemuncak adalah pelancaran produk rasmi, di mana pengacara majlis menjemput En Amir, Penolong Pengarah MATRADE untuk bahagian Halal, F&B dan Asas Tani, Pn Hasziah Mohd Yazid, Timbalan pengarah MATRADE untuk Unit Pertengahan, dan En. Leon Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Gourmet Ingredients Sdn Bhd untuk mendedahkan rangkaian Sup Gourmet Segera AJI-YA.
Ini diikuti dengan ucapan inspirasi oleh Encik Leon Goh, yang berkongsi misi jenama untuk meningkatkan hidangan harian dengan pilihan halal berkualiti premium. Dia merumuskan komitmen AJI-YA dengan sempurna melalui kenyataan “Taste speaks louder than words”, mencerminkan dedikasi jenama untuk menyampaikan rasa yang tidak mampu terungkap dengan kata-kata.
Aktiviti Ketika Majlis Pelancaran AJI-YA
Selepas memperkenalkan produk AJI-YA, sekali lagi para tetamu dijemput untuk menyertai aktiviti menarik, iaitu "From Our Bowl to Your Heart! Soup's Better with a Little Love, Stick Yours Here", dengan menulis nota atau mesej positif tentang AJI-YA, sama ada tentang rasa sup yang kaya atau suasana selesa dan menenangkan yang dibawanya, dan melekatkannya pada poster nota cinta interaktif.
Kemudian ada juga aktiviti yang paling menyeronokkan iaitu Peraduan Foto "Snap Your Bowl, Show Your Glow", di mana tetamu merakam momen sup paling kreatif mereka, menyerahkan penyertaan mereka dan menunggu dengan jangkaan untuk pengumuman hadiah.
Kenapa sis cakap paling menyeronokkan?? Sebab, hidangan sup hasil tangan sis terpilih sebagai salah seorang pemenang tau. Alhamdulillah rezeki sebab sis hantar pun dah last minit dah. Tak sangka pula menang dan sis menerima tajaan dari Christine's Bakery iaitu baucar tunai eksklusif sebagai hadiah istimewa untuk pemenang peraduan ini.
Variasi Pilihan Rasa Sup Gourmet Segera Halal AJI-YA
Untuk pengetahuan semua, Sup Gourmet Segera AJI-YA tersedia dalam tiga pilihan rasa iaitu Cendawan, Jagung dan Sayuran (Mushroom, Corn dan Vegie). Apa yang menariknya Sup Gourmet Segera AJI-YA hanya perlu 2 minit sahaja untuk disediakan namun mampu memberi rasa yang berkualiti.
Diperbuat daripada 100% bahan halal sebenar dan tanpa MSG tambahan, pengawet atau pewarna tiruan, ia adalah makanan selesa yang dibuat bersih dan mudah. Sesuai untuk hari-hari sibuk atau malam yang selesa, AJI-YA adalah pilihan terbaik untuk menjamu selera yang cepat dan sihat. Hanya tambah air panas dan nikmati, sama ada di pejabat, di rumah atau nak bawa travel pun boleh. Dengan AJI-YA, ia menjadi gourmet menjadi mudah.
Sebagai ringkasan mengenai Sup Gourmet Segera AJI-YA :
👉 Gourmet tapi pantas – susah nak percaya rasa hotel berkualiti hanya dalam 2 minit
👉 Halal + bahan sebenar – tiada MSG, tiada pengawet atau pewarna tiruan
👉 Sesuai untuk gaya hidup sibuk – mudah bawa ke pejabat, rumah atau sebagai snek ringkas
Pendapat Mengenai Sup Gourmet Segera AJI-YA
Personally sis dah cuba Sup Gourmet Segera AJI-YA ni. Bagi sis dari segi rasa supnya pekat, creamy tidak terlalu masin dan memang sedap especially bila dicicah dengan roti. Pendek kata memang kena dengan selera sis. Pilihan sis mengikut turutan rasa pula, sis paling suka Mushroom diikuti dengan Corn dan Vegie. Dari segi penyediaan pula memang mudah disediakan dan yang penting serbuk Sup Gourmet Segera AJI-YA ni mudah larut dalam air panas. Definitely sis akan beli dan buat stok di rumah.
Jadi jika korang juga ingin merasai keenakan Sup Gourmet Segera AJI-YA, boleh la dapatkannya sekarang :
👉 Harga: RM 8.90 sepeket (3 sachet)
👉 Laman rasmi: aji‑ya.com
👉 Platform e‑dagang: Shopee, Lazada, TikTok Shop
0 Comments