Go&Move™ Period Underwear Untuk Keselesaan Sepanjang Hari Semasa Datang Haid

Go&Move™ Period Underwear Untuk Keselesaan Sepanjang Hari Semasa Datang Haid | Assalamualaikum semua.. Bila datang bulan (period) mesti rasa tak selesa kan especially masa tengah heavy flow. Kadang-kadang pad terasa tebal, cepat lembap, atau bocor bila kita bergerak banyak. Tambah pula rasa melekit yang buat kita hilang keyakinan. Situasi ini memang biasa dialami kan tapi meh sis nak kongsikan sekarang dah ada solusi atau alternatif kepada pad iaitu Go&Move™ Period Underwear.



Apa Itu Go&Move™ Period Underwear?


ha, mesti ramai yang belum mengenali Go&Move™ Period Underwear kan. Untuk pengetahuan korang, Go&Move™ ialah seluar dalam haid dari Taiwan dengan teknologi kalis bocor dan lapisan penyerap berkuasa tinggi. Pengasas Go&Move™ ialah Chen Yuan-Yi dan Shih Wen-Fei bersama pasukannya telah berekperimen dengan fabrik dan reka bentuk seluar dalam agar masalah kebocoran dan rasa tidak selesa (panas, lembap) dapat dikurangkan. Maka terhasillah period underwear bagi menyediakan alternatif yang lebih selesa dan mesra alam berbanding pad pakai buang. 



Ciri-ciri Go&Move™ Period Underwear


Fuhhh.. tak sangka sekarang dah ada seluar dalam macam ni kan. Go&Move™ Period Underwear direka dengan ciri-ciri khas untuk memberi keselesaan dan keyakinan sepanjang tempoh haid. Ia hadir dengan tahap serapan berbeza mengikut keperluan sama ada untuk aliran sederhana (moderate flow) yang boleh menyerap sehingga 30 ml atau versi heavy flow dan overnight yang mampu menyerap sehingga 60 ml, bersamaan dengan kira-kira 6 pad biasa. 


Sis suka dengan rekabentuk seluar dalam ni yang mempunyai 4 lapisan (rujuk gambar di bawah). Lapisan ini menjadikan seluar dalam ini kalis bocor serta penyerap kelembapan yang memastikan darah haid tidak mudah tembus keluar. Tambahan pula, teknik jahitan khas “inward-fold seam sealing” digunakan untuk mengelakkan kebocoran melalui bahagian tepi jahitan. 


Jangan risau, Go&Move™ Period Underwear ni juga diuji bebas bahan kimia berbahaya seperti PFAS, malah mendapat pensijilan keselamatan SGS menjadikannya pilihan selamat untuk kulit sensitif. 



Material dan Variasi Pilihan Go&Move™ Period Underwear


Satu lagi yang sis suka mengenai Go&Move™ Period Underwear ni adalah material dia. Sis memang agak cerewet sikit dengan material seluar dalam sebab sis ada masalah cepat berpeluh dan kulit sensitif. Go&Move™ menggunakan fabrik gabungan  50%Rayon,6%Acrylate,37%Nylon,7%Spandex yang lembut, bernafas, serta cepat kering untuk mengurangkan rasa lembap dan panas. 


Dari segi rekaan, terdapat pelbagai model termasuk mid-waisted untuk siang hari, pilihan overnight heavy flow untuk tidur malam, dan juga variasi untuk hari terakhir atau spotting, dengan saiz yang sesuai untuk pelbagai bentuk badan.


Cara Penjagaan Go&Move™ Period Underwear


Dengan penjagaan yang betul, Go&Move™ Period Underwear boleh bertahan sehingga 2–3 tahun tau. Nah sis kongsikan macam mana cara penjagaan Go&Move™ Period Underwear

🌟 Rendam & Bilas
Rendam seluar dalam dalam air sejuk bersama sabun lembut selama 3–5 minit. Gosok perlahan, kemudian bilas hingga bersih.
❌ Elakkan guna peluntur.
❌ Jangan keringkan dengan mesin (tumble dry).

🌟 Basuh Tangan atau Mesin
Boleh dicuci tangan atau mesin menggunakan air sejuk. Jika guna mesin basuh, masukkan ke dalam laundry bag, kemudian spin sebelum dijemur.

🌟 Keringkan dengan Betul
Jemur dengan keadaan terbalik (inside out) supaya bahagian dalam cepat kering. Biarkan kering secara semula jadi, jangan guna haba tinggi.



Go&Move™ Period Underwear Pilihan Saya


Ha, menarik kan Go&Move™ Period Underwear ni. So, apalagi sis pun dah terjebak juga dengan Go&Move™ Period Underwear ni. Untuk permulaan sis pilih  :
🌟 High-Waisted Rayon Leak-proof Briefs - Daytime, Heavy Flow - Sis pakai period underwear ni waktu siang semasa heavy flow tau


🌟 High-Waisted Rayon Leak-proof Briefs - Overnight, Maxi, Heavy Flow - Yang ni pula sis pakai waktu tidur semasa heavy flow juga



Testimoni Go&Move™ Period Underwear


Selepas beberapa kali pakai, berikut sis kongsikan testimoni sis sendiri mengenai Go&Move™ Period Underwear. So, boleh la korang pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli. 

Dari segi keselesaan, memang terasa jauh lebih ringan berbanding pakai pad biasa. Fabriknya lembut dan breathable, jadi kurang rasa panas atau melekit walaupun dipakai lama. Paling best, tak perlu risau tentang kedudukan pad yang kadang-kadang berganjak bila banyak bergerak. Potongannya moden, nampak macam seluar dalam biasa, jadi tak rasa “awkward” bila pakai cuma pastikan saiz yang dipilih tepat tau.


Tentang daya serap memang padu. Setakat pengalaman sendiri, tak ada masalah bocor walaupun tidur malam tanpa tukar cadar memang selamat. Cuma bila aliran terlalu banyak, tetap rasa sedikit penuh dan lebih yakin kalau ada “backup” seperti alas kain untuk extra protection supaya tak bocor ke cadar.

Dari segi praktikaliti pula memang jimat dalam jangka panjang sebab boleh dipakai semula. Tapi kena ada sekurang-kurangnya 2–3 pasang, sebab bila basuh kena tunggu kering. Kalau cuaca lembap, boleh ambil masa sehari lebih untuk betul-betul kering. Jadi kalau hanya ada satu pasang, mungkin agak leceh.

Bahagian yang mungkin buat orang berfikir dua kali ialah harga. Dengan harga sekitar RM180 ke atas sehelai, memang nampak mahal. Tapi bila fikir balik ia boleh tahan 1–2 tahun, kos sebenarnya lebih murah berbanding beli pad atau tampon setiap bulan.


Kesimpulannya, Go&Move™ Period Underwear memang pilihan yang bagus kalau nak rasa lebih selesa, yakin, dan kurangkan penggunaan produk pakai buang. Tapi kena sedia keluarkan sedikit modal awal dan pastikan ada beberapa pasang untuk kegunaan bergilir.

Berita baikk.. Untuk pembaca setia blog ni, sis nak bagi Special Promo Code. Layari https://my.go-n-move.com/, register as member dan guna code DIKBEE10 untuk dapat 10% off untuk pembelian melebihi RM100 🤗


Post a Comment

0 Comments