Lincoln University College Dan Shenzhen Foundation Melancarkan “Belt and Road Acupuncture Station” Di Malaysia | Assalamualaikum semua.. Bayangkan bila rawatan tradisional mampu untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa antara 2 negara, hebat kan. Ha, itulah yang berlaku bila Lincoln University College (LUC), Malaysia berganding bahu dengan Shenzhen Shouzheng Innovation Traditional Chinese Medicine Development Foundation dari China.
Baru-baru ini, pihak LUC dan Shenzhen Foundation melancarkan program “Belt and Road Acupuncture Station”, sebuah inisiatif yang bukan saja fokus pada latihan profesional dalam bidang perubatan tradisional Cina (TCM), tetapi juga menguatkan hubungan kesihatan antara Malaysia dan China.
Belajar Dan Berlatih Terus Dengan Pakar
Program ini menarik kerana ia menggunakan konsep “3 hari latihan kemahiran + 7 hari bimbingan mentor”. Maksudnya, para profesional perubatan tempatan bukan hanya belajar teori, tetapi juga terus praktik bersama tenaga pakar. Jadi, bukan sekadar ilmu, tapi pengalaman terus dari klinik dan sesi latihan standard.
Sokongan Dari Presiden LUC
Menurut Prof. Dr. Amiya Bhaumik, Presiden LUC, universiti itu memang sangat menghargai nilai besar perubatan tradisional Cina. Katanya, usaha seperti ini sejajar dengan semangat kerjasama antarabangsa dan pertukaran budaya dalam bidang kesihatan.
"Lincoln University College amat menghargai nilai mendalam perubatan tradisional Cina dan secara konsisten menyokong inisiatif yang memupuk kerjasama antarabangsa serta pertukaran budaya dalam bidang kesihatan.""Kami juga sangat menghargai komitmen Yayasan dalam memajukan perkembangan perubatan tradisional Cina melalui projek kebajikan awam yang inovatif, selaras dengan Inisiatif Belt and Road."
~ Prof. Dr. Amiya Bhaumik, Presiden Lincoln University College ~
Beliau menambah lagi, projek ini diyakini akan menjadi platform mampan untuk perkongsian ilmu TCM, selain memperkukuh hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.
Kenapa Acupuncture Jadi Tumpuan?
Acupuncture atau akupuntur, salah satu “permata” dalam budaya TCM, kini makin mendapat perhatian global. Seiring dengan pengaruh global China yang semakin berkembang, perubatan tradisional Cina kembali mendapat perhatian sebagai satu khazanah budaya. Di bawah panduan Inisiatif Belt and Road oleh Presiden Xi Jinping serta strategi nasional untuk menghidupkan semula budaya TCM, Shenzhen Shouzheng Innovation TCM Development Foundation melancarkan projek ini bagi melaksanakan ‘Latihan Teknologi Akupuntur Perubatan Tradisional Cina + Pembinaan Tapak Fizikal’ untuk negara-negara di sepanjang laluan Belt and Road.
Lebih Dari Sekadar Rawatan
Melalui penubuhan Acupuncture Station ini, tenaga perubatan tempatan akan diberi peluang menguasai teknik akupuntur secara praktikal. Tetapi yang lebih penting, ia bukan sekadar tentang rawatan malah ia juga menjadi jambatan kepercayaan budaya, perkongsian teknologi perubatan, dan platform jangka panjang untuk pertukaran ilmu antara Malaysia dan China.
0 Comments