Persediaan Menghadapi Exam PSRA Bersama Ustaz Azhari Sulaiman Di FlyHigh Education Centre

Persediaan Menghadapi Exam PSRA Bersama Ustaz Azhari Sulaiman Di FlyHigh Education Centre | Assalamualaikum semua... Tarikh peperiksaan bertulis PSRA 2025 telah diawalkan kepada 29 September hingga 3 Oktober 2025. Fuhh, pasti para ibu bapa dan pelajar dah mula rasa berdebar kan. Mana taknya, exam PSRA ni memang penting sebab sijil PSRA adalah syarat untuk kemasukan ke tingkatan satu sekolah menengah agama di Selangor. Jadi tak hairanlah kalau ramai ibu bapa mula mencari kelas tuisyen PSRA, seminar PSRA atau bengkel PSRA sebagai persediaan tambahan supaya anak mereka lebih bersedia.



Apa Itu PSRA?


PSRA ialah singkatan kepada Penilaian Sekolah Rendah Agama, sebuah peperiksaan bersijil yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) khas untuk pelajar Tahun 6 di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi di Negeri Selangor sahaja.


Tujuan utama peperiksaan ini adalah menilai ilmu agama menyeluruh dalam enam bidang penting, dan sijil PSRA pula menjadi syarat penting untuk kemasukan ke tingkatan satu sekolah menengah agama di bawah kelolaan kerajaan negeri Selangor.

Tujuan dan Pelaksana :

🌟 Dikeluarkan oleh JAIS – inisiatif khusus JAIS untuk menilai tahap murid di bawah kendalian mereka.

🌟 Khusus untuk Selangor – PSRA hanya dijalankan di negeri Selangor, berbeza dengan UPKK yang dikendalikan JAKIM untuk seluruh Malaysia.

🌟 Syarat Kemasukan – sijil PSRA adalah dokumen wajib untuk permohonan pelajar memasuki sekolah menengah agama di Selangor.

Bidang Penilaian :

🌟 Al-Quran dan Hafazan
🌟 Akhlak dan Sirah
🌟 Bahasa Arab
🌟 Jawi, Imlak dan Khat
🌟 Tauhid dan Fiqh
🌟 Tajwid

Dengan kombinasi ujian bertulis, lisan, dan hafazan, PSRA benar-benar menguji kemampuan pelajar secara menyeluruh serta bukan sekadar hafalan, tapi juga kefahaman dan amalan.


Cabaran Pelajar


Walaupun pelajar dah lalui banyak ujian sejak darjah 1 namun untuk PSRA lain macam auranya sebab ia gabungan hafalan, kefahaman, bahasa, tulisan, sampai lah ke tajwid dan khat. Berikut merupakan antara cabaran yang diakui oleh pelajar untuk menghadapi PSRA. Antaranya seperti : 
🌟 Susah nak hafal – terlalu banyak fakta dan doa yang perlu diingati.
🌟 Kurang faham Bahasa Arab – bila tak kuasai asas bahasa, jadi sukar nak faham soalan.
🌟 Stress & tekanan – makin dekat tarikh exam, makin rasa cemas.

Cabaran ini normal, tapi ada cara untuk atasi dengan adanya bimbingan guru serta tips dan strategi yang betul bagi menghadapi exam PSRA. Antara guru yang hebat adalah seperti Ustaz Azahari Sulaiman.


Siapa Ustaz Azhari Sulaiman


Nama Ustaz Azhari Sulaiman bukan asing lagi dalam dunia pendidikan agama. Beliau ialah Guru Besar SRA Cemerlang Negeri Selangor, dan telah memenangi Anugerah Mudarrib Cemerlang sempena Sambutan Hari Guru Dari Jabatan Agama Islam Selangor Tahun 2024. 


Dengan pengalaman luas dalam mendidik pelajar, beliau aktif mengendalikan kelas online untuk pelajar UPKK dan PSRA bersama FlyHigh Education Centre.

Tips & Strategi Menghadapi Exam PSRA


Menurut Ustaz Azhari Sulaiman, Guru Cemerlang Selangor, persediaan awal adalah kunci. Beliau selalu tekankan bahawa latihan berjadual dan ulangkaji konsisten sangat membantu pelajar untuk lebih yakin menghadapi exam PSRA.

Antara tips yang perlu diamalkan untuk menghadapi Exam PSRA ialah:
🌟 Mulakan awal – jangan tunggu minggu terakhir untuk ulangkaji.
🌟 Buat jadual belajar seimbang – ada masa untuk hafalan, latihan, dan rehat.
🌟 Latih soalan tahun lepas – supaya pelajar lebih biasa dengan format peperiksaan.
🌟 Kuasai Bahasa Arab asas – bila faham bahasa, soalan jadi lebih mudah.
🌟 Amalkan doa & solat sunat – supaya hati lebih tenang bila menjawab.


Flyhigh Education Centre


Bagi ibu bapa yang mencari platform terbaik untuk bimbingan anak, Flyhigh Education Centre adalah pilihan tepat. Di sini, anak-anak bukan sekadar hadir kelas tuisyen PSRA, malah boleh sertai seminar PSRA dan bengkel PSRA yang dikendalikan terus oleh Ustaz Azhari Sulaiman, Guru Cemerlang Selangor.

Kelebihannya?

🌟 Modul komprehensif ikut sukatan terkini.
🌟 Latihan & soalan tahun lepas.
🌟 Bimbingan terus daripada pakar berpengalaman.
🌟 Kelas yang interaktif dan mudah difahami.

Nak anak lebih yakin dan bersedia menghadapi exam PSRA? Inilah masanya untuk bertindak.

👉 Daftarkan anak anda ke kelas tuisyen & bengkel PSRA bersama Ustaz Azhari Sulaiman di Flyhigh Education hari ini. Tempat terhad!



📢 Countdown PSRA 2025 bermula


⏳ Tinggal beberapa minggu sahaja lagi – adakah anak-anak sudah benar-benar bersedia?

Jom bersama dalam Kelas & Bengkel Online Persediaan PSRA 2025 bersama
✨ Ustaz Azhari bin Sulaiman (Guru Cemerlang PSRA Negeri Selangor) 🚀

🔰 BENGKEL SEMUKA FINAL LAP PSRA SHAH ALAM
📆 Sabtu
▪ Tarikh : 27 September 2025
⏰ Masa : 9.00 am - 5.30 pm
💰 Yuran : RM160 (early bird) / RM180 Normal

🔰 REVISI PANTAS BAHASA ARAB PSRA ONLINE : Revision B.Arab Tahun 5-6
📆 Ahad
▪ Tarikh : 28 September 2025
⏰ Masa : 9.00 am - 11.00 am
💰 Yuran : RM60

🔰 BENGKEL ONLINE TEMBAKAN MUMTAZ PSRA : FINAL LAP Soalan Hit/Soalan Ramalan Jangka Keluar/ Tazkirah & Doa Munajat
📆 Ahad
▪️ Tarikh : 28 September 2025
⏰ Masa : 2.00 pm - 4.00 pm
💰 Yuran : RM60
📌 Module/jawapan/rakaman disediakan 

🔰 ONLINE LAST MINUTE STUDY PSRA
📆 Ahad - Khamis
⏰ Masa : 6.00 pm -  7.00 pm
🔹28 Sept 2025  : Akhlak/Sirah (AS01)
🔹29 Sept 2025 : Bahasa Arab (BA 02)
🔹 30 Sept 2025: Tauhid Feqah (TF 04)
🔹1 Oktober 2025  : Tajwid (TJ05)
🔹2 Oktober 2025  : Jawi, Imlak, Khat (JIK 03)
💰 Yuran : RM80 (5 sesi) / RM20 (1 sesi)

🎁 Modul & Rakaman Kelas Disediakan

Jangan tunggu saat akhir, pm admin sekarang untuk mendaftar👋🏻

Wasap.my/60105093732
Wasap.my/60105403732
Wasap.my/60108158408
Wasap.my/601111228059





Post a Comment

0 Comments