Keanggunan Nora Danish Terserlah Sebagai Wanita Berhijab Menerusi Amber Oasis 2.0: Mirage | Assalamualaikum semua.. Kalau sebut nama Nora Danish, mesti ramai yang terus terbayang wajah manis dan gayanya yang sentiasa nampak effortless. Tapi sejak beliau tampil berhijab, aura Nora nampak makin tenang, matang dan penuh keanggunan. Sebab tu bila sis dapat jemputan menghadiri pelancaran Amber Oasis 2.0: Mirage, sis memang tak sabar nak tengok sendiri bagaimana Nora menyerlahkan gaya wanita berhijab yang moden dan sofistikated.
Suasana Penuh Elegan di Pelancaran Amber Oasis 2.0: Mirage
Acara ni berlangsung di Amber Flagship, Shangri-La Kuala Lumpur di mana pelancaran Amber Oasis 2.0: Mirage – A Secret by The Desert diadakan bagi menandakan kesinambungan kejayaan Amber dalam memperkukuh kedudukannya sebagai jenama fesyen tempatan yang terus melangkah ke pentas antarabangsa melalui rekaan yang elegan, eksklusif dan bermakna buat setiap wanita.
Dan sudah tentulah tumpuan utama majlis ini adalah kehadiran Nora Danish, wajah rasmi untuk koleksi Amber Oasis 2.0: Mirage. Dari jauh lagi, sis dah nampak keanggunan beliau berhijab dalam gaya moden, tapi tetap sopan dan feminin. Jujur sis kata, Nora nampak flawless dengan aura yang susah nak gambarkan, memang sesuai sangat dengan konsep koleksi kali ni.
Pesona Mirage – Anggun, Lembut & Penuh Karakter
Koleksi Amber Oasis 2.0: Mirage diinspirasikan daripada keindahan padang pasir di mana warna-warna bumi, alunan pasir, dan bayangan miraj yang penuh ilusi. Setiap helaian nampak bagaikan simbol kekuatan dan kelembutan wanita dalam satu harmoni yang indah.
Menurut Datuk Adzliana Hasan, pemilik jenama Amber dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, koleksi kali ni bukan sekadar memperkenalkan rekaan baru, tapi juga menyampaikan mesej bahawa setiap wanita berhak tampil yakin dan anggun tanpa meninggalkan nilai kesopanan.
“Amber Oasis 2.0: Mirage adalah lambang wanita moden yang berani, lembut dan penuh karakter. Kami mahu wanita berasa selesa dalam setiap helaian tanpa perlu berkompromi dengan nilai kesopanan.”
“Fabrik yang digunakan juga dipilih dengan teliti supaya sesuai dipakai sepanjang hari tanpa rasa panas atau melekat di badan,”
~ Datuk Adzliana Hasan, pemilik jenama Amber ~
Untuk pelanncaran ni, Amber memperkenalkan tiga koleksi utama yang semuanya memang cantik habis!
✨ BELLA – RM389 (Shimmering Voile)
Rekaan dua helai (2-piece design) yang ringkas namun mewah, tampil dalam tona bumi seperti Oud Brown, Rose Gold dan Tilbury Teal, sesuai untuk wanita berkeyakinan dan elegan.
🌸 LAILA – RM269 (Armane Satin)
Menampilkan potongan moden dan ringan dalam warna Magenta, Grey dan Pale Blue, memberi keseimbangan antara gaya berani dan pesona lembut.
🌾 MEDINA – RM329 (Shimmering Voile)
Dihasilkan dengan potongan flowy serta lengan reben romantik dalam pilihan warna Blush Peach, Purplish Gold, Olive Gold dan Burnt Orange, sempurna untuk tampilan anggun sepanjang hari.
“Setiap potongan direka untuk meraikan keanggunan wanita daripada pelbagai latar usia dan personaliti. Ia adalah penghormatan kepada wanita yang kuat tetapi tetap lembut dalam gaya dan tutur,”
~ Datuk Adzliana Hasan, pemilik jenama Amber ~
Sis terpukau melihat setiap koleksi yang digayakan model ketika Runaway. Semuanya cantik-cantik dan paling suka sebab semua fabrik yang digunakan ringan, senang digosok dan selesa dipakai sepanjang hari, memang sesuai untuk wanita aktif yang nak kekal bergaya tanpa rasa panas atau lekit.
Nora Danish & Keindahan Berhijab
Beralih kepada Nora pula, apabila menggayakan busana Mirage sis perasan semua mata tertumpu padanya. Dengan penuh kelembutan, dia berkongsi rasa bangga dapat mewakili jenama yang meraikan keindahan wanita berhijab.
“Saya percaya berhijab bukan penghalang untuk tampil bergaya. Apa yang penting ialah keselesaan dan keaslian diri. Koleksi Mirage ini sangat dekat dengan jiwa saya kerana ia memadukan kesederhanaan dengan keanggunan moden,”
~ Nora Danish, Pelakon ~
Sis memang setuju 100%! Nora nampak yakin, selesa dan autentik persis mesej yang cuba disampaikan oleh Amber Oasis 2.0: Mirage sendiri.
Keanggunan Yang Terserlah Dari Dalam
Secara keseluruhan, pelancaran Amber Oasis 2.0: Mirage – A Secret by The Desert ni betul-betul meninggalkan kesan pada sis. Ia bukan sekadar acara fesyen, tapi satu penghargaan buat semua wanita yang kuat, lembut, dan sentiasa mahu tampil yakin dalam versi terbaik diri sendiri.
Kalau korang nak tengok sendiri koleksi Mirage ni, boleh singgah ke laman rasmi Amber atau media sosial mereka — sebab percayalah, setiap helaian memang seindah namanya.










0 Comments