Showcase Jiwa Malaysia 2025: Malam Penuh Warna, Irama & Jiwa Anak Malaysia | Assalamualaikum semua.. Pada 1 November 2025 lalu, malam yang betul-betul menyatukan jiwa muzik Malaysia. Sis sempat ke Showcase Jiwa Malaysia 2025 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, dan sumpah dari awal sampai akhir, pentas tu memang hidup! 
Dianjurkan oleh Regnant Works dengan sokongan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), showcase ni bukan sekadar konsert hiburan. Ia lebih kepada satu pentas yang meraikan semangat Malaysia MADANI dengan gabungan pelbagai genre dan generasi artis tempatan. Tiket pun berbaloi, start dari RM88 je tapi feel dia macam konsert mega!
Pengacara Majlis Padu – Tak Bagi Penonton Sunyi Walau Sesaat!
Sebelum masuk ke segmen artis, sis nak puji dulu pengacara majlis malam tu iaitu Raden dan Shasha, memang tiptop! Dengan gaya spontan, selamba tapi tetap profesional, mereka berjaya buat penonton kekal terhibur dari mula sampai akhir. 
Mereka bukan sekadar “isi masa”, tapi betul-betul hidupkan suasana. Setiap kali ada pertukaran artis, MC pandai main dengan crowd, ada kuiz spontan, gurauan ringan dan interaksi yang mesra. Sis rasa inilah rahsia kenapa showcase ni tak pernah nampak bosan walau berdurasi panjang. Energi mereka memang selari dengan semangat “Jiwa Malaysia” tu sendiri.
Barisan Artis Yang Padu Dalam Persembahan
Berikut antara artis-artis yang membuat persembahan pada malam tersebut :
🎤 ALPHA Buka Tirai dengan Pesona Fresh & Bertenaga
Showcase dimulakan oleh Alpha, kumpulan boyband baharu yang berjaya curi perhatian dengan gaya kemas dan vokal harmoni. Mereka bawa suasana segar ke pentas dengan lagu:💥 Monalisa
💥 P. Ramlee/Saloma
💥 Bujang
Lagu Monalisa jadi pembuka yang manis, dan waktu mereka mash-up lagu klasik P. Ramlee/Saloma, sis terus rasa goosebumps. Ada elemen nostalgia tapi dibalut dengan gaya moden — kombinasi yang memang menjadi.
🎸 Masdo – Retro Tak Pernah Lapuk
Lepas tu, dewan terus bergema bila Kugiran Masdo naik pentas. Gaya retro mereka, suit putih dan vibe santai memang tak pernah mengecewakan. Masdo bawakan barisan lagu popular yang buat semua orang sing along:
💥 Begini Jadinya
💥 Janji Manis
💥 Teruna & Dara
💥 Dinda
💥 Malam Pesta Rock N Roll
💥 Bercanda Di Malam Indah
Sis paling terkesan bila Dinda dimainkan — satu dewan terus jadi lautan flashlight. Kalau korang pernah tengok Masdo live, korang tahu betapa mereka punya aura unik. Gabungan suara Ali Sariah dengan persembahan penuh gaya memang bawa kita “terbang” ke era 70-an tapi masih kekal segar.
💃 Baby Shima – Ratu Panggung yang Penuh Energi
Lepas tu, suasana bertukar jadi lebih “panas” bila Baby Shima muncul. Penonton terus bersorak, sebab siapa je yang tak tahu dia memang queen of stage! Dengan koreografi dan vokal bertenaga, Shima hiburkan semua dengan:
💥 Island Boi
💥 Pap Pap
💥 Stecu
💥 Emang Dasar
Bagi sis Shima berjaya kekalkan vibe fun tanpa nampak over. Suara live dia pun mantap, dan crowd memang ikut menari habis-habisan masa Pap Pap. Dangdut moden dalam showcase patriotik? Rare tapi menjadi!
🎧 Def Gab C – Nostalgia Hip Hop yang Masih Berbisa
Bila Def Gab C naik pentas, sis terus dibawa balik ke zaman muzik 2000-an. Mereka buktikan walaupun dah lama dalam industri, tenaga dan gaya tetap padu! Antara lagu yang mereka bawakan:
💥 Ampunkan Aku
💥 Let Down (cover Radiohead yang tak disangka-sangka!)
💥 Cinta Sakti
💥 Merah
Sis terkejut bila mereka bawak Let Down versi mereka sendiri twist yang berani tapi kena dengan tema “Jiwa Malaysia”. Cinta Sakti pula jadi kemuncak nostalgia crowd ikut nyanyi seolah-olah lagu tu baru semalam keluar radio.
🎶 Floor 88 – Lawak, Energi dan Lagu Ikonik
Lepas tu pentas diteruskan dengan Floor 88 — dan macam biasa, mereka memang tahu cara buat penonton gelak sambil enjoy. Antara lagu yang mereka perform:
💥 Original Sabahan
💥 Hutang
💥 Kongkalikong
Lagu Hutang memang crowd favorite, dan masa Kongkalikong, satu dewan ikut nyanyi sambil menari. Floor 88 ni memang ada chemistry yang susah nak lawan — spontan, bersahaja dan tetap solid dari segi vokal.
🎤 Sixth Sense – Penutup Showcase yang Sarat Emosi
Sebagai artis terakhir malam tu, Sixth Sense jadi pilihan paling tepat untuk menutup showcase dengan jiwa dan makna. Vokal Adi masih power, dan lagu-lagu mereka buat ramai yang terdiam, hanyut dalam lirik dan melodi:
💥 Tanpa
💥 Yang Sempurnakanku
💥 Khatimah Cinta
💥 Tak Bisa Memilihmu
💥 Menyesal
💥 Hari Ini Dan Semalam
Bila Khatimah Cinta dimainkan, sis terus rasa meremang. Lampu redup, crowd senyap, semua nyanyi sama-sama. Moment tu betul-betul menyentuh hati — macam kita semua berkongsi satu perasaan yang sama malam tu.
Satu Showcase, Seribu Cerita Jiwa
Yang paling best tentang Showcase Jiwa Malaysia 2025 ni — ia bukan sekadar himpunan artis terkenal, tapi refleksi sebenar muzik Malaysia yang pelbagai dan penuh warna. Dari boyband Alpha yang segar, Masdo yang retro, Baby Shima yang bertenaga, Def Gab C yang legend, Floor 88 yang fun, sampai Sixth Sense yang penuh emosi — semuanya menyumbang kepada satu malam yang luar biasa. Walau datang dari genre berbeza, semuanya bersatu di bawah satu semangat jiwa Malaysia. 
Kalau nak cari event muzik yang betul-betul tunjuk siapa kita sebagai rakyat Malaysia inilah dia. Showcase Jiwa Malaysia 2025 bukan sekadar pentas nyanyian, tapi satu malam yang mengikat hati, irama dan kenangan.
Sis keluar dari dewan malam tu dengan senyuman bukan sebab konsert habis, tapi sebab sis tahu muzik tempatan kita masih hidup, dan terus berkembang dengan jiwa yang sama : Jiwa Malaysia. 










0 Comments