Koleksi Izara X AS Tawarkan Kereta Perodua Bezza Kepada Pembeli Bertuah

Koleksi Izara X AS Tawarkan Kereta Perodua Bezza Kepada Pembeli Bertuah | Assalamualaikum semua.. Industri fesyen tempatan sekali lagi dikejutkan dengan langkah berani daripada AS Beg, jenama beg tangan tempatan yang sememangnya tidak asing lagi dalam dunia perniagaan digital dan penstriman langsung. Selepas mencipta sejarah sebagai jualan beg tangan RM1 juta terpantas menerusi platform penstriman langsung sehingga tercatat dalam Malaysia Book of Records, AS Beg terus membuktikan mereka bukan sekadar jenama biasa.


Kali ini, AS Beg tampil dengan satu lagi fenomena baharu menerusi kolaborasi eksklusif bersama pelakon dan ikon fesyen terkenal, Izara Aishah, sekali gus mencipta sejarah sebagai jenama beg tempatan pertama di Malaysia yang menawarkan sebuah kereta kepada pembeli bertuah.


Kolaborasi Eksklusif Izara Aishah x AS Beg


Kolaborasi terbaharu ini menampilkan empat koleksi eksklusif iaitu Bolaia, Belta, Bucket dan Moola. Menariknya, kesemua rekaan beg ini dipilih sendiri oleh Izara Aishah, menjadikan koleksi ini lebih dekat dengan cita rasa wanita moden yang sukakan gaya ringkas, elegan dan praktikal.






Setiap rekaan hadir dengan sentuhan eksklusif namun masih mengekalkan identiti AS Beg yang sinonim dengan gaya mewah pada harga mampu milik. Ia sesuai digayakan untuk kegunaan harian, ke pejabat mahupun untuk acara santai hujung minggu.


Harga Mampu Milik, Rekaan Nampak Mahal


Menurut Dato’ Sri Aliff Syukri, Pengasas Beg AS, koleksi Izara x AS ini ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu sekitar RM75 hingga RM85 sahaja. Walaupun dijual pada harga mampu milik, rekaan dan kualitinya tetap kelihatan eksklusif dan premium.


Pendekatan ini selari dengan misi AS Beg sejak awal penubuhan – untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di Malaysia mampu memiliki beg tangan yang cantik, bergaya dan berkualiti tanpa perlu berbelanja besar.


Beli Beg, Berpeluang Menang Kereta Perodua Bezza


Apa yang paling mencuri perhatian ramai pastinya ganjaran luar biasa yang ditawarkan oleh AS Beg kali ini. Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, AS Beg akan menghadiahkan sebuah kereta Perodua Bezza kepada seorang pembeli bertuah.


Peluang ini terbuka kepada pembeli yang membeli koleksi Izara x AS semasa sesi pelancaran secara penstriman langsung pada 25 Januari 2026, jam 8:00 malam menerusi platform TikTok Shop @papalarisofficial.

Setiap pembelian pada malam tersebut secara automatik akan melayakkan pembeli menyertai cabutan bertuah untuk memenangi kereta idaman ramai rakyat Malaysia itu.


Tarikh Cabutan & Cara Penyertaan


Cabutan bertuah akan diadakan pada 31 Januari 2026, jam 8:00 malam menerusi sesi penstriman langsung. Pemenang akan diumumkan secara langsung pada malam tersebut.


Namun ada satu syarat penting yang perlu diambil perhatian. Pembeli yang telah membuat pembelian pada 25 Januari 2026 perlu menonton sesi live pada 31 Januari 2026 kerana kata kunci khas akan diberikan sebelum pembeli bertuah dihubungi secara langsung.

Langkah ini bukan sahaja memastikan ketelusan cabutan, malah menjadikan sesi penstriman lebih interaktif dan dinantikan oleh pembeli.


Hadiah Tambahan Untuk Semua Pembeli


Bukan itu sahaja, setiap pembeli yang membuat pembelian pada malam pelancaran 25 Januari 2026 juga akan menerima keychain eksklusif koleksi Izara x AS serta sebuah tumbler sebagai hadiah tambahan. Pendek kata, setiap pembelian memang berbaloi dan penuh dengan nilai tambah.



AS Beg Terus Melakar Sejarah


Langkah AS Beg menawarkan sebuah kereta kepada pembeli jelas membuktikan jenama tempatan juga mampu tampil dengan idea pemasaran kreatif dan berani. Ia bukan sekadar strategi jualan, tetapi satu bentuk penghargaan tulus kepada pelanggan yang selama ini setia menyokong jenama tempatan.





Dengan kolaborasi bersama Izara Aishah, harga mampu milik, rekaan eksklusif serta ganjaran luar biasa, tidak hairanlah AS Beg terus menjadi bualan ramai dan kekal relevan dalam industri fesyen tempatan.


Bagi peminat beg tangan yang inginkan gaya cantik tanpa mengorbankan bajet, koleksi Izara x AS Beg sememangnya sesuatu yang tidak wajar dilepaskan.


Post a Comment

0 Comments