Wisma D’Herbs Tampil Dengan Wajah Baharu, Pengalaman Beli-Belah Kini Lebih Eksklusif & Mesra Pelanggan | Assalamualaikum semua... Kalau sebut sahaja slogan ikonik “Terlajak Laris”, memang automatik teringat satu nama besar dalam industri kecantikan dan kesihatan tempatan iaitu D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd. Diasaskan oleh usahawan selebriti terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri, jenama ini sudah hampir dua dekad mewarnai pasaran dengan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Selepas lebih 10 tahun beroperasi di Persiaran Prestij, Kota Damansara, kini Wisma D’Herbs tampil dengan wajah baharu yang lebih moden, luas dan eksklusif. Penjenamaan semula ini bukan sekadar perubahan fizikal bangunan, tetapi juga melibatkan konsep perniagaan yang lebih mesra pelanggan serta selari dengan kehendak pengguna masa kini.
Transformasi ini menjadikan Wisma D’Herbs bukan sekadar lokasi membeli-belah, malah sebagai destinasi gaya hidup untuk pelanggan yang ingin menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dan tersusun.
Konsep Baharu Yang Lebih Luas & Teratur
Selari dengan perkembangan semasa, Wisma D’Herbs telah melalui proses pengubahsuaian menyeluruh dengan konsep butik yang lebih luas dan tersusun. Jika sebelum ini ruang jualan hanya tertumpu kepada satu seksyen khas, kini keseluruhan ruang butik direka menyerupai sebuah ekspo mini.
Susun atur produk juga lebih kemas dan sistematik, membolehkan pelanggan melihat, mencuba serta mendapatkan maklumat produk dengan lebih mudah. Pelanggan boleh bergerak dari satu bahagian ke bahagian lain tanpa rasa sesak atau tergesa-gesa, sekali gus memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih kondusif.
Rekaan dalaman yang moden dan minimalis turut memberikan suasana eksklusif, sesuai dengan imej D’Herbs sebagai jenama tempatan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Lebih Daripada Sekadar Pusat Jualan
Menariknya, Wisma D’Herbs yang baharu ini bukan sekadar pusat jualan produk. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tambahan bagi memastikan keselesaan pengunjung, antaranya:
- Ruang solat yang luas dan selesa
- Kafe mini untuk pelanggan berehat
- Ruang permainan kanak-kanak
- Ruang menunggu dengan sofa empuk
Kemudahan ini menjadikan Wisma D’Herbs mesra keluarga dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Pelanggan boleh datang bersama pasangan, anak-anak atau rakan-rakan tanpa perlu risau soal keselesaan sepanjang berada di premis ini.
Konsep ini jelas menunjukkan usaha D’Herbs untuk menjadikan pengalaman membeli-belah bukan sekadar urusan membeli produk, tetapi satu aktiviti santai yang menyeronokkan.
Pembaharuan Sebagai Tanda Penghargaan Kepada Pelanggan
Menurut Dato’ Sri Aliff Syukri, pembaharuan Wisma D’Herbs ini bukan sahaja bertujuan memastikan jenama D’Herbs kekal relevan dan mampu bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar, malah sebagai satu tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang telah menyokong perniagaan ini sejak hampir 20 tahun lalu.
Beliau turut menegaskan bahawa usaha menaik taraf Wisma D’Herbs ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti pengalaman pelanggan, seiring dengan pertumbuhan jenama di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Pelancaran Rasmi Diserikan Dengan Aktiviti Menarik
Sementara itu, menurut Pengarah Eksekutif D’Herbs Holdings, Datin Sri Nur Shahida, sempena pelancaran rasmi Wisma D’Herbs berwajah baharu pada 31 Januari, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang khas untuk para pengunjung.
Antara aktiviti yang bakal berlangsung termasuk:
- Jualan Lelong Harga Runtuh
- Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak
- Bouncing Castle
- Pertandingan Berhias
- Pertandingan Makan Kuaci Terpantas
Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah menjadikan pelancaran ini sebagai acara komuniti yang sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga.
Kehadiran Selebriti & Artis Jemputan
Majlis pelancaran Wisma D’Herbs ini turut diserikan dengan kehadiran barisan selebriti popular. Antaranya ialah duta beg AS, Izara Aishah dan Sally Whoo, selain penampilan artis jemputan seperti Amelina dan Sherry Alhadad yang dijangka memeriahkan suasana sepanjang acara berlangsung.
Kehadiran selebriti ini pastinya menjadi tarikan utama kepada peminat serta pengunjung yang ingin melihat sendiri suasana pelancaran yang penuh kemeriahan.
Ganjaran & Hadiah Menarik Untuk Pelanggan
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, pelbagai ganjaran istimewa turut disediakan sepanjang hari pelancaran, antaranya:
- 100 pembeli terawal akan menerima goodies bag misteri eksklusif
- Pembelian minimum RM300 dalam satu resit akan menerima payung D’Herbs
- Pembelian minimum RM200 dalam satu resit melayakkan pelanggan menyertai putaran lucky wheel serta cabutan bertuah
Lebih menarik, hadiah utama berupa sebuah Perodua Bezza turut ditawarkan khas kepada pelanggan yang pernah membeli koleksi beg AS sebelum ini.
Info Pelancaran Wisma D’Herbs
📍 Lokasi: Persiaran Prestij, Kota Damansara
📅 Tarikh: 31 Januari
🕘 Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam
🎤 Perasmian rasmi: 5.50 petang
🚗 Cabutan bertuah utama: 8.00 malam
Pelancaran ini merupakan yang pertama diadakan dalam skala besar dan dijangka memberikan pengalaman membeli-belah yang unik serta mengujakan kepada pengunjung.








0 Comments