Sajian Tradisi Bertemakan “Taste of Tradition” di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South

Sajian Tradisi Bertemakan “Taste of Tradition” di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South | Assalamualaikum semua.. Untuk bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi, Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South mengundang para tetamu untuk menikmati pengalaman kulinari yang penuh makna menerusi tema “Taste of Tradition”, satu penghormatan kepada rasa-rasa warisan yang menjadi kebanggaan Malaysia.


Pengalaman menjamu selera istimewa ini diketuai oleh Chef Ramdhan selaku Executive Chef bersama pasukan kulinari berbakat iaitu Chef Raymond (Chef de Cuisine), Chef Hasna (Sous Chef – Specialty Restaurant) dan Chef Haikal (Junior Sous Chef).


Menampilkan lebih daripada 100 jenis hidangan tradisional Melayu, setiap sajian diolah semula dengan sentuhan moden tanpa mengetepikan keaslian resipi turun-temurun. Penggunaan bahan-bahan tempatan berkualiti tinggi menjadikan setiap hidangan bukan sahaja lazat, malah mencerminkan kekayaan warisan masakan Malaysia yang penuh rasa, kehangatan dan identiti budaya. Daripada menu kampung yang mengimbau nostalgia hingga ke interpretasi kontemporari yang kreatif, bufet ini menjanjikan pengalaman menjamu selera yang menyentuh jiwa dan selera.



Bufet di Substance, Aras 3, Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South


Pengalaman bufet utama ini boleh dinikmati di restoran Substance yang terletak di Aras 3, sesuai untuk berbuka puasa atau makan malam bersama keluarga, rakan-rakan serta rakan sekerja dalam suasana yang selesa dan mesra.

📅 Tarikh: 20 Februari – 19 Mac 2026
⏰ Masa: Setiap hari | 7.00 malam – 10.30 malam
📍 Lokasi: Substance, Aras 3

Harga:
🌟 Early Bird: MYR138 seorang dewasa (sehingga 19 Februari 2026)
💰 Harga Biasa: MYR198 seorang dewasa
👧🧒 Kanak-kanak 6–12 tahun: Diskaun 50% daripada harga dewasa
👶 Kanak-kanak 5 tahun ke bawah: Percuma

Setiap hidangan yang disajikan di Substance bukan sekadar mengenyangkan, malah direka untuk menghidupkan semangat kebersamaan. Suasana restoran yang tenang dan kemas menjadikannya lokasi ideal untuk berkongsi detik istimewa bersama insan tersayang sepanjang musim perayaan.



Jamuan Banquet di Function Rooms


Bagi mereka yang merancang majlis berbuka puasa secara tertutup atau sambutan lebih eksklusif, Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South turut menawarkan pakej jamuan di ruang Function Rooms dengan konsep “Your Event, Your Way”. Tetamu boleh memilih pengalaman bufet peribadi dengan barisan hidangan khusus atau jamuan di dewan makan bersama yang menampilkan bufet komuniti.

📅 Tarikh: 17 Februari – 19 Mac 2026
📍 Lokasi: Function Rooms

Harga:
💰 Bermula dari: MYR98+ seorang dewasa
👧🧒 Kanak-kanak 6–12 tahun: Diskaun 50% daripada harga dewasa
👶 Kanak-kanak 5 tahun ke bawah: Percuma

Daripada hidangan klasik kampung hinggalah kepada interpretasi moden, setiap sajian mencerminkan kekayaan rasa dan kehangatan warisan kulinari Malaysia. Pengalaman ini direka untuk memenuhi keperluan majlis kecil yang intim mahupun sambutan berskala besar seperti majlis korporat dan perjumpaan keluarga besar.

Maklumat & Tempahan
📲 Bufet di Substance:
WhatsApp +603 8682 8800 / +603 8682 8898
📞 Jamuan Banquet (Function Rooms):
+603 8682 8814
📧 cy.kulcs.info@courtyard.com



Tentang Courtyard by Marriott®


Courtyard by Marriott merupakan jenama hotel pilihan untuk pengembara moden yang mengutamakan keselesaan dan gaya hidup seimbang. Dengan lebih 1,350 hotel di lebih 60 negara dan wilayah, Courtyard by Marriott menyediakan pengalaman penginapan yang praktikal dan selesa melalui bilik tamu yang direka untuk berehat dan bekerja, lengkap dengan katil empuk serta ruang kerja fleksibel.

Courtyard by Marriott juga merupakan sebahagian daripada program global Marriott Bonvoy®, yang menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk malam percuma, pengalaman eksklusif dan pengiktirafan status elit kepada ahlinya.


Post a Comment

0 Comments