Destinasi Rasa: Pengalaman Buffet Ramadan di Latest Recipe, Le Méridien Putrajaya | Assalamualaikum semua.. Bila tiba bulan Ramadan, antara perkara yang paling dinanti sudah tentu momen berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Tahun ini, Latest Recipe di Le Méridien Putrajaya tampil dengan konsep buffet Ramadan istimewa bertemakan “Destinasi Rasa”, sebuah perjalanan rasa yang mengangkat kekayaan warisan masakan Malaysia bersama sentuhan antarabangsa.
Bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026, menawarkan suasana yang hangat, meriah dan sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama keluarga, rakan sekerja atau teman-teman rapat.
Pembuka Selera Penuh Kesegaran
Sebaik melangkah ke ruang buffet, korang akan disambut dengan pilihan Kerabu dan Ulam-Ulaman asli Melayu yang menyegarkan sebagai pembuka selera. Antara bahan yang disediakan termasuk:
- Kacang botol, kacang panjang, tomato
- Petai, ulam raja, daun selom, pegaga & jantung pisang
Lebih menarik, korang boleh memilih pelbagai jenis pencecah tradisional seperti:
- Sambal kicap manis
- Tempoyak
- Budu
- Cincalok
- Sambal belacan
- Sos cili Thai
Turut tersedia ialah aneka ikan masin seperti sepat, gelama, bulu ayam, pari dan telur masin sesuai untuk korang yang gemarkan rasa autentik kampung.
Stesen Live & Sajian Antarabangsa
Bagi peminat makanan Thai, stesen Somtam menyajikan papaya hijau yang disiat bersama kacang panjang, tomato, udang kering, kacang tanah, cili padi, jus limau dan sos ikan cukup menyelerakan.
Tidak ketinggalan, chef di Latest Recipe turut menyediakan:
- Sushi fusion
- Seafood & Vegetable Tempura rangup
- Gabungan hidangan Melayu, Cina dan India menggambarkan identiti Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan rasa.
Hidangan Utama Warisan & Kegemaran Ramai
Antara hidangan utama yang menjadi tarikan Destinasi Rasa termasuk:
- Nasi Ayam Hainan yang harum dan lembut
- Ayam Percik tradisional
- Kambing Kurma Berkentang dimasak perlahan
- Sambal Sotong yang pedas beraroma
- Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi yang lemak berkrim
Pencuci Mulut Penuh Nostalgia & Moden
Pengalaman berbuka di Destinasi Rasa ditutup dengan pilihan pencuci mulut yang cukup menggoda. Antaranya:
- Jagung rebus segar
- Kek Chocolate Moist
- Kek Red Velvet
- Salted Caramel Pandan Honeycomb Cake
Bagi korang yang sukakan sesuatu yang ringan, terdapat Mango Mousse sebagai pilihan menyegarkan. Paling mencuri perhatian ialah Chocolate Fountain interaktif lengkap dengan buah-buahan, marshmallow dan dry fruits sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Lengkapkan pengalaman manis korang dengan Aneka Kuih Muih tradisional, menampilkan lebih 20 jenis kuih Melayu dan Nyonya yang penuh warna dan cita rasa warisan.
Harga Buffet Destinasi Rasa
Tempahan Awal (sebelum 19 Februari 2026):
- Dewasa: RM178 nett
- Kanak-kanak: RM89 nett
Harga Biasa (19 Feb – 20 Mac 2026):
- Dewasa: RM218 nett
- Kanak-kanak: RM109 nett
Promosi Ramadan (6 hari pertama sahaja):
- Dewasa: RM168 nett
- Kanak-kanak: RM84 nett
Harga termasuk cukai kerajaan. Tempahan awal amat digalakkan.
Lokasi & Tempahan
📍 Latest Recipe, Le Méridien Putrajaya
📞 +603 8689 6888
📱 WhatsApp: +6012 725 5101 / +6012 407 3101
📧 dining.Imputrajaya@lemeridien.com
Untuk majlis berbuka puasa secara peribadi, ruang makan khas juga disediakan.
Nikmati Pengalaman Buffet Ramadan
Dengan pilihan hidangan yang meluas, stesen masakan live, serta suasana yang mesra dan eksklusif, Destinasi Rasa di Latest Recipe, Le Méridien Putrajaya menjanjikan pengalaman buffet Ramadan yang menggabungkan tradisi, rasa dan kebersamaan.
Jika korang sedang mencari lokasi buffet Ramadan di Putrajaya yang lengkap, selesa dan penuh variasi menu, Destinasi Rasa sememangnya pilihan yang wajar dimasukkan dalam senarai!









0 Comments