Fry-volusi di Dapur: Philips Perkenalkan Airfryer Paling Versatil dengan Teknologi SteamFry | Assalamualaikum semua.. Bila bercakap tentang dapur, sis percaya gajet yang betul boleh buat rutin memasak jadi jauh lebih menyeronokkan. Bukan saja jimat masa, malah bantu hasilkan hidangan yang lebih konsisten dan sedap. Sebab itu, setiap kali nak pilih perkakas dapur, sis memang akan utamakan kualiti dan ketahanan supaya pelaburan yang dibuat benar-benar berbaloi.
Baru-baru ini, sis berpeluang menghadiri majlis pelancaran Philips Airfryer 5000 Series yang berlangsung di Kuala Lumpur. Ini antara pengalaman yang buat sis rasa teruja sebab bukan sekadar tengok produk, tapi dapat menyaksikan sendiri demonstrasi memasak secara langsung dan rasa hasilnya.
Fry-volusi di Dapur : Philips Airfryer 5000 Series dengan Fungsi Stim
Pelancaran ini dianjurkan oleh Philips Domestic Appliances, memperkenalkan model air fryer paling versatil mereka setakat ini. Untuk pertama kali di Malaysia, air fryer ini menggabungkan tiga fungsi utama dalam satu perkakas iaitu Steam (Kukus), Airfry (Goreng Udara) dan SteamFry. Semua fungsi ini digerakkan oleh teknologi RapidAir™ yang membantu masakan jadi lebih sekata dan cepat.
"Inilah airfryer yang benar-benar meningkatkan kualiti masakan di rumah, menggabungkan fungsi mengukus, menggoreng udara, dan pembersihan mudah dalam satu alat. Ia dikuasakan oleh Teknologi Rapid Air kami untuk hasil yang konsisten—garing di luar, serta lembut dan lembap di dalam berkat fungsi stim tambahan. Kami percaya ini adalah permulaan kepada sebuah 'fry-volusi' sebenar di dapur, dan kami sangat teruja,"
~ Sue-Ann, Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia ~
Ciri-Ciri Utama Philips Airfryer 5000 Series yang Menarik Perhatian
Antara ciri Philips Airfryer 5000 Series yang buat sis rasa ia sangat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga:
- Kapasiti 7.2L – besar dan praktikal untuk masak hidangan keluarga dalam satu masa.
- Teknologi RapidAir™ – memastikan masakan cepat masak dan sekata tanpa perlu kerap terbalikkan makanan.
- Fungsi Stim – membantu mengekalkan kelembapan serta nutrien dalam makanan.
- Fungsi Goreng Udara – membolehkan masakan garing dengan sedikit atau tanpa minyak langsung.
- Fungsi SteamFry – gabungan stim dan gorengan udara untuk tekstur dan rasa yang lebih seimbang.
- Steam Wash (Pembersihan Kendiri) – menggunakan stim untuk melonggarkan kesan minyak, jadi kerja mencuci jadi lebih mudah.
Sebagai pengguna air fryer, sis rasa fungsi Steam Wash ini memang satu bonus besar sebab bahagian mencuci biasanya paling memenatkan.
Majlis Pelancaran Philips Airfryer 5000 Series
Majlis pelancaran ini turut dihadiri lebih 50 wakil media, pempengaruh dan personaliti jemputan. Para tetamu berpeluang melihat demonstrasi memasak secara langsung serta mencuba sendiri hidangan yang dimasak menggunakan Philips Airfryer 5000 Series.
Antara yang mencuri perhatian ialah demonstrasi oleh Shafique Cute yang menunjukkan bagaimana fungsi SteamFry mampu mengekalkan nutrien makanan sambil memperbaiki tekstur masakan. Acara diteruskan dengan sesi SteamFry Showdown bersama Chef Sarah Huang Benjamin, di mana para jemputan diberi peluang mencuba sendiri perkakas ini. Dari situ, jelas kelihatan betapa mudahnya ia digunakan dan betapa konsistennya hasil masakan yang dihasilkan.
Philips Airfryer 5000 Series Sesuai Untuk Keluarga Moden
Philips Airfryer 5000 Series memang nampak direka khas untuk keluarga Malaysia, terutamanya ibu bapa yang bekerja dan sentiasa sibuk. Dengan satu perkakas, kita boleh menggoreng, mengukus, steam-fry dan juga membersihkan dengan lebih mudah. Ini bermaksud kurang penggunaan banyak perkakas, kurang masa di dapur, dan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga.
Majlis ini turut dihadiri wakil daripada Harvey Norman, menandakan satu langkah penting dalam membawa teknologi dapur yang lebih praktikal kepada pengguna tempatan.
Kemudahan Philips Airfryer 5000 Series untuk Dapur Harian
Sebagai seorang yang memang kerap menggunakan air fryer untuk menyediakan hidangan harian, sis boleh katakan Philips Airfryer 5000 Series ini memang berpotensi menjadi game changer di dapur. Ia bukan sekadar air fryer biasa, tetapi sebuah perkakas pelbagai fungsi yang membantu kita memasak dengan lebih sihat, cepat dan mudah.
Kalau korang masih mencari cara untuk memudahkan urusan di dapur sambil mengekalkan kualiti hidangan keluarga, Philips Airfryer 5000 Series memang wajar dimasukkan dalam senarai pertimbangan. Dengan fungsi stim, kapasiti besar dan sistem pembersihan pintar, ia boleh menjadi pelaburan jangka panjang untuk dapur rumah.









0 Comments