PerySmith Debut Vakum Tiub Ultra-Nipis Pertama Buatan Tempatan di Malaysia

PerySmith Debut Vakum Tiub Ultra-Nipis Pertama Buatan Tempatan di Malaysia | Assalamualaikum semua.. Baru-baru ni Sis berpeluang menghadiri Engineered by Air Showcase anjuran PerySmith di Kuala Lumpur. Acara ini bukan sekadar memperkenalkan satu produk baharu, malah PerySmith turut melancarkan beberapa inovasi yang direka untuk menjadikan rutin harian di rumah lebih mudah, daripada kerja mengemas sehinggalah memasak.


Paling mencuri perhatian sudah tentulah PerySmith AirStick Pro, vakum tiub ultra-nipis pertama buatan tempatan di Malaysia. Tapi selain itu, ada beberapa lagi produk menarik yang diperkenalkan pada hari pelancaran.


PerySmith AirStick Pro


Kalau Sis nak pilih produk paling standout pada hari tersebut, memang AirStick Pro antara yang paling menarik perhatian. Dengan berat hanya 900 gram, vakum tanpa wayar ini tampil dengan rekaan ultra-nipis yang selesa digunakan walaupun untuk tempoh yang lama.


Walaupun ringan, prestasinya bukan biasa-biasa. AirStick Pro menawarkan kuasa sedutan sehingga 100AW menerusi Nano Brushless Motor. Rekaan badannya juga memudahkan pengguna membersihkan kawasan bawah sofa, katil atau kabinet tanpa perlu bersusah payah mengalihkan perabot.


Yang Sis suka, ia turut didatangkan dengan berus anti-rambut kusut, aksesori mop yang membolehkan kerja vakum dan mengemop dilakukan serentak serta bekas habuk yang boleh dikosongkan hanya dengan satu klik. Memang lebih praktikal untuk kegunaan harian.


EvoBot A11 Robot Vacuum


Bagi yang lebih gemar membiarkan teknologi melakukan kerja rumah, EvoBot A11 Robot Vacuum mungkin pilihan yang sesuai.


Robot vakum ini mampu menyapu, memvakum dan mengemop dalam satu masa. Dengan kuasa sedutan sehingga 10,000Pa, ia menggunakan teknologi AI TrueSight dan Gyro Quick Mapping untuk memastikan proses pembersihan lebih sistematik. Lebih menarik, ia boleh dikawal terus melalui aplikasi PerySmith, jadi pengguna boleh menetapkan jadual pembersihan walaupun berada di luar rumah.


Ai23 Smart Steam Oven 3-in-1

PerySmith turut membawa inovasi ke dapur menerusi Ai23 Smart Steam Oven 3-in-1. Perkakas ini menggabungkan fungsi oven, air fryer dan stim dalam satu mesin. Ia turut dilengkapi teknologi AI 3D Airflow, 50 menu pintar serta fungsi Auto Clean, menjadikan proses memasak dan penyelenggaraan lebih mudah.


Bagi yang sibuk tetapi masih mahu menyediakan hidangan yang lebih sihat di rumah, produk ini memang antara yang menarik perhatian.


SteamPro G7 All-in-One Ironing Solution


Kerja menggosok pakaian juga menjadi lebih mudah dengan SteamPro G7 All-in-One Ironing Solution. Set ini menggabungkan seterika bersama papan seterika dalam satu rekaan yang lebih kemas. Ia menggunakan teknologi iPro Sense Anti-Burn bagi membantu melindungi fabrik daripada kesan terbakar, selain menghasilkan tekanan stim sehingga 8 bar untuk melicinkan pakaian dengan lebih pantas.


Menurut PerySmith, stim yang dihasilkan juga mampu menghapuskan sehingga 99.9% kuman pada fabrik.


Ai13 Elite Smart WiFi Air Purifier


Turut diperkenalkan ialah Ai13 Elite Smart WiFi Air Purifier, penapis udara pintar yang boleh dikawal melalui aplikasi PerySmith.


Ia sesuai digunakan untuk ruang sehingga 1,600 kaki persegi dan didatangkan dengan tiga pilihan penapis H13 Medical-Grade mengikut keperluan pengguna. Teknologi Quantum Shield pula membantu menapis zarah halus bagi memastikan udara di dalam rumah lebih bersih.


Rumah Pintar Dalam Satu Aplikasi


Apa yang Sis perasan, kebanyakan produk pintar PerySmith kini berada dalam satu ekosistem yang sama menerusi PerySmith App. Daripada menetapkan jadual pembersihan robot vakum sehinggalah memantau kualiti udara, semuanya boleh dilakukan hanya menggunakan telefon pintar. Malah, dengan ZOE+ Smart Plug, beberapa peralatan elektrik sedia ada juga boleh dikawal dengan lebih mudah.


Secara keseluruhannya, pelancaran kali ini membuktikan PerySmith semakin serius dalam membangunkan ekosistem rumah pintar yang lengkap untuk pengguna di Malaysia. Kalau korang sedang mencari vakum tanpa wayar, robot vakum, penapis udara pintar atau perkakas dapur moden, barisan produk baharu ini memang berbaloi untuk diberi perhatian.

Semua produk baharu PerySmith kini boleh didapati di semua kedai fizikal PerySmith, rakan peruncit terpilih serta platform rasmi Shopee dan TikTok Shop.



Post a Comment

0 Comments