Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala

6.11.14

Hola semua,

Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala | Pementasan Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala kali ini merupakan kesinambungan dari Teater Bangsawan Sinbad yang pernah dipentas oleh Bangsawan Grand Opera JKKN pada tahun 2009 Sinbad “Batu Permata Dewa” di mana kita akan menyaksikan kisah sambungan kepada konflik dalam pementasan terdahulu.


Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala


Sinopsis Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala 


Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala mengisahkan apa yang telah terjadi selepas  kematian Ratu Sheeba (Sinbad “Batu Permata Dewa”) anak kepada Ratu Kala, Ratu Kala ingin membalas dendam di atas kematian anaknya lalu menculik Puteri Jasmine sebagai tebusannya.  Sinbad menjadi hilang punca arah dimana kedudukan Kerajaan Ratu Kala di Alam Hitam dan ingin memulakan pelayaran, sementara itu ia berjanji jika tidak kembali dalam sepurnama, ayahanda saudara Puteri Jasmine iaitu Jaafar akan menjadi Sultan.  Sinbad meminta pertolongan Tiga Setan Ratu Sheeba yang mengetahui Kerajaan Ratu Kala.  

Bagi memujuk Setan bertiga itu, dayang-dayang digunakan untuk memujuk. Sementara  itu, Puteri Jasmine telah ditukar sifatnya menjadi Sheeba oleh Ratu Kala dan pelayaran Sinbad terhalang dengan kuasa sihir setelah berhempas pulas berjuang.  Mereka selamat mendarat di Alam Sihir.  Puteri Jasmine yang telah menjadi Ratu Sheeba diarah untuk membunuh Sinbad. Batu Permata Dewa Ratu Jasmine telah digunakan bagi memulihkan  Puteri Jasmine dan dengan bantuan Setan-Setan bertiga yang membantu Sinbad bagi menewaskan Ratu Kala dengan gabungan Batu Permata Dewa dan Tongkat Sakti Ratu Kala.  Sementara itu Jaafar berangan-angan ingin memerintah Kerajaan Sinbad tetapi malangnya Sinbad sampai pada waktunya dan terbocor rahsia Jaafar bersengkongkol dengan Ratu Kala.


Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala


Pementasan Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala Anjuran JKKN


Anjuran : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Tarikh : 7, 8 dan 9 November 2014 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Auditorium DBKL Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Bayaran masuk :  RM 5
                              RM 50 (Premier)

Maklumat lanjut sila hubungi mengenai Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala :

Pengarah Cawangan Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Tel : 03-26148200 / 012-287 3461 / 016-5539062 (Roy)/ 019-7082421 (As)





You Might Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Kebetulan sekarang saya ada kat kampung. Kalau ada kat KL saya dah pergi tengok teater ni. Best ni. Salah sorang pelakon tu yang ajar saya teater masa kat UPM.

    ReplyDelete
  2. Menarik, hero zaman kanak kanak saya. Kini dah ada dalam pementasan teater :)

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe