Blogger Raya Di Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights

Blogger Raya Di Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights | Tudia... sakan kali ni dapat beraya bersama rakan-rakan blogger di Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights. Tengkiu la kat haibloggerofficial sebab sudi jemput iolls datang ekk.. Siyesly, selalu pi beraya makan ketupat, rendang, lemang tapi kali ni dapat makan Char kuey teow ketam special yang memang sedap. 

Blogger Raya Di Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights
Pose sket ngan Char Kuey Teow Ketam Special ni... Opps, berapi plak kat belakang tu.. hehe

Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights


Korang mesti kata ala, char kuey teow mana-mana pun sama kan. Tapi yang kat Putra Heights ni bagi aku memang terbaik la char kuey teow dia. Dah la ada sekor ketam segar bertenggek atas pinggan, kat dalam char kuey teow tu ada udang. kerang dan telur mata lagi. Tu yang buat char kuey teow dia bertambah sedap. Nak tau apa yang lagi best??? ha, kalau aku habaq mesti korang tak percaya. Harga sepinggan Char kuey teow ketam special ni hanya RM15 je... berbaloi kan kan. 

Blogger Raya Di Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights
Warong Bahagia Tudia! Char Kuey Teow

Blogger Raya Di Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights
Char Kuey Teow Ketam Special yang menggiurkan

Blogger Raya Di Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights
Pemilik Tudia! Char Kuey Teow - Tuan Ikram Al Banjari

Selain Char kuey teow ketam special, kat Tudia! Char Kuey Teow ni ada jugak jual Char Kuey Teow Biasa, Char Kuey Teow Special Telur Mata dan Char Kuey Teow Special Telur Sotong. Kalau korang nak tengok gambar-gambar Char Kuey Teow yang menggiurkan boleh terjah  kat Instagram mereka @tudiacharkueyteowhq

Blogger Raya Di Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights
Aksi blogger dengan Char Kuey Teow Ketam Special

Kumpulan Sakura Band


Selain dihidangkan dengan makanan yang superb sedap, kumpulan Sakura Band juga ada datang dan sempat mendendangkan 3 buah lagu. Lagu yang mereka nyanyi lagu raya, lagu Pelarian single baru Sakura Band dan lagu ketiga Melepaskanmu (OST BIDADARI Slot LESTARI TV3). Seronok bila dapat kenal artis yang sangat friendly dan sentiasa humble ni. Jadi kita pun rasa selesa kan. Semoga Sakura Band terus sukses tau. Kalau korang nak mengikuti perkembangan atau aktiviti Sakura Band boleh pergi Instagram diorang @sakurabandmy.

Blogger Raya Di Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights
Kumpulan Sakura Band

Blogger Raya Di Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights
Bergambar dengan kumpulan Sakura Band

Reezqi Cinematography


Uikkks, cerita blogger raya ni tak habis lagi tau. Sebenarnya, masa majlis Blogger raya ni hujan turun lebat. Jadi tak dapat la aku nak mengsnap gambar sekitar majlis guna kamera DSLR. Nasib baik ada team Reezqi Cinematography yang gigih mengambil moment-moment kami tengah meratah Char Kuey teow ketam walaupun dalam keadaan hujan lebat. Thanks tau, korang boleh tengok muka kami dan ketam-ketam ni kat Instagram @tudiacharkueyteowhq @reezqicinematography sebab Reezqi Cenematography buat live update kat situ. Kalau korang nak cari photographer ke videographer ke, boleh la ejas2 ngan diorang... hehe





Mereka juga ada buat video sepanjang majlis Blogger raya ni... jom layan....




Sebelum mengakhiri entri ni, sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada haibloggerofficial dan semua yang datang. Walaupun hujan lebat tapi tetap happening. Dah la makan pun sedap. Oh ye, kalau korang nak pergi ke Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights, korang boleh guna waze :

Warong Bahagia Tudia! Char Kuey Teow
Putra Height, Subang Jaya.

Waze : Petron Putra Height (seberang jalan)




Post a Comment

2 Comments

  1. Hi dikbee.. Salam perkenalan jumpa jugak dkt event blogger raya hari tu kan..

    ReplyDelete