Aplikasi Novelplus : Ekosistem Lengkap Untuk Perintis Buat Penulis, Penerbit Indie Dan Pembaca Novel Tegar

11.12.15

Aplikasi Novelplus : Ekosistem Lengkap Untuk Perintis Buat Penulis, Penerbit Indie Dan Pembaca Novel Tegar | NovelPlus menjadi perintis buat penulis Indie dan pembaca novel tegar dengan menawarkan ekosistem yang lengkap, mudah, pantas, kebebasan berkarya dalam penulisan, kolaborasi dan secara terus menyalurkannya kepada berjuta pembaca tegar.


NovelPlus menghapuskan halangan yang wujud daripada teknologi dengan mewujudkan peralatan mudah guna untuk menyiarkan novel menjadikan ia lebih mudah buat penulis untuk kekal fokus dalam penulisan dan meraih pembaca baru, tiada lagi cara lama dalam self-publishing.

Sehingga kini, NovelPlus telah menerbitkan dan mempunyai lebih dari 500 ratus karya yang telah dihasilkan oleh penulis Indie bukan sahaja dari Malaysia bahkan juga dari Indonesia, Singapura dan Brunei, dan semua pengisian yang ada dalam aplikasi saluran kreatif telefon pintar ini boleh dibaca secara percuma oleh pengguna NovelPlus.

“Kami teruja untuk membantu mereka yang gemar menulis serta mengasah kemahiran menulis mereka sambil merapatkan jurang di antara karya mereka dengan pembaca setia. Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga menggalakkan maklum balas dan interaksi di antara pembaca dan penulis melalui perincian ulasan dan perkongsian yang dibangunkan di dalam aplikasi ini,’’ ujar pengasas NovelPlus, Dato’ Lim Thean Keong.

Dengan pelancaran NovelPus, yang boleh didapati di Google Store dan Apple Appstore menerusi pahutan www.novelplus.co, orang ramai boleh menikmati karya-karya indah yang ditulis oleh orang lain seperti mereka, serta lari ke dunia fantasi dan kreatif menerusi karya hebat yang dihasilkan.

“Kami menyedari yang penceritaan adalah bersifat sosial, sehubungan dengan itu NovelPlus memberi ruang kepada pembaca dan penulis untuk berkongsi cerita mereka dengan pantas, serta mengundang orang lain masuk ke alam fantasi ciptaan mereka,” ujar Pengurus Besar NovelPlus, Crystal Lai.

“Menariknya lagi, di NovelPlus sesiapa pun boleh menjadi penulis, tanpa mengira had umur dengan menghantar karya anda di NovelPlus, karya anda secara automatik akan disiarkan secara digital dan setakat ini penulis termuda yang menghantar karya kepada kami berusia 12 tahun,” tambah Crystal lagi.

“NovelPlus adalah satu-satunya aplikasi yang menyiarkan karya berbahasa Melayu secara digital. Aplikasi ini mengandungi sifat kebolehbacaan yang hebat dan pembaca boleh menyelak helaian muka surat sama seperti buku. Tambahan pula, NovelPlus sering menghasilkan novel terbaru yang gempak!” ujar Kieyah, salah seorang penulis popular menerusi karya ‘Aku Bukan Cinderella’, yang boleh didapati di NovelPlus.

Latar belakang NovelPlus


NovelPlus ditubuhkan sebagai inisiatif menggalakkan pembacaaan dan penulisan dikalangan komuniti tempatan. Kami percaya setiap orang mampu menerbitkan, berkongsi dan mengedarkan karya kreatif mereka untuk dibaca oleh pembaca setia. NovelPlus dicipta untuk rakyat Malaysia, yang mempunyai kisah untuk diceritakan. Dengan menghasilkan satu ekosistem penerbitan yang mudah diguna dan menyeluruh, NovelPlus telah membuka dunia penerbitan baru kepada orang ramai yang mempunyai akses internet dan minat mendalam dalam bidang penulisan.

NovelPlus, merupakan sebuah platform indie dan kreatif, yang tidak hanya menyediakan jaringan antara penulis dan pembaca, bahkan ia juga memupuk minat budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia dengan menjadikan ia lebih mudah dan menyeronokkan.

Dilancarkan pada tahun 2015, NovelPlus telah mempunyai lebih dari 500 karya yang boleh diakses lebih dari 11,000 pengguna.




You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe