RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA KUALA LUMPUR

8.1.16

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA KUALA LUMPUR | Eh, sejak bila Restoran Nelayan bertukar jadi Restoran D'saji KL Titiwangsa ni?? Haaaa... nampak sangat la dah lama tak mai sini. Dulu-dulu selalu mai Restoran Nelayan tu makan steamboat. Tak sangka pulak sekarang pihak Felda D'saji Sdn Bhd dah ambil alih sejak Mei 2015 tahun lepas.

Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur

Bagi yang belum mengetahui pasal restoran ni, lokasi dia sangat strategik sebab dalam kawasan Taman Tasik Titiwangsa. Tapi Taman Tasik Titiwangsa tu besar kan, so lebih tepat kat area belakang Istana Budaya tu (rujuk maps kat akhir entri ni). Dengan berkonsepkan 'Restoran Terapung', memang sesuai sangat sebab lokasi dia dalam kawasan taman tasik kan.

Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
Suasana dalam Restoran D'saji KL Titiwangsa

Pakej Makanan Di Restoran D'Saji KL Titiwangsa


Kalau sebut katering dari D'Saji rasanya semua dah maklum kan. Makanan diorang sedap weiiii especially menu makanan melayu ala kampung dia, perrrghhh memang mabeles... Tapi tu la, kena tunggu ada majlis atau keraian baru dapat rasa. Ha, sekarang bila dah ada restoran, anytime boleh pi makan kan.

Kat bawah ni aku share pakej makanan yang ada di Restoran D'Saji KL Titiwangsa. Mana tau nak mai bawak family ke, kawan-kawan ke, officemate ke atau nak dating dengan yang tersayang... ehem ehem.... hehe

Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
Pakej Makanan Di Restoran D'Saji KL Titiwangsa

Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
Menu ala kampung oleh pihak Restoran D'saji KL Titiwangsa

Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
Hidangan buffet di Restoran D'saji KL Titiwangsa

Hidangan Buffet


BUFFET PAGI
  • Masa : 7.30 pagi – 10.00 pagi (Sabtu & Ahad)
  • Harga : RM12+ (dewasa)
  • Menu : Egg Counter (Omelette, Sunny Side Up), Nasi Lemak, Roti Bakar

BUFFET TENGAH HARI
  • Masa : 11.30 pagi – 2.30 petang (setiap hari kecuali Jumaat)
  • Harga : RM 40+ (dewasa)
  • Menu : Masakan Melayu seperti Telur Itik Masak Lemak, Ayam Kalio, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Ayam Masak Lemak Cili Api

BUFFET MAKAN MALAM
  • Masa : 6.30 petang – 10.30 malam (setiap hari)
  • Harga : RM45+ (pemegang mykad) / RM70+ (bukan pemegang mykad)
  • Menu : Lamb with Kuey Teow, Live Counter Pasta, Carving Section Roasted Beef, Steamboat

Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
Antara menu popular Kuey Teow Goreng Kambing

Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
Antara minuman popular di sini

Hidangan A'la Carte


A’LA CARTE
  • Masa : 2.30 petang – 6.30 petang (setiap hari)
  • Menu : Beef Short Rib, Lamb Bone “Gear Box”, Fried Kuey Teow With Lamb

Persembahan Kebudayaan


Lagi satu yang menarik kat sini, ada persembahan kebudayaan setiap hari tau. Satu pentas yang besar disediakan di tengah-tengah kolam untuk tujuan ini. Ada tarian tradisional Melayu, India, Cina dan juga tariaan tradisional masyarakat di Sabah dan Sarawak. Ha, baru la meriah kan. Nak join diorang sekali pun boleh, nak amik gambar dengan diorang pun boleh.

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN
  • Bermula dari 8.00 malam – 9.00 malam setiap hari

Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
Pentas utama

Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
Persembahan kebudayaan

Pakej Perkahwinan Di Restoran D'Saji KL Titiwangsa


Bagi yang ingin mengadakan majlis perkahwinan atau majlis-majlis keraian, kat sini pun ada disediakan ruang dan dewan untuk tujuan tersebut. Jadi korang boleh la booking sekali dengan pakej makanan dari pihak Felda D'saji Sdn Bhd. Kira pakej lengkap perkahwinan la kan. Senang cerita tak payah nak pikir tempat, makanan, hiasan dalaman dan sebagainya. Kat atas ni aku ada share sikit info kalau korang nak buat majlis kat sini. Boleh la korang rujuk untuk buat bajet kan.

PAKEJ PERTUNANGAN
  • Harga : RM5500 untuk 50 orang
  • Tempahan : minimum 50 orang

PAKEJ AKAD NIKAH
  • Harga : RM6000 untuk 50 orang
  • Tempahan : minimum 50 orang
  • Fasiliti : Bilik Persalinan, Surau Berhawa Dingin, Unit RELA Kawalan Lalu Lintas

PAKEJ PERKAHWINAN
  • Harga : Bermula dari RM30/seorang
  • Tempahan : minimum 500 orang
  • Fasiliti : Bilik Persalinan, Surau Berhawa Dingin,Unit RELA Kawalan Lalu Lintas

PAKEJ AQIQAH
  • Harga : RM5000 untuk 50 orang
  • Tempahan : minimum 50 orang

Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
Rafflesia Ballroom

Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
susunan buffet untuk majlis perkahwinan

Lagi satu, kalau korang inginkan kelainan atau gimik untuk majlis perkahwinan korang, Pihak Felda D'saji Sdn Bhd ada jugak menyediakan perkhidmatan kereta kuda atau helikopter untuk pengantin. Perghhhh, confirm gebum-gebum majlis korang nanti. Harga sewa takde la mahal sangat. Ala, lagipun sekali seumur hidup kan... Nanti nak jugak la sewa helikopter masa nak kawin nanti... hehe

Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
Perkhidmatan kereta kuda

Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
Perkhidmatan helikopter

Ok lah, ni ler serba sedikit info pasal Restoran D'Saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur yang baru beroperasi tahun lepas ni. Terima kasih pada pihak Felda D'saji Sdn Bhd sebab sudi share info ni untuk pembaca saya. Kalau korang nak tau selebihnya boleh berhubung sendiri dengan pihak Felda D'saji Sdn Bhd di talian 03-26988302 atau rujuk link kat bawah tu. Lokasi pun aku share sekali kat bawah supaya senang korang nak pi ke sini.


Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur
Lokasi Restoran D'saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur



You Might Also Like

17 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Perghhhh mewahnyaaaa tempat makan. Ena kalau mai KL, memang selalu lepas Taman Tasik Titiwangsa ni. Cuma tak pernah singgah kat area sini. Best pula ena tengok

    ReplyDelete
  2. thank you sharing..menarik..rasanya nanti boleh la try makan dekat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.... Sharing is caring.. Hehe

      Delete
  3. makan ape je haritu sedapnya?oho..tgk buffet lunch pun sampai Rm40++..fuh..leh makan seminggu..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga tu kan untuk buffet, boleh makan macam2 dan boleh tambah kalau tak cukup... Sy kalau makan menu ala kampung Dsaji ni memang menambah... ^_^

      Delete
  4. Replies
    1. tengkiu madi sebab belanjer... ehhhh... ^_^

      Delete
  5. Selalu juga ikut suami joging kat tasik titiwangsa tapi belum try lagi bersarapan atau dinner kat sana, insyaAllah nt try

    ReplyDelete
    Replies
    1. lunch pun ada tau tp bulan puasa ni takde la..hehe

      Delete
  6. Replies
    1. boleh rujuk kat http://dsajikltitiwangsa.blogspot.my/p/blog-page.html atau hubungi mereka

      Delete
  7. Thanks for reviewing this restaurant, I looking for this information and its very useful for me. I will go to Kuala Lumpur next week and I will try this restaurant. Thanks a lot

    ReplyDelete
  8. Kalau nak buat majlis jamuan akhir tahunutk sekolah boleh x kt sini? Dgn siapa saya nak berhubung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak.. utk info lanjut boleh hubungi no ni 03-26988302

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info SEO Reports for dikbee.com
free web site traffic and promotion

Subscribe