TERUJA BERTEMU JOY REVFA PENGASAS MERVE COSMETIC

1.5.16

TERUJA BERTEMU JOY REVFA PENGASAS MERVE COSMETIC | Cantik, lemah lembut, sweet, humble, peramah, sporting dan paling penting suka selfie. Haaa... tak tau macam mana dah aku nak gambarkan pasal beliau ni. Teruja sangat dapat berjumpa dan berkenalan dengan seorang yang hebat macam beliau. Lebih seronok sebab dapat berkongsi mengenai pengalaman beliau dalam dunia kecantikan ni. Sape tak suka cantik kan.. Kalau korang nak tau, beliau lah pengasas kepada produk Merve Cosmetic yang sedang hangat di pasaran sekarang.

Teruja Bertemu Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetic
Cik Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetic

Mungkin ada yang belum kenal akan pemilik produk Merve Comestic tapi kalau korang terjah ke Instagram @mervecosmetic_hq, korang akan nampak 3 info yang menarik. Pertama, mesti korang akan perasan wajah pengantin yang viral baru-baru ni kerana memiliki wajah 3 artis tanahair iaitu Dato Siti Nurhaliza, Neelofa dan Fasha Sandha menghiasi Instagram mereka. Rupa-rupanya mereka juga pengguna setia produk Merve Cosmetic.

Teruja Bertemu Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetic
Pengantin viral yang memiliki 3 wajah artis iaitu Dato Siti Nurhaliza, Neelofa dan Fasha Sandha

Kedua, rupanya beliau ni pernah viral kat page-page famous di Malaysia baru-baru ni gara-gara photoshoot bertemakan alam fantasi ( fairy tales ). Siap naik kuda unicorn tu.. Patut la produk Merve Cosmetic ni pun bertema fairy tales, rupanya pengasasnya sangat meminati tema fairy tales. Orangnya pun cantik macam barbie doll. Comelll sangat.

Teruja Bertemu Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetic
Photoshoot Cik Joy Revfa bertema Fairy Tales

Ketiga, Of course la korang akan nampak muka-muka kami para blogger (bila lagi nak promote blogger kan..haha) yang akan berkongsi cerita dan pengalaman mengenai kehebatan produk Merve Cosmetic ni. Ada Emas Putih, Yaya Natsumi, Mekonie, Neyra Shazeyra, Amir Nawawi, Yazid Izzat, Fauzi Aryaan, Penaberkala, dan Khai Artzfar. Tak ketinggalan juga abam poyak aka Zulhilmi Tempoyak yang menjadi wakil kepada pertemuan ini. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi jemput dan belanja kami makan di Restoran Fullhouse yang bertemakan fairy tales jugak kat Sunway Pyramid. Mesti pening kan dengan gelagat para blogger yang super hapPENING ni.. hahaha... Papepun best lepak kat restoran ni sebab makanan sedap dan dekorasi dalaman dia memang cantik. Rasa nak tido je kat situ, tak mau balik... hahahaha

Teruja Bertemu Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetic
Event Product Merve Review di Fullhouse, Sunway Pyramid

SIAPA PENGASAS MERVE COSMETIC


Ok ok... chuppppp.... aku ni dok membebel 3-4 perenggan tapi aku belum pun kenalkan sape orangnya yang aku dok puji-puji ni kan. Maklum la, teruja sangat dah.. haha... Beliau yang aku maksudkan adalah Cik Joy Revfa iaitu FOUNDER MERVE Cosmetic yang mula membina empayar syarikat sendiri di bawah MERVE Group Holdings Berhad dan MERVE Skin Health Sdn Bhd (Merveilles) pada bulan February 2015 dan mencipta produk Kecantikan & Kesihatan yang bertemakan Fairy Tales. Rasanya ni produk kecantikan pertama kat Malaysia yang mempunyai packaging yang superb cantik. Rasa sayang pulak nak buang kotak dan bekas dia tu.

Teruja Bertemu Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetic
Selfie dengan Cik Joy Revfa

SEORANG WANITA YANG CEKAL DAN TABAH


Agak-agak korang la kan, berapa umur Cik Joy Revfa ni? Cuba teka... cuba teka... 21 tahun?? salah.. 24 tahun?? teeeeettttt.... salah jugak. Sebenarnya Cik Joy ni berumur 29 tahun tau. Tak sangka kan. Awet muda betul Cik Joy ni. Masa dia sebut umur dia, semua ternganga. Ni yang bertambah teruja dan tak sabar nak guna produk Merve Cosmetic ni.

Teruja Bertemu Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetic
Cik Joy Revfa yang sentiasa cantik dan jelita

Tapi dalam pada melihat wajahnya yang ayu dan perwatakan nya yang lembut, rupanya dia seorang yang tabah dan cekal untuk meneruskan kehidupan. Siapa sangka dia adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad Arryan Firdaus. Walaupun terlibat dalam penceraian tapi ini bukan penghalang kepada Cik Joy malah ia menjadikannya sebagai pembangkit semangat untuk berjuang dan menerukan kehidupan bersama orang-orang yang tersayang terutama family dan anaknya. Perghhhh, kagum giler dengan semangatnya. Kalau aku mau down giler-giler.

Teruja Bertemu Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetic
Cik Joy Revfa dan business partner nye En Radz Mohd

Dengan berbekalkan modal yang ada, Cik Joy nekad untuk bangun semula dan menghasilkan produk sendiri bersama seorang business partner yang berpengalaman iaitu Encik Radz Mohd sebagai President MERVE Group, team marketing, staff-staff, stokis-stokis, agent-agent dan dropship-dropship MERVE yang mantap, hebat & penuh komitmen.

MEMPUNYAI BAKAT YANG BESAR DALAM BIDANG KOSMETIK DAN KECANTIKAN


Bila tengok wajah Cik Joy, dalam hati terdetik mesti Cik Joy ni berdarah kacukan. Rupa-rupanya betul tekaan aku. Beliau ni berdarah kacukan Melayu-Indonesia dan kini menetap di Shah Alam, Selangor. No wonder la Cik Joy ni cantik.... Ha, kalau korang nak tau, Cik Joy ni famous amous tau kat Indonesia. Bukan sebab dia ada berdarah kacukan sana, tapi sebab dia ada bakat yang besar dan telah menempa nama kat sana. Dia adalah Filem Makeup Artists di Jakarta Indonesia yang bergiat aktif dalam menghasilkan karya-karya seni untuk pelakon-pelakon hebat Indonesia. Filem terakhir BOX OFFICE yang mana telah mengharumkan nama beliau di dunia Makeup Artists adalah "Habibie & Ainun" dibintangi oleh pelakon terkenal Bunga Citra Lestari dan Reza Rahadian yang telah memenangi banyak award. Wow, hebatnya Cik Joy.. Aku dah tengok beberapa gambar hasil tangan dia. Memang awesome. Eh, Cik Joy ni bukan makeup Artists yang biasa tu tapi yang jenis-jenis artistik sket macam mekap muka jadi tua ke, jadi vampire ke, jadi hantu ke.. ha, mekap jenis tu la.

Teruja Bertemu Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetic
Bakat Cik Joy Revfa dalam bidang solekan

SEORANG USAHAWAN YANG BERJAYA


Kat mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Rupa-rupanya ibunda Cik Joy Revfa sendiri iaitu Puan Sofia Abbas adalah pengasas kepada Akademi Kecantikan Artistik Diyana yang terletak di Shah Alam sejak tahun 1999. Akademi kecantikan ini telah membantu ramai wanita-wanita di luar sana menjadi usahawan kecantikan berjaya. Jasa beliau amat besar dan telah banyak membantu ramai wanita yang tiada punca pendapatan menjadi lebih berkemahiran dan berjaya di dalam dunia perniagaan. Ibunda beliau juga adalah sumber inspirasi kepadanya untuk menghasilkan produk kecantikan dan kosmetik. Seronok kan bila kita membuat sesuatu mendapat sokongan dan restu dari ibu bapa kita. Berkat tau apa yang kita buat tu. Bertuah betul Cik Joy..

Teruja Bertemu Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetic
Cik Joy Revfa seorang usahawan yang berjaya

PRODUK MERVE COSMETIC


Siyesly tak kenal maka tak cinta. Bukan setakat jatuh cinta (oppsss, i'm straight ok ๐Ÿ˜Š ) kagum dengan tuan empunya produk tapi jatuh cinta kat produk tu sendiri. Dah la packaging cantik, result pun superb weii... patut la produk Merve ni laku keras.. Rata-rata pengguna produk ni akan repeat order sebab sangat berpuas hati dengan result dan keberkesanannya. haishhh, tak sabar nak guna dan share testimoni dengan korang semua (so, nantikan next entri khas mengenai testimoni produk Merve ye ). Berikut senarai produk Merve yang ada di pasaran :

Teruja Bertemu Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetic
Produk Merve Cosmetic

  • Minuman Kecantikan & Kesihatan The Beauty Spells iaitu GORGEOUS JUICE
  • MERVE Full Coverage Foundation
  • MERVE Fairy Tears Potion - Multivitamin Primer Serum
  • LIMITED EDITION Fairy Tales Pashmina
  • Compact powder

Teruja Bertemu Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetic
Minuman Kecantikan & Kesihatan The Beauty Spells iaitu GORGEOUS JUICE, MERVE Full Coverage Foundation, MERVE Fairy Tears Potion - Multivitamin Primer Serum

Dalam pertemuan ni, Cik Joy turut berkongsi rasa syukur kerana walaupun produknya baru berada di pasaran selama 8 bulan tetapi produk MERVE Cosmetic telah banyak membantu ramai pengguna yg bermasalah tentang kecantikan luaran dan kesihatan dalaman. MERVE juga telah mempunyai lebih 30 Stokis yg committed dan lebih 1000 Agent dan Dropship seluruh Malaysia termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia. Insyallah dengan komitmen dan kepakaran yang ada, MERVE akan melebarkan sayap ke seluruh pelusuk negeri di Malaysia dan ke peringkat antarabangsa.... yeayy, syabas MERVE. Moga terus sukses tau. Dengar kata tak lama lagi Office HQ Merve Cosmetic akan dibuka di Seksyen 14 Shah Alam. Mesti cantikkan. Maklumla, semuanya ikut citarasa Cik Joy. Papepun, all the best Cik Joy & Team Merve. Tazzabarrrrr rasanya... Eh, terlebih excited plak..hikhik

Teruja Bertemu Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetic
Geng blogger bersama Pengasas Merve Cosmetic

IKLAN

SEKIRANYA berminat untuk sertai MERVE sebagai STOCKIST PARTNERS
boleh hubungi 012 373 8787 segera

INFO PENTING


Instagram pengasas MERVE : @joyrevfa

Link official page MERVE Cosmetic Malaysia :

Manufactured by :
MERVE Group Holdings Berhad
( 1167228 T )

Distributed by :
MERVE Skin Health Sdn Bhd
( 1173249 P )

Alamat / Address :
B-G-5 Vista Alam, Jalan Ikhtisas,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia

Telefon / Hotline : +601123650600 / ‪+60123738787‬

Instagram : @mervecosmetic_hq
Email : mervemalaysia@gmail.com

You Might Also Like

5 ♥ Surat Cinta ♥

  1. SALAM & HAI GORGEOUS..!!๐Ÿ˜

    ๐Ÿ’‹AUTHORIZED STOKIS HERE๐Ÿ’‹

    Saya mencari anda yang ingin menjana pendapatan & keluar dari ZON SELESA anda. Menjadi lebih berjaya dengan pendapatan lumayan setiap bulan dengan MERVE.

    Anda seorang,
    ๐Ÿ‘‰๐ŸปSuri rumah
    ๐Ÿ‘‰๐ŸปPelajar
    ๐Ÿ‘‰๐ŸปIngin menambah pendapatan

    Sertai kami sekarang, bimbingan akan diberikan..๐Ÿ˜๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

    Nak jadi agen kami? Jom meROKET ๐Ÿš€๐Ÿš€๐Ÿš€ dengan #teamSHA026..!!

    ๐Ÿ“ฒ011-12440267 (Sha)
    ๐Ÿ“ฒ011-12440267 (Sha)
    ๐Ÿ“ฒ011-12440267 (Sha)


    #borntobeat
    #nevergiveup
    #fighting
    =========================

    Untuk pembelian, anda BOLEH hubungi agen/dropship terdekat dengan anda. Agen/dropship kami sedia membantu ๐Ÿ˜

    ๐Ÿ”บAGEN๐Ÿ”บ
    NURUL NADIAH NORAMZAH | MS026 001AG
    018-3714364 | GOMBAK

    ZUE ALAM | MS026 002AG
    013-2007726 | SEMENYIH

    SITI AMINAH ABDUL WAHAB | MS026 003AG
    017-8810960 | KAJANG

    FATIMAH MD SOM | MS026 004AG
    012-2221169 | SHAH ALAM

    NOR DIYANA AHMAD | MS026 005AG
    012-6993264 | AMPANG

    NURAIN ZAHRI | MS026 006AG
    019-5959395 | KLANG

    IBYHASLINDA IBRAHIM | MS026 007AG
    019-3079200 | SEMENYIH

    MASHILA MD SOM | MS026 008AG
    018-2297633 | KG BHARU

    EMY ROSHAIDA AHMAD | MS026 009AG
    012-6449409 | SG BESI

    NORHAYATI MOKHTAR | MS026 010AG
    019-2699732 | BANGI

    NORAZLEIZA KAMESAR | MS026 011AG
    018-3555156 | GOMBAK

    ๐Ÿ”บDROPSHIP๐Ÿ”บ

    NUR DHIYA MOHKTAR | MS026 289DS
    013-9251391 | KUANTAN

    Nurul Nadiah Abd Aziz | MS026 291DS
    016-4987412 | KULIM

    KATTLYN USUN LAI | MS026 299DS
    011-10556570 | KOTA TINGGI

    NOOR HAZAIDA ABDUL RAHMAN | MS026 310DS
    019-2755616 | PETALING JAYA

    AISHAH MAJID | MS026 320DS
    019-6801585 | KLEBANG

    SITI NURNATASHA ZULAIKA SUKOR | MS026 321DS
    017-6420632 | SUBANG JAYA

    NORAFIZAH | MS026 329DS
    013-9277512 | Terengganu

    AZALIN ABDUL | MS026 340DS
    018-6641409 | Pel. Klang

    NUR AIN SHAFIQAH | MS026 342DS
    011-26207542 | KAJANG

    NURUL AMALINA | MS026 346DS
    017-7100199 | SHAH ALAM


    ๐Ÿš—๐Ÿš— COD KL Area, Kg Bharu, KLCC, Gombak, Wangsa Maju, Keramat, Selayang, Ampang, Kajang, Bangi, Semenyih, Shah Alam, Puchong, Nilai, Putrajaya, Klang, Port Klang, Sg Besi, Pandan.

    ๐Ÿš—๐Ÿš— POS SELURUH MALAYSIA.

    ReplyDelete
  2. Di umur 29 tahun Cik Joy dah jadi pengasas Merve Cosmetic. Ikon usahawan bermotavasi untuk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan.. kagum dengan semangat beliau

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info SEO Reports for dikbee.com
free web site traffic and promotion

Subscribe