SIAPA JUARA SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016

7.10.16

SIAPA JUARA SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 | Assalamualaikum semua... Ada tak peminat Super Spontan Superstar 2016 kat sini?? Kalau ada sila angkat tiaqqq.. tapi jangan lama-lama, kang bau ashemmm plak.. hahaahhaa... haaa.. kan dah tersampuk lawak #superspontansuperstar dah. Almaklum la, cheq dah merasa tengok secara live di Panggung Percubaan UPM minggu lepas untuk Minggu Separuh Akhir Super Spontan Superstar 2016. Tu yang terbawak balik mak esah gelak berbahak-bahak ni. hahahahahah.... *gelak lagi ^_^

Siapa Juara Super Spontan SUPERSTAR 2016
Pentas Super Spontan Superstar 2016

Gamat??? tok sah cita la... bergema-gema dewan tu dengan gelak ketawa para penonton. Happening weiii.... Mana taknya, aksi spontan yang ditunjukkan para peserta memang gila-gila dan kelakar. Korang tau-tau je la perangai Johan, Achey, Abam dan yang lain-lain. Sampai terbatuk-batuk aku menahan gelak. Nasib baik ramai orang, kalau tak aku dah buat aksi gelak guling-guling dah... hehe

Siapa Juara Super Spontan SUPERSTAR 2016
Tiket Minggu Separuh Akhir Super Spontan Superstar 2016

Sebenarnya Rancangan Super Spontan Superstar 2016 ni dah 9 minggu dah bermula 5 Ogos 2016 yang lalu. Ia merupakan sebuah Program Realiti atau permainan secara improvisasi yang ditayangkan di Astro Warna (channel 132) dan Mustika HD (Channel 134). Pengacara untuk Super Spontan Superstar 2016 ialah Dato' AC Mizal, pengacara iringan Amir Raja Lawak, pengulas Aflin Shauki dan Pengulas Jemputan Erra Fazira. *cantiknya Erra malam tu... 

Siapa Juara Super Spontan SUPERSTAR 2016
Dato' AC Mizal, Aflin Shauki dan Erra Fazira

Ok, untuk Minggu Separuh Akhir ni masih lagi bertarung dalam kumpulan iaitu Kumpulan Monyet Mafia dan Kumpulan Harimau Hipster. Kedua-dua kumpulan ni akan membuat aksi lawak secara spontan mengikut segmen dan tema yang diberikan. Antaranya segmen yang mereka kena buat ialah : 

  • Segmen Sketsa Dua Ayat
  • Segmen Duduk Bongkok Berdiri 
  • Segmen Berabjad Terbalik
  • Segmen Cerita Atas Lantai                                                                                                                             

Siapa Juara Super Spontan SUPERSTAR 2016
Monyet Mafia kena denda cabut bulu kaki

Ha, ni la muka-muka peserta yang berentap untuk Minggu Separuh Akhir ni. Sebagai permulaan, Kumpulan yang kalah minggu lepas dikenakan denda iaitu kena cabut bulu kaki. Nampaknya Kumpulan Monyet Mafia la yang kena. Seronok Ozlyn dapat cabut bulu kaki Johan. Altimet plak macam takde perasaan bila orang cabut bulu kaki dia.. Tak sakit ke ??? Berikut senarai penuh Ahli Kumpulan yang tinggal untuk Minggu Separuh Akhir ni :

Kumpulan Monyet Mafia
Kumpulan Harimau Hipster
 Johan (Kapten Pasukan) Tauke (Kapten Pasukan)
 Achey (Penolong Kapten) Abam (Penolong Kapten)
 Ali Puteh (tersingkir) Syuk (tersingkir)
 Altimet Ozlyn 
 Kamal Adli Jamal (tersingkir)
 Amyza Adnan (tersingkir) Waris (tersingkir)
 Zukiee (tersingkir) Zulin Aziz (tersingkir)
 Julia Ziegler (tersingkir) Fad

Format program ni pulak mana-mana kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta dari kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disalurkan kepada selebriti veteran atau pihak yang memerlukan bantuan kewangan. Minggu ini Kumpulan Harimau Hipster menang dan menyerahkan wang kemenangan kepada seorang pelakon veteran iaitu Roslan Salleh. Tahniah Harimau Hipster..

Siapa Juara Super Spontan SUPERSTAR 2016
Kumpulan Harimau Hipster Juara Minggu Separuh Akhir

Siapa Juara Super Spontan SUPERSTAR 2016
Wang kemenangan diserah kepada artis veteran Roslan Salleh

Untuk penyingkiran pula, Minggu Separuh Akhir Super Spontan Superstar 2016 ni ada kejutan rupanya di mana 2 peserta telah tersingkir iaitu Altimet dan Kamal Adli. Sepatutnya Achey yang terkeluar tetapi Fad yang mendapat kalung imuniti minggu ni telah menggunakannya untuk menyelamatkan Achey dari tersingkir. Mesti ramai yang tak puas hati bila Kamal Adli tersingkir tapi nak buat macam mana kannn... Adat pertandingan...

Siapa Juara Super Spontan SUPERSTAR 2016
Wira dan Wirawati Negara

Malam tu juga ada jemputan istimewa iaitu wira dan wirawati negara yang telah mengharumkan nama negara di temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil. Tahniah Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (emas acara 100m), Muhammad Ziyad Zolkefli (emas acara lontar peluru), Abdul Latif Romly (emas acara lompat jauh) dan Siti Noor Radiah Ismail (gangsa acara lompat jauh). Yang hujung tu pulak pemenang pingat emas untuk acara makan.. haha

Siapa Juara Super Spontan SUPERSTAR 2016
Peserta akhir Super Spontan Superstar 2016

Ini la wajah-wajah peserta Super Spontan Superstar 2016 yang akan berentap di peringkat akhir malam ni (7 Oktober 2016). Ada Johan, Ozlyn, Abam, Fad, Achey dan Tauke. Untuk peringkat akhir ni mereka akan diundi secara individu, bukan lagi secara berkumpulan. Agak-agak korang la kan, siapa juara Super Spontan Superstar 2016 yang bakal membawa pulang hadiah seperti berikut :

HADIAH SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 :
  • Juara – hadiah wang tunai RM100,000
  • Naib juara – RM50,000
  • Tempat ketiga – RM25,000
  • Tempat keempat – RM5,000
  • Kelima – RM5,000
  • Keenam – RM5,000

So, sila la undi peserta pilihan korang ye. Cara-cara untuk mengundi boleh rujuk kat bawah ni :

Siapa Juara Super Spontan SUPERSTAR 2016
Cara-cara untuk mengundi bakal Juara Super Spontan Superstar 2016

UNDIAN ONLINE SUPER SPONTAN SUPERSTAR :
  • Anda boleh mengundi secara online menggunakan Akaun Facebook anda
  • Anda boleh menghantar undian anda di www.superspontansuperstar.com.my
  • Setiap undian yang dihantar adalah bersamaan 5 undi
  • Hanya satu undian boleh dihantar setiap hari melalui satu akaun Facebook.

UNDIAN SMS SUPER SPONTAN SUPERSTAR :
  • SMS: Taip SS<jarak>Nama Peserta atau SS<3/5/10/20><jarak>Nama Peserta untuk 3/5/10/20 undian ke 32777
  • Contoh: SS10 ABAM ke 32777
  • Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
  • Syarat & Terma tertakluk di www.superspontansuperstar.com.my

Siapa Juara Super Spontan SUPERSTAR 2016
Pembelian tiket Super Spontan Superstar 2016

Bagi yang ingin menyaksikan secara live peringkat akhir Super Spontan Superstar 2016 dan merasai sendiri suasana gegak gempita dan bergelak sakan sampai pengsan di  Dewan Besar, Pusat Kebudayaan & Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) boleh la melayari www.ticketpro.com.my untuk membeli tiket. Harga tiket hanya RM45 sahaja. Berikut adalah peraturan untuk menyaksikan peringkat akhir Super Spontan Superstar 2016 nanti :

*Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah TIDAK DIBENARKAN masuk.
*Berpakaian kemas dan berkasut. Seluar pendek dan selipar TIDAK DIBENARKAN masuk.
*Pintu DIBUKA jam 8.00 malam dan DITUTUP jam 9.15 malam.

Kalau tak berkesempatan ke UPM, jangan risau. Rancangan ini ditayangkan serentak secara live menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134). So, jangan lepaskan peluang untuk tonton #SuperSpontanSuperstar Akhir 2016 dan support peserta pilihan korang.. Sape-sape yang pergi UPM tu, kita jumpa nanti ye... adios




You Might Also Like

7 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe