TEMPAT MAKAN SEDAP DI SAUJANA UTAMA SUNGAI BULOH

9.12.16

TEMPAT MAKAN SEDAP DI SAUJANA UTAMA SUNGAI BULOH | Assalamualaikum semua..... Selalu kalau lepak mesti kat area Cheras sebab majoriti kengkawan duduk kat sini. Tapi ada satu hari tu si Uzu @ Emas Putih ni pi ajak lepak kat Saujana Utama, Sungai Buloh. Katanya nak rekemen satu tempat makan yang ada gerai Char Kuey Teow best dan sedap kat sana. So, memandangkan kami ni memang jenis suka mencuba, kami pun car pool 🚗 ke sana. Jauh ?? memang jauh tapi sebab kebetulan masa tu ada event kat Shah Alam, so ok la nak ke sana. 

Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh
Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh

Kami pi berempat iaitu aku, Uzu [www.kisahemasputih.com], Moka [www.penaberkala.com] dan Madi [www.mawardiyunus.com]. Mudah jugak nak cari tempat tu. Kalau guna waze boleh cari "Ayamas Saujana Utama". Tempat makan ni just depan Ayamas tu je. Tepi tu pun ada Petronas, so mudah nak cari. Kalau ikutkan nama tempat ni orang sana panggil Lepark Port SU. Masa kami sampai tu, ramai jugak orang lepak kat situ. Tak sabar nak rasa apa yang special kat sini.

Char Kuey Teow by Faeez Taste 


Ha, sampai je kat sini masing-masing kelaparan. Apa lagi, kami pun laju je la mengorder dekat gerai char kuey toew. Memandangkan kat gerai ni ada jugak jual mee goreng dan nasi goreng, so kami order lain-lain supaya boleh rasa semua. Kira share-share rasa la sedap ke tidak kan. 


Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh
char kuey teow leleh

Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh
mee goreng udang

Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh
nasi goreng udang

Ha, ni la rupa menu yang kami order iaitu char kuey teow leleh, mee goreng udang dan nasi goreng udang. First impression, wow udang nampak fresh dan kaler untuk ketiga-tiga menu ni nampak gelap which is memang favourite aku kalau goreng gini. Makin banyak kicap makin aku suka.. hihi. Aku kurang gemar jenis goreng-goreng yang kaler oren tu. Ok, skang kita rasa pulak... perghhhh memang sedap weiii.. bukan nak puji sesaje tau tapi berbaloi lah datang jauh-jauh. Uzu sampai menambah char kuey teow tu. So apa lagi, kami pun panggil la owner sebab nak tau apa rahsia makanan dia ni sedap...

Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh
Gerai Char Kuey Teow by Faeez Taste 

Ha, ni la owner Char kuey toew leleh ataupun orang sini kalau order sebut "Leleh" je iaitu En Faiz Ayob. Orangnya masih muda tau tapi terror masak char kuey teow. Beliau juga ada menghasilkan perencah char kuey teow yang diberi jenama Faeez Taste. Katanya, semua menu yang kami makan tadi menggunakan perencah tersebut. Oooo... patut la sedap. Itu rahsianya ye.. bagus juga perencah char kuey teow ni sebab serbaguna. Boleh la beli untuk masak-masak kat rumah kan. Lagi satu, kat sini selalu ada promosi khas untuk pelanggan. Contohnya, pelanggan ke-50 dapat makan percuma. Kira macam kejutan untuk pelanggan la. Kalau nak tau, korang kena la selalu stalk FB page kueyteowleleh.

Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh
Owner Char Kuey Teow by Faeez Taste - En Faiz Ayob

Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh
perencah char kuey teow yang diberi jenama Faeez Taste

Enak Chicken Chop & Western Grill

Kalau ikut hati, nak je order satu lagi menu kat gerai Char Kuey Teow by Faeez Taste tapi Uzu cakap kita kena cuba satu lagi menu kat gerai sebelah. Gerai sebelah ni namanya Enak Chicken Chop & Western Grill. Dengar kata Chicken Chop kat sini sedap. So, kita order la satu sebab katanya ini yang last. Aik, cepat benau abis. Mesti sedap ni.

Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh
Enak Cheezy BBQ Fried Chicken

Ha, ni la chicken chop yang digembar gemburkan sedap tu. Namanya menu ni sebenarnya Enak Cheezy BBQ Fried Chicken. Tudia siap ada cheese uolss... Memang special ni. Masa potong isi ayam tu, isinya lembut je. Bila masuk ke mulut, perghhh sedap giler rasa dia. Lebih sedap bila cicah dengan sos BBQ yang dibuat sendiri. Memang lain la rasa chicken chop kat sini. Tak sama macam yang pernah aku makan sebelum ni. Patut la cepat habis, laku keras uolsss.... Harga dia pun tak la mahal cuma RM10 sahaja untuk Chicken chop yang sedap ni.

Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh
Enak Chicken Chop & Western Grill

Dah rasa kesedapan chicken chop ni, kita berkenalan pulak dengan owner Enak Chicken Chop & Western Grill iaitu Abang Izzat. Ha, korang jangan tak caya tau kalau aku cakap abang ni adalah abang askar. Terbaekkk 👍👍 la abang kapten. Tabikkkk... #abangkaptenILoveyourchickenchop 😍😍

Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh
owner Enak Chicken Chop & Western Grill iaitu Abang Izzat

Tengah sibuk-sibuk interview abang kapten, datang seorang adik nak ambik makanan dia. Aku pun tanya la adik tu pendapat dia pasal menu kat Enak Chicken Chop & Western Grill. Adik ni cakap makanan kat sini memang the best in town la. Rupanya adik ni regular customer kat sini. Patut la order pakai whatapps je, dah biasa rupanya.

Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh
terbaik la western  kat sini

Kedai Minuman D'Manis

Ok, dah cita pasal makan, mesti la ada minum jugak kan. Disebabkan haus, order sampai dua air. Satu fresh orange satu lagi tropikal punch. Tropikal punch ni special sebab ada buah kiwi. Actually ada banyak air boleh order kat kedai kakak ni termasuk air buah-buahan. Lega tekak dapat minum air yang sedap.

Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh
fresh orange satu lagi tropikal punch

Lokasi tempat makan Lepark Port SU Saujana Utama, Sungai Buloh ni memang strategik. Kawasan dia pun lapang dan tempat parking pun mudah. Walaupun kawasan ni adalah terbuka, tapi jangan risau kalau hujan sebab mereka ada khemah yang besar dan dipasang bila cuaca kurang baik. Pasal makanan pulak memang sedap.. hakak bagi lima bintang 🌟🌟🌟🌟🌟

Tempat Makan Sedap Di Saujana Utama Sungai Buloh
tempat lepak atau tempat makan best dan sedap

So kepada warga Sungai Buloh dan kawasan sekitar, kalau nak cari tempat lepak atau tempat makan best dan sedap, boleh la datang ke Lepark Port SU Saujana Utama, Sungai Buloh ni. Pastu, jangan lupa sharekan pengalaman korang makan kat sini di sosial media tau... adios

Alamat :
Lepark Port SU (Saujana Utama)
Tapak Penjaja Zon B MDKS,
Jln Elmina 1, Saujana Utama,
Sungai Buloh, Selangor.
(Berhadapan Ayamas dan bersebelahan Petronas)



You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe