MELAWAT TEMPAT MENARIK DI JOHOR BAHRU DAN SINGAPURA DENGAN CAUSEWAY LINK

1.4.17

MELAWAT TEMPAT MENARIK DI JOHOR BAHRU DAN SINGAPURA DENGAN CAUSEWAY LINK | Assalamualaikum semua... sebenarnya dah lama aku teringin nak pergi ke beberapa tempat menarik di Johor seperti Legoland, Angry Bird Activity Park, Hello Kitty Town, Johor Premium Outlet dan lain-lain. Hari tu ada jugak ke Singapore tapi tak sempat singgah ke sana. Jadinya bila dapat jemputan dari Causeway Link, rasa happy sangat....

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link

Perkhimatan terbaru yang diperkenalkan oleh Causeway Link ni dipanggil Travel Buss Pass dimana kita hanya perlu membeli tiket sekali sahaja. Nanti kita akan diberi kad Travel Buss Pass yang boleh digunakan berulang-ulang kali (Unlimited). Bagus juga ada perkhidmatan macam ni kan. Kat oversea memang dah ada sistem macam ni. Sangat mudah nak jenjalan kan.

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Travel Buss Pass

Tujuan Trip kami kali ni adalah untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan Travel Buss Pass untuk melawat tempat-tempat menarik di Johor Bahru. Singapura kena pi lain time la.. hehe. Walaupun dari Kuala Lumpur, jangan risau. Pihak Causeway Link dah bekerjasama dengan pihak Swiss-Garden Hotel, Bukit Bintang Kuala Lumpur sebagai tempat untuk pick up pelanggan dari Kuala Lumpur. Bas Causeway Link Express akan bertolak dari Swiss-Garden Hotel pada pukul 7.00 pagi dan perjalanan ke Johor akan mengambil masa 4-5 jam.

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Perkhidmatan Causeway Link Express

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
New Pick up point di Swiss-Garden Hotel, Bukit Bintang Kuala Lumpur

Kami tiba di Johor Bahru dalam pukul 12 tengah hari. Bas Causeway Link Express ni berhenti di Legoland Malaysia Resort. Dari sini, kami bertukar bas dan menggunakan perkhidmatan Bas Causeway Link pula untuk ke lokasi-lokasi menarik di Johor Bahru.

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Perkhidmatan Causeway Link untuk Sekitar Johor Bahru

Trip kami walaupun hanya untuk 2 hari, tapi kami memang sempat ke beberapa lokasi menarik di Johor. Berikut lokasi yang kami singgah sepanjang berada di sana.


1. Legoland Malaysia Resort, Johor Bahru (JB)


Happynya dapat jejak kaki ke Legoland Malaysia Resort ni. Dah lama mengidam nak datang sini. Ye la, bila tengok kawan-kawan pergi ke Legoland macam best je. Lagipun tempat ni cantik dan kreatif. Tak dapat bayangkan macam mana tempat ni dibina sebab kebanyakan binaan dibina dari cebisan lego. Respek weiiii. Masa kat sini, sempat merasa naik Ninja Go Ride, sampai 2 kali kami naik sebab best woooo... hehe

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Legoland Malaysia Resort, Johor Bahru (JB)

HARGA TIKET :


2. Sanrio Hello Kitty dan Thomas Town, Johor Bahru (JB)


Alahai comelnya tempat yang bertemakan Sanrio Hello Kitty dan Thomas Town ni. Semua yang ada kat sini kiut miut belaka tambah-tambah kat Sanrio Hello Kitty. Dah la serba pinky kan. Jangan kata kanak-kanak, mak budak pun suka dan minat dengan Hello Kitty. Kalau Hello Kitty untuk kanak-kanak perempuan, Thomas Town pulak untuk kanak-kanak lelaki. Selain persembahan karektor kegemaran kanak-kanak ni, pelbagai aktiviti menarik juga ada dijalankan kat sini. Contohnya, buat paper bag dan button badge.

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Sanrio Hello Kitty, Johor Bahru (JB)

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Thomas Town, Johor Bahru (JB)

HARGA TIKET :

SANRIO HELLO KITTY TOWN

THOMAS TOWN +
OTHER CHARACTERS

3. Angry Bird Activity Park, KOMTAR JBCC


Sape pernah main game angry birds ? Tau tak kat Johor Bahru ada satu tempat permainan bertemakan Angry Bird ? Sebelum ni aku tak tau pun ada tempat ni. Tapi since ia salah satu lokasi yang kami pergi, merasa jugak aku datang ke sini. Ada pelbagai permainan ada kat sini. Seronok kami main sampai tak sedar masa berlalu.

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Angry Bird Activity Park, KOMTAR JBCC

HARGA TIKET :


4. Johor Premium Outlet (JPO)


Orang kata kalau mai Johor ni kena la singgah kat Johor Premium Outlet. Ya, it's shopping time... Kalau bab shopping, semua muka happy je. Masing-masing tak sabar nak memborong la tu.. Tapi aku tak beli pape pun. Maklum la, cek ni penganggur terhormat. So, kena la berjimat cermat.. huhu

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Johor Premium Outlet (JPO)

Website :

Ini hanyalah Itinerary untuk Trip kami aje. Sebenarnya banyak lagi lokasi yang boleh dituju dengan menggunakan Travel Bus Pass ni. Setakat ni sebanyak 16 laluan disediakan dengan 31 lokasi strategik di Johor Bharu dan Singapura bagi membantu memudahkan perjalanan para pelancong. Singpura pun boleh?? Jawapannya YA. Travel Bus Pass juga ada menyediakan laluan ke Singapura. Amacammmm??? best kan.

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Travel Bus Pass

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Media Farm Trip 2017 Dinner

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Media Farm Trip 2017 Dinner

Dok cerita pasal Pakej Travel Bus Pass aje kan, mesti korang tertanya-tanya berapa harga dia. Ada dua pakej yang disediakan iaitu untuk 2 hari ataupun 3 hari. Jangka hayat (validity) kad pula adalah selama 6 bulan. Maksudnya kalau tak guna dalam tempoh tu, kad akan expired la. Buat masa sekarang ni ada promosi juga tau. Korang boleh rujuk kat bawah ni :

a. Introductory Product Promotion of Travel Bus Pass:
1. RM46 for 2-days Travel Bus Pass (original price is RM55)
2. RM66 for 3-days Travel Bus Pass (original price is RM80)

b. Bundled Packaged with Causeway Link Direct Coach Service (RM57 for one way)
1. RM114 (with return ticket) + RM 15 additional charge for 2-days Travel Bus Pass
2. RM114 (with return ticket) + RM 20 additional charge for 3-days Travel Bus Pass

Kat mana nak beli tiket ni ? ha, korang boleh beli di beberapa lokasi. Sila rujuk bawah ni :

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Kaunter Causeway Link

Untuk tiket dari Kuala Lumpur (Causeway Link Express) :
✔ TBS Counter
✔ Larkin Bus Terminal Counter
✔ Authorised Travel Agent
✔ Causeway Link Website

Untuk Tiket di Johor Bahru & Singapura (Causeway Link) :
✔ Nusa Bestari - Giant Ground Floor
✔ Nusa Perintis
✔ JB Sentral -Ground Floor
✔ GP Sentral -UG 2/3
✔ KSL Counter - Main Entrance
✔ Larkin Counter
✔ Mall of Medini
✔ CIQ 1st link

Singapura :
✔ IMM Building Jurong East (Level 2-62)

Website :

Melawat Tempat Menarik Di Johor Dan Singapura Dengan Causeway Link
Seronok dapat melawat tempat menarik di Johor Bahru

Seronok weii bila ada perkhidmatan macam ni. Senang untuk korang bawak family especially kanak-kanak untuk melawat tempat menarik di Johor dan Singapura. Thank you Causeway Link. Takde istilah penat nak drive jadi lepas ni tiada alasan lagi untuk pergi jenjalan ke Johor... yeayyy.. ...



You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe