JOM UNDI UNTUK JJCM MAKAN AWARDS

JOM UNDI UNTUK JJCM MAKAN AWARDS | Assalamualaikum semua... Sape tengok rancangan Jalan Jalan Cari Makan ? Ha, harus la tengok tapi kalau tak keluar ke mana-mana la. Maklum la, hujung minggu memang selalu tak de kat rumah. Ada event la, ada jemputan kenduri la. Busy memanjang je. Haha, macam la busy sesangat. Padahal, acah je tu. Selalu kalau termiss tengok pun tak pe sebab kan dah download aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dah kat phone. Senang nak cari tempat makan. Lagipun restoran-restoran yang pernah muncul di TV ada juga kat dalam apps tu. Siap ada review dari pelanggan lagi. Terbaik la...

Jom Undi Untuk JJCM Makan Awards
Jom Undi Untuk JJCM Makan Awards

Baru-baru ni buka aplikasi JJCM, rupa-rupanya ada undian untuk "JJCM Makan Awards". Katanya penganjuran anugerah ini bertujuan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia khususnya geng kaki makan untuk mengiktiraf tempat makan kegemaran mereka di sekitar Lembah Klang. Ha, time ni la nak promote restoran favourite memasing kan. Orang kata sharing is caring. Betul tak?

Jom Undi Untuk JJCM Makan Awards
Masanya untuk calonkan restoran pilihan untuk JJCM Makan Awards

Untuk JJCM Makan Awards ni, ada 7 kategori yang dipertandingkan mengikut tema menu makanan yang popular di Malaysia. Setakat ni untuks setiap kategori dah ada beberapa pencalonan awal yang disenarai pendek. Sape yang masukkan pencalonan awal tu? Dah tentu la pengguna aplikasi Jalan Jalan Cari Makan. 7 kategori tu adalah :

Nasi Lemak Popular
  • Nasi Lemak Bumbung
  • Village Park
  • Nasi Lemak Tanglin
  • Nasi Lemak Antarabangsa
  • Nasi Lemak Famous

Kuey Teow Basah Popular
  • Mali's Corner
  • Mamu Penang Char Kuey Teow
  • Mie Cord Char Kuey Teow
  • Sany Char Kuey Teow

Sate Popular
  • Sate Kajang hj Samuri
  • Willy Satay
  • Satay Zainah Ismail
  • Hj Senen Satay
  • Zaini Satay

Cendol & Rojak Popular
  • Cendol SS15 Subang
  • Rojak & Cendol Din
  • Rojak Bellamy
  • Rojak & Cendol Shah Alam
  • Sulaiman's Famous Cendol & Rojak

Ikan Bakar Popular
  • Sambal Hijau
  • Kak Jat Ikan Bakar @ Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy
  • Ikan Bakar Pak Din @ Medan Selera Tanglin
  • Restoran Ikan Bakar FEND
  • Restoran Arang Ikan Bakar

Burger Kaki Lima Popular
  • Brader John Burger
  • OM Burger
  • Yazid Burger
  • Tajima Burger Bangi
  • The Burger Shop

Nasi Kandar Popular
  • Zainul Nasi Kandar
  • Mohd Yaseem Nasi Kandar
  • Restoran Kudu bin Abdul
  • Suberi Nasi Kandar
  • Restoran Ibramsha Nasi Kandar

Tengok kategori dah terbayang dah restoran apa yang nak diundi. hehe.. Tapi tu la, setiap orang ada pilihan masing-masing kan. So, untuk menjadikan keputusan pemenang lebih adil, pemilihan pemenang ditentukan dengan format pemarkahan 50% undian rakyat Malaysia manakala 50 % lagi dari juri profesional. Sape Juri tu? Setakat ni masih rahsia katanya tapi someone yang memang tersohor dalam bidang kulinari tempatan. So, tunggu je la diumumkan nanti ekk..

Jom Undi Untuk JJCM Makan Awards
Julung-julung kalinya Anugerah "JJCM Makan Awards"

Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang trofi ekslusif  JJCM Makan Awards dan juga wang tunai.Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis kemuncak bulan Disember nanti. Wah, sape la yang menang agak-agaknya. Semoga makin mencurah-curah la rezeki pada restoran yang terpilih. Kita ni hanya membantu je. kannn.. Jadi marilah kita mengundi untuk  JJCM Makan Awards.

Jom Undi Untuk JJCM Makan Awards
Jangan lupa undi tau

So, sape-sape yang nak mengundi boleh buka laman web www.jalanjalancarimakan.com.my dan klik undi. Tempoh undi adalah dari 1 November 2017 hingga 24 November 2017. Bagi yang belum menggunakan aplikasi JJCM pula, korang boleh download dari Google Play Store dan juga Apple Store. Kalau nak tau lebih lanjut pasal apps ni, korang boleh baca entri aku yang lepas kat sini :




Post a Comment

2 Comments

  1. kak, terima kasih di atas senarai gerai2 makan sy akn cubanya.

    ReplyDelete
  2. I found Hubwit as a transparent s ite, a social hub which is a conglomerate of Buyers and Sellers who are ready to offer online digital consultancy at decent cost.
    digital marketing malaysia

    ReplyDelete