JOM #DISCOVERKENINGAU SEMPENA TAHUN MELAWAT KENINGAU 2018 | Assalamualaikum semua.. Baru-baru ni masa aku pergi ke persembahan teater dramatari Latana The Bobohizan di Auditorium Experimen ASWARA, aku tertarik dengan kebudayaan mereka. Persembahan ini adalah bertujuan untuk membantu usaha dalam mempromosikan produk kebudayaan Negeri Sabah khususnya Kadazandusun sekaligus menyambut Tahun Melawat Keningau 2018.
Sejurus habis persembahan, telah berlangsung Majlis Pelancaran Visit Keningau Year 2018 peringkat Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Keningau, Tuan Haji Yusop Bin Haji Osman. Beliau juga turut mengalu-alukan kehadiran pengunjung dari semenanjung ke sana untuk melihat sendiri keindahan bumi Keningau.
Mungkin nama Keningau masih belum menjadi destinasi pilihan para pelancong ke Sabah seperti Kota Kinabalu, Tawau, Semporna tapi jangan terkejut tau kalau aku katakan yang Keningau mempunyai sesuatu yang berharga untuk dilawati. Iyee wakk.. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sendiri telah mengisytiharkan 2018 sebagai 'Tahun Melawat Keningau' dengan membawa slogan 'Permata di Pedalaman Utara Borneo'.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KENINGAU
Sejujurnya sebelum ni aku pun tidak begitu mengenali Keningau. Tapi sejak menonton Filem Tombiruo, baru la aku tau serba sedikit mengenai daerah ini. Keningau merupakan sebuah daerah yang besar dan kaya dengan alam semulajadi kerana lokasinya yang berada di jajaran Banjaran Crocker. Di daerah Keningau terdapat banyak kawasan yang boleh dilawati seperti :
TEMPAT BERSEJARAH
✔ The Oath Stone
✔ Muzium Warisan Keningau
✔ Ansip Ferry Memorial Park
✔ World War 2 Memorial Park
✔ Japan Surrender Point -Kg.Nuntunan
✔ Rumah Besar OKK Sedomon
✔ Galeri Batu Unik Rohaimin -Kg.Baginda
ADVENTURES
✔ Matanoi Hill
✔ Trig Hill
✔ Lugas Hill
✔ Kikiran Hill
✔ Air Terjun Mandanan
✔ Air Terjun Tinaaman & Lubuk Pinamansok
-Sub Station Taman Banjaran Crocker Kg.Ulu Senagang.
✔ Air Terjun Berkembar -Kg.Pangas Ulu
✔ Gua Laing
✔ Gua Batu Salag -Kg.Lipasu
✔ Sub-Station Minitinduk Trails (Rafflesia Park)
✔ Batu Minitinduk
PASAR TEMPATAN
✔ Tamu Ground Keningau
-Every Thursday & Sunday
✔ Tamu Apin-Apin
-Every Saturday
✔ Tamu Sook
-Every Sunday
✔ Keningau Night Market
-Everyday
✔ Tamu Kraf Taman Bandukan
TAMAN
✔ Pusat Rekreasi Taman Bandukan
✔ Kapayan Recreation Resources
✔ Tasik Elyas
✔ Taman Seri Cempaka -Kg.Kota Ayangan
✔ Taman Sahabat
✔ Taman Banjaran Crocker
✔ Mee Woo Resort
✔ Sungai Tagal Kg.Nuntunan
✔ Sungai Tagal Kg.Ulu Senagang
✔ Sungai Tagal Taman Bandukan
PELANCONGAN AGRO
✔ Evergreen Live Stock (Eco-Yap) -Kg.Bomboi
-Pusat Penternakan Lembu Terbesar di Malaysia.
✔ Pusat Penternakan Sebrang (Live Stock)
-Pusat Penternakan Rusa Terbesar di Malaysia
✔ Pusat Pelancongan Bukit Kayu Manis
-Kg.Bangau
PELANCONGAN KEAGAMAAN
✔ Masjid Al-Taqwa
✔ Masjid Al-Rahim
✔ Guang Ji Temple
✔ Gereja St.Francis Xavier
✔ Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan Keningau
KRAFTANGAN
✔ Pusat Kraftangan Sabah
✔ Kampung Kraf Kg.Batu Lunguyan
✔ Kampung Kraf Kg.Ulu Senagang
✔ Kampung Kraf Kg.Kuala Kahaba
Haaa.. banyak kan tempat yang boleh dilawati tapi dalam banyak-banyak ni aku tertarik dengan satu lokasi yang sangat cantik di Keningau. Tempat ini dikongsi oleh saudara Rafie Robert di laman sosial beliau.
Matanoi Hill
A post shared by Rafie Robert (@rafie.robert) on
Serius cantik macam kat negara seberang. Padahal di Keningau weiii... Selain dari tempat menarik, makanan di sana juga unik. Selepas Majlis Pelancaran Visit Keningau Year 2018 peringkat Kuala Lumpur tu aku sempat merasa salah satu makanan tradisi masyarakat Kadazandusun di Keningau seperti Tuhau, Tuhau Sayur dan Bosou Ikan. Semua makanan ni mampu membuka selera terutama bila makan dengan nasi panas.
![]() |
Tuhau, Tuhau Sayur dan Bosou Ikan |
Wah memang banyak perkara-perkara menarik yang perlu diterokai di Keningau, Sabah ni. Harap satu hari nanti aku akan dapat menjejakkan kaki di bumi Keningau ni dan melihat sendiri keindahan yang ada di sana. InshaAllah, nanti kalau pergi aku akan kongsikan dengan lebih lanjut kat blog ekk... Apapun tahniah kepada Keningau kerana dipilih sebagai destinasi pilihan yang harus dilawati untuk tahun 2018 ini.... adios..
JOM #DISCOVERKENINGAU 2018
Facebook :