HANANA GROUP ANJUR FOOD TASTING DAN OPEN DAY

by - 30.7.18

HANANA GROUP ANJUR FOOD TASTING DAN OPEN DAY | Assalamualaikum semua.. Sape sini nak kahwin tapi masih mencari-cari lokasi dan pakej perkahwinan idaman hati?? Ha, ni ada berita baik untuk korang. Pada tanggal 12 Ogos 2018 nanti kepada bakal-bakal pengantin jom beramai-ramai datang ke Ambassador Putrajaya kerana kat sana ada Food Tasting & Open Day yang dianjurkan oleh Hanana Group Sdn Bhd.

Hanana Group Anjur Food Tasting & Open Day
Ambassador Putrajaya

Ok gaisss, time ni la peluang untuk korang merasa keenakan makanan dan juga bertanya tentang pakej-pakej perkahwinan menarik yang ditawarkan oleh Hanana Group. Dengar kata siap ada diskaun sehingga RM5000 tau. Fuhhh.. banyak tu. Boleh jimat bajet kahwin dan guna untuk honeymoon nanti. Betul tak? 

Hanana Group Anjur Food Tasting & Open Day
Food Tasting & Open Day Hanana Group

Sebenarnya sebelum ni aku ada kongsikan artikel pasal Ambassador Putrajaya yang diuruskan oleh Hanana Group ni. Masa tu Ambassador Putrajaya ada buat promosi sempena pembukaan "Event Space" mereka di Putrajaya. Memang satu lokasi yang sangat strategik kalau nak buat majlis kahwin area Putrajaya. Bukan setakat tu je, bakal pengantin tak perlu pening kerana Hanana Group menyediakan segalanya. Kiranya pakej perkahwinan yang lengkap dengan dewan, baju pengantin, katering, PA system.. pendek kata semua hadooo...

Hanana Group Anjur Food Tasting & Open Day
Pelbagai pilihan Baju kahwin 

Kali ni bagi sesiapa yang datang sempena Food Tasting & Open Day sekali lagi dapat merebut peluang untuk promosi pakej sebanyak RM48,000 dan RM38,000 untuk mengadakan majlis di Ambassador Putrajaya. Mahal?? weii, tu dah kira murah tu. Putrajaya kottt.. Ada member itu kahwin siap berhabis RM50K ++ gitu. Aduyaiiii.. cian dia. 

Hanana Group Anjur Food Tasting & Open Day
Ruang Dalaman Ambassador Putrajaya

Selain tu  dengar kata masa hari terbuka Hanana Group nanti mereka akan memperkenalkan 2 lagi pakej untuk 2 lokasi baru iaitu di Dewan Tan Sri Yusof Hashim, Mardi dan Lugar De La Boda Garden Wedding, Puchong.   

Hanana Group Anjur Food Tasting & Open Day
Dewan Tan Sri Yusuf Hashim

Hanana Group Anjur Food Tasting & Open Day
Lugar De La Boda

Aku dah usha lokasi Lugar De La Boda Garden Wedding @ Puchong ni kat website. Walaupun belum dibuka lagi tapi tengok gambar pun dah teruja wakk. Mana taknya, kat sini mereka membuat konsep Garden dan ia merupakan yang pertama di Puchong. Wahh.. untung la warga Puchong dan kawasan sekitarnya. Lepas ni mesti ramai yang nak buat wedding dalam taman (open concept) kat sini. Jangkaan tempat ni dibuka bulan Oktober 2018 tapi masa open day nanti dah boleh booking dah. Siap dapat diskaun RM5000 tau.. sekali lagi untung laaa.. 

Hanana Group Anjur Food Tasting & Open Day
Gambar illustrasi Lugar De La Boda

Hanana Group Anjur Food Tasting & Open Day
Gambar illustrasi Lugar De La Boda

Hanana Group Anjur Food Tasting & Open Day
Gambar illustrasi Lugar De La Boda

Jadi apa tunggu lagi.. jom beramai-ramai datang ke Food Tasting & Open Day Hanana Group. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan lengkap di Hanana Group, sila layari laman web rasmi Hanana Group dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram sekarang! 

Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya

Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak Ambassador Putrajaya, sila hubungi :
Farah - 016 - 6700 457
Hanis - 016 - 6700 752
Rezza - 016 - 6700 473
Liana - 016-4318 434



You May Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥