WEEKEND HI-TEA DI SUNWAY PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR

by - 27.8.18

WEEKEND HI-TEA DI SUNWAY PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua.. Ingat tak lagi aku pernah share pasal Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel kan [KLIK SINI]. Sape dah pernah pergi try? Ha, rugi tau tak pergi. Baru ni kakak aku sendiri pun ada cerita katanya berbaloi sangat makan kat situ padahal aku tak pernah bagitau dia pun. So, nampak tak betapa bestnya makan kat sini.

Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Terbaru Sunway Putra Hotel menawarkan Weekend Hi-Tea bermula 4 Ogos di Coffee House yang terletak di Level 9 untuk setiap hari Sabtu dan di Atrium Lounge setiap hari Ahad. Mesti korang fikir ala Hi-tea biasanya kuih-kuih or desserts je kan. Nooooo... kat sini ada banyak pilihan tau. Antara menu yang ada sempena Weekend Hi-tea ni seperti Nasi Ayam Kampung, Mee Rebus Daging, Nasi Lemak Istimewa, Crispy Shrimp Wantan, Power Gear Box Soup, Chicken Percik, Oriental Barbecued Lamb, Dim Sum, Chinese Fried Mee Hoon, Mee Goreng Kicap, Sago Gula Melaka, Bubur Cha Cha with Yam, Malaysia Day Cake dan macam-macam lagi. Bagi yang datang pada 31 Ogos nanti lagi banyak menu yang ada. Ye wakkk, Hari Merdeka nanti akan ada National Day Hi-Tea tau. So, cuti boleh la datang makan kat sini.

Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Nasi Ayam Kampung

Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Mee Rebus Daging

Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Nasi Lemak Istimewa

Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Crispy Shrimp Wantan

Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Power Gear Box Soup

Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Sago Gula Melaka

Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Bubur Cha Cha with Yam

Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Malaysia Day Cake

Ha... nampak tak??? Banyak kan pilihan yang ada. Tapi ada satu menu yang aku nak highlight kat sini iaitu Fish Head Curry yang merupakan signature dish bagi Chef Rossham. Bahan yang digunakan adalah ikan merah dan dimasak dengan penuh kasih sayang.. cewahhh.. haha, taklah Chef Rossham kata kalau nak kari kepala ikan yang sedap bahan dan teknik masak kena betul. Baru la terangkat rasa dia.

Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Fish Head Curry

Kalau korang nak tau Chef Rossham ni dah 28 tahun pengalaman dalam bidang kulinari ni. Dah banyak ilmu memasak yang dia perolehi sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Beliau juga pernah dianugerahkan Best Head 1Malaysian Chef dari Chefs Association of Malaysia (CAM).

Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Chef Rossham

Tak sedap rasanya kalau makan dalam keadaan yang tak selesa betul tak? Ha, kat Sunway Putra Hotel ni kita boleh makan dengan tenang kerana ruangnya yang selesa sambil diiringi dengan alunan lagu-lagu yang akan membuai jiwa dari Lilly Jannah dan Arie. Baru la dapat makan dengan tenang kan.

Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Lilly Jannah dan Arie

So memang sesuai untuk bawa keluarga, rakan-rakan ataupun bagi yang ingin belanja klien untuk urusan perniagaan, boleh la belanja makan kat sini. Mesti lepas makan klien akan gumbira dan approved je semua urusan. hehe.. Untuk sebarang tempahan dan harga boleh rujuk di bawah :

Weekend Hi-Tea Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Jemput makan

Masa :
12.00pm hingga 5.00pm

Harga Weekend Hi-Tea :
Coffee House (Sabtu) : RM79 nett
Atrium Lounge (Ahad) : RM59 nett
*warga tua dan kanak-kanak (7-12 tahun) diskaun 50%
*kanak-kanak 6 tahun ke bawah percuma

Note :
Bermula 1 September 2018 terdapat ruang untuk kanak-kanak
bermain disediakan berhampiran Atrium Lounge

Tempahan :
Tel 03-4040 9888
Email spkl.dine@sunwayhotels.com


You May Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Wahhhhh best. Kari dia mmg sedap. Along nora chef dekat situ gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye.. kari kepala ikan tu memang mengancam la.. Along ummi yg mana ekk?? jumpa Chef Rossham je :)

      Delete